d ummah

Check out harga semasa Dinar Muslim

Tuesday, June 29, 2010

turun...turun...

bismillahirrahmanirrahim


Peristiwa: Demo Rakyat tak nak judi
Tarikh: 3 Julai 2010
Masa: 2 pm - 6 pm
Tempat: Sogo, Masjid Negara, Masjid Jamek
Kuala Lumpur, Malaysia
Anjuran: GMJ

bantah.. bantah..
bantah judi..
judi haram..
lesen pun sama..

bola... bola..
makan bola.. tido bola..
best2..mmg best..
sodap mmg sodap..
tapi jgn makan judi bola sudah...




Demo akan diteruskan pada 3 Julai ni. Memandangkan bahawa tugas kita mendidik rakyat membenci judi baru bermula, masih terlalu banyak lesen judi yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan dan masih serius lagi kesan sosial & jenayah berpunca daripada judi maka mesyuarat Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) pada 27-Jun-2010 di Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa Perhimpunan Rakyat pada 3-Julai-2010 jam 2 petang tetap akan diadakan di Masjid Negara. Perhimpunan ini di namakan Himpunan.

Rakyat Tak Nak Judi. Kempen Tak Nak Judi akan dilancarkan dalam himpunan ini

-Suhaizan Kayat.


boleh tekan gmbar bawah untuk lebih lanjut:

suara yang kedengaran-

” Jika saya jadi kerajaan , saya luluskanlah”

suara yg sepatotnya kedengaran

"Jika saya jadi kerajaan, saya xkan benarkan rakyat makan duit haram"

namun siapakah pemimpin yang akan mengeluarkan kenyataan berani seperti ini???

InsyaAllah ana yakin ada wujudnya jauhari merangkap jundullah yang berani menyatakannya suatu hari nanti..

Ana menantikannya...
Ana juga mampu..
doakan..
InsyaAllah, moga Allah redho..

Bangkitlah wahai pemuda Allah..
Laungkan suara itu...
Laungkan!!
Laungkan suara perubahan!
Biar gegak gempita cakrawala
Mendengar suara kita

Kita bukan budak hingusan
selekeh
Tapi kita..
Ada kata-kata
Yang perlu mereka dengar
Kita wacana sirah Nabi
Pada tiap tanah yang dijejak
Kan kita tanam pohon aqidah
Lebat buah-buah fikir
Kalau mereka membaling kita dengan batu dan gas
Kita balas dengan buah masak ranum

Kiblat kita masih satu
Persaudaraan kita dalam satu
bahkan langkah kita juga bersatu
Namun idea kita beribu-ribu,
Kita luahkan
Kita nyatakan
sehingga mereka dengar suara kita
Teriakan dan tempikan
Kebenaran paksinya pada hujahan
Bukan ketaqlidan membabi buta



-credit to hafs hasbi,
dia yang hantar mesej yang berapi2 ni pada ana. tp ada sket renovation.
walau pape pun, yg asli ana masih simpan. thanx ust.
semoga terus tsabat dalam jalan perjuangan. Ameen.


~bukan pemuda yang mengatakan "ini ayahku"
tetapi pemuda ialah yang mengatakan "inilah aku!"


et_born2shaheed

No comments:

bleh gak baca yang ni

Related Posts with Thumbnails