d ummah

Check out harga semasa Dinar Muslim

Saturday, September 26, 2015

Hari Raya AidilAdha

Memenuhi permintaan anak2 murid yang merindui cikgu Khadijah.

"Cikgu, datang rumah saya dlu ya?"

"Cikgu, rumah Satara sikit jauh... mari la rumah saya dulu ya cikgu..?"

"Ok2.. Cikgu p semua rumah k?"

Dah singgah, mana ada makan kerepek atau kuih raya, mesti makan nasi berlaukkan dgg masakan Burma, atau lurufira (kind of capati tp guna tepung beras).. nasib aku baik, ada rumah yg masak kambing... mmg my fav lah!

Mereka sangat bermurah hati, masyaAllah.

Aku makan semua yang dijamu dgn selera sekali, (so jgn tnya pasai pa kuruih sgt no balik s.alam nnt...) cuma pedas ja xtahan sket.

Sambil makan, sambil berborak dgn sedara, adik, kakak, makcik mereka.

Ada yg bercerita,

" dulu saya ada kawan melayu, sama umur saya. tapi sekarang dah x kawan.. "

"pasai pa x kawan dah?"

"depa kata kami warga asing, tu yg x kawan"

"x boleh la macam tu kan? cikgu kawan ja semua orang, semua orang sama saja, x boleh la x kawan macm tu..."

"betul2 ! "

Nak balik tu, nampak muka sedih2 ja... lagi sedih ada 2 rumah lagi yg x sempat aku penuhi..

"InsyaAllah, esok cikgu mai jalan rumah kamu plak na..? jgn la sedih.."

"Jangan lupa solat naa?"

"babai cikgu, I love you, Cikgu"

"babai, Assalamualaikum! love you too!"

"Cikgu, Selamat Hari Raya!"

Aku tersenyum sambil membelok stereng kereta sambil tgn kanan melambai mereka..

aku sayang depa krna Allah.

bleh gak baca yang ni

Related Posts with Thumbnails