d ummah

Check out harga semasa Dinar Muslim

Sunday, August 30, 2015

Langit tanah merdeka

Langit tanah merdeka

Tepat jam dua belas
BERSIH 4.0 bakal berakhir
Hari Kebangsaan ke-58
pula bakal menjengah

Sedikit demi sedikit
penguasa cuba memahami
hasrat rakyatnya yang mahukan
sebuah demokrasi

Diberikan peluang bersorak
bergegak gempita dengan vuvuzela
tanpa ada yang dicedera
atau dipenjara

Namun katamu sangat berbisa
mengata rakyat miskin dan cetek
patriotik sangatkah tuan hamba
jika lesap harta negara?

Kuasawan tua mula disanjungi
bila mula cakna dan merakyat
terlupakan segala dosanya
pada negara satu ketika

Langit tanah merdeka
menjadi sejarah saksi
rakyat bangkit melawan
penguasa lupa diri

Kuning penyeri negara suram
penyinar kelam mata
dek kerana harta
dari seorang dermawan

Pesta kuning memancar sinar
mengalir laju di lorong dan corong
syukur masih wujud serumpun
ilmuwan berpengetahuan

etbless
30082015
2316

Saturday, August 29, 2015

BERSIH 4.0

Menyoroti BERSIH lalu.

Memori BERSIH lepas2 masih hangat di minda.

Sampai saja di LRT dkt dgn Central Market, beg diselongkar polis. Diberi amaran agar tidak menyertainya. Kami hanya senyum. Sambil menunggu di sekitar LRT, ada beberapa makcik berpakaian jubah dan niqab cuba ajak kami berborak. bertanya-tanyakan hal kami di situ dan cuba memujuk supaya tidak menyertai demonstrasi. Aku kenal mereka itu siapa. Aku memberitahu rakan2 supaya bergerak ke tempat lain.

Semua diarah berkumpul untuk duduk bantah. Bila mana semua demonstran duduk bantah. Tanpa sebarang provokasi, polis2 FRU melepaskan tembakan gas pemedih mata secara berdepan. Saat itu ada yang lari, dan ada yang cuba bertahan. Suasana menjadi kelam kabut. Tak ramai yang mampu terus duduk membantah.

Ditakdirkan 1 canister gas jatuh dekat dgn aku dan rakan2. Kami cuba bertahan. Namun, gas cukup cepat merebak menerobos kerongkong2 dan memedihkan mata serta muka. Tika itu, ada rakanku yang sudah lemah x mampu lagi berjalan, lalu dgn kekuatan yg ada, kami memapahnya keluar dari situ. Teriakan agar terus bersemangat kedengaran. Apabila sampai di tepi bangunan, saat itu, ramai yang membantu, memberi air, garam. Semuanya sekali saling membantu antara satu sama lain. Melayu, Cina, India, Sikh semuanya saling memberi pertolongan kepada yang memerlukan. Rakanku semakin pulih. Kami berterima kasih dan meneruskan bantahan.

Ada juga pada BERSIH lalu, suasana semakin gawat. Waktu itu, kami dikepung di sekitar Puduraya. Kesemua jalan yang ada disekat. Mahu ke Maybank FRU ada, mahu ke arah Central Market FRU melepaskan tembakan. Polis berlari-lari cuba menangkap sesiapa sahaja, sedangkan kami tidak melakukan apa-apa atau membawa apa2 senjata berbahaya.  Yang ada hanya air dan garam, tuala dan penutup muka. Ada yang cedera dipukul polis sehingga berdarah. Setelah lama tunggu di sekitar puduraya. Kami cuba melalui jalan2 kedai untuk menaiki bas pulang. Bas metro atau rapidkl perlu diambil di celah2 bangunan kedai.

Sedang kami berjalan-jalan di celah2 bangunan, dari jauh terdapat beberapa org FRU, mereka bergerak mendekati kami, kami teruskan berjalan kerana niat kami hanya utk mendapatkan bas. Tiba-tiba beberapa das tembakan dilepaskan kepada kami. Oleh sebab jarak antara kami dgn mereka agak jauh, Alhamdulillah kami masih mampu bernafas oksigen. Jika ikutkan hati, mahu saja aku mengambil canister dan melempar kembali ke arah mereka. Tapi aku sabar. Kami berundur dan melalui jalan lain.

Memori ini akan terus terpahat dalam minda para demonstran dan tertulis sebagai sejarah Malaysia demi mengembalikan pilihanraya yang bersih dan adil walau tidak secara langsung.

Untuk rakyat Malaysia yang mahukan pilihanraya yang BERSIH, telus dan adil. Dan untuk rakyat yang mahu BERSIHkan Malaysia,

SYABAS !

Terus bangkit demi rakyat !

Sehati Sejiwa Melawan Sang Penguasa Rakus!

29082015
19:52

bleh gak baca yang ni

Related Posts with Thumbnails