d ummah

Check out harga semasa Dinar Muslim

Tuesday, October 13, 2009

crying is better than not....

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.



"Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;" (Surah An-Najm 53:43)

oh, baby.. don't cry..

Air mata yang tiada di tuntut

1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
2 . Janganlah menangis nonton filem korea itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
3. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.hmm...
4. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
5. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.
6. Janganlah menangis sbb frust bercinta.. sbb mmg xpatut pun!
7. Jangan menangis kalau kita rasa x disayangi insan, sbb Allah ada bersma kita cuma kita slalu terleka dengan dunia..***



so??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan melunakkan hati . moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.



Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah SAW bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

semoga kitalah antara yang mndapat rahmat Allah tu.. amin

***- ditujukan kpd yang disayangi (^-^)v

et@gaara

Sunday, October 11, 2009

yasin untuk siapa??



Menziarahi orang mati.. membaca yasin untuknya.... pernah aku terfikir, seolah2 jasad yang terbujur kaku itu adalah aku.

Ayat2 yang ku baca itu ntah ke mana... mulut membaca tetapi hati melayang. Aku terbaring kaku, lidahku kelu bisu,
Aku x mampu membela diriku, aku x mampu mengucapkan terima kasih kepada semua insan yang menziarahiku, x mampu juga ku ungkapkan kata2 maaf atas segala salah silapku.

Aku dikafankan...
diikat...diangkat untuk dikebumikan...
”Terima kasih sudi hadir”

Sesedar aku dari lamunanku yang dalam. Itu bukan jasadku.
Aku di sini, di dalam diri ini.

Sungguh kematian itu benar2 memberi keinsafan kepada hati yang keras ini. Kematian itu benar2 peringatan yang bisa mencairkan hati agar lebih lunak, menjadikan hati ingin kembali kepada Pencipta, bertaubat atas segala dosa2.

Kematian itu sangat mendebarkan. Namun andai kematian itu adalah titik pertemuanku dengan Tuhan, beerti kematian itu adalah penamat kerinduan yang selama ini tersimpan.
Allah sangat baik, aku rindu untuk bertemu denganNya. Namun, mengenang azabmu, Ya Allah...aku cemas!! Antara rindu dan takut. aku tawakal. Letih hati memikirkan.

Kepuasan hati terletak dalam keindahan hidup bertawakal kepada Allah. Tiada apa yang perlu kugusarkan.

p/s: ambillah peluang ziarahi jenazah untuk menginsafi diri

nukilan:c_mata

Saturday, October 10, 2009

kEjAr PeLaNgiMu HinGGa ke HujuNg DuniA!!


it is ol about a film that touched my heart deeply..

Let me tell u about Laskar Pelangi

Mungkin movie ni dah lama released tapi baru hari ni aku ada kesempatan tengok movie ni.

Aku sangat suka movie macam ni. mungkin bagi kawan2 aku, kata mereka , filem ini sangat membosankan dan katanya juga, berkali-kali dia mengantuk. Lain orang lain citarasanya kan.

Bagi aku, aku tak termakan dengan kata2 mereka. Sebab aku dah lama menginginkan cerita2 yang dapat beri jiwa aku tenang dan kenyang dengan makanan rohani. Dalam Laskar Pelangi banyak pengajaran yang aku temui. Ha, jom kita cerita pasal laskar pelangi.

Cerita ni mengisahkan tentang cerita ketabahan seorang guru dan mudir sekolah SD Muhammadiyah, iaitu sekolah agama yang tertua di Pulau Belitong, antara pulau terkaya di Indonesia. Dasar sekolah itu ialah 'budi pekerti demi tegaknya akhlaqul karimah’. Dah lama sekolah tu ditutup gara-gara tiada murid. Selepas bebarapa tahun, sekolah itu dibuka semula tapi dengan syaratnya , sekolah tu akan dibuka hanya jika punya 10 orang pelajar. Pada masa itu, angka 10 menjadi angka keramat buat mereka sume.

Sehingga hari yang bersejarah itu, juga merupakan hari pertama buat Bu Muslimah menjadi guru, sekolah hanya menerima 9 orang murid. Tetapi alhamdulillah semuanya berubah apabila datang seorang kanak-kanak yang istimewa sambil berlari2. Namanya Harun. Dialah penyelamat kepada kanak-kanak miskin yang inginkan pelajaran. Maka dengan itu, senyuman terukir di bibir Bu Muslimah begitu juga dengan kanak2 itu.

Ha, amacam? Sonok kan? Tu baru intro. Bukan senang nak dapatkan movie camni kalau harapkan pengarah filem dari Malaysia. Tol x?

I’m sorry to all Pengarah2 Filem Tanah Melayu.

Lets continue.

Sebenarnya aku pun kurang paham kalau tengok sekali cuma. Ye r kan bahasa indon.

Xpe, ni ulasan aku ttg cite ni. Lepas ni korang plak buat ulasan k?

Cite ni gak mengisahkan tentang seorang kanak2 pesisir yang punya semangat belajar yang tinggi, Lintang nama dia. Dia datang dari jauh semata2 untuk bersekolah. Setiap hari dia perlu lalu lubuk buaya. Kalau kita mesti dah takut kan? Budak ni plak gifted/genius Allah bagi. Dia sangat rajin tolong bapak dia, tapi bapak dia soh gak dia g sekolah. Kata bapak dia, ayahnya nak dia berjaya.

Urm...Kata pak arfan, sekolah ini adalah sekolah di mana pendidikan agama, pendidikan budi pekerti bukan sekadar pelengkap kurikulum dan kepintaran dilihat bukan sekadar dari nilai2 dari angka2 dan nombor2 itu... bukan.... tapi dari hati.

Dari hati, teman-temanku. Xselalu aku dengar pasal ni. Pertama kali agaknya... Dari aku kecik kalau x silap, kita asyik belajar je, tapi untuk berjaya dalam exam je kan? Sket sangat yang ingat sampai besar kan? Tu lah pendidikan sekular negara kita... hmm

Katanya pak Arfan lagi, orang bila punya segala kekuasaan, punya wang banyak, lupa diri.... mahunya mereka tambah kekuasaan,tambah kekayaan dengan menghalalkan segala cara.

Benar sekali... Lihat kita pun sudah cukup, dah dapat duit biasiswa, x cukup lagi.. pastu asyik beli benda2 merapu.. handset dah ok, nak tukar lagi yang baru.. ikut trend katakan...

Kalau tengok jauh sket, pembesar2 negara, kalau dah terlalu kaya... lupa tanggungjawab, gila cari harta.. sampaikan duit rakyat dikebasnya.. wang sumenya untuk keluarga.. tol x? Think about it..

Kalau dalam cite ni, dorang pegi blaja kat luar, nek beskal ramai2, belajar tentang alam ciptaan Allah. Kat scene ni la tajuknya ditonjolkan. Laskar Pelangi Bu Muslimah panggil dorang.

Ni antara pengajaran yang aku dapat,

Menjadi seorang pemimpin adalah tugas yang mulia.

Cite ni gak mengajar kita tentang setiap orang mampu punya cita2 tinggi.

Cite ni jugak mengajar kita yang kekuatan dibentuk oleh iman. Bukan jumlah tentera seperti dalam Perang Badar. Nasihat dia “Teguhkan pendirian mu, kalian harus punya ketekunan, keinginan yang kuat untuk mencapai cita2. kalian harus punya keberanian dan pantang menyerah menghadapi tentangan ape pun.”

Best tengok pak Arfan tu mngajar. Dia ajar sungguh2. Bila tengok Pak Arfan tu, aku teringat dekat Pak Omar. Guru tadika aku. Dia jugak merupakan guru kepada Tun Dr. Mahathir kita. Sekali sekala bangga la jugak. Urm...Tadika tu biasa je, duduk pun atas bangku panjang, kelas pun buruk je, ala2 dalam cite ni je. Tapi, kat situla aku banyak blaja. Pak Omar slalu cite tentang nabi2. Sama macam Pak Arfan tu. Pak Omar sayangkan aku dengan kawan aku,Saniyah nama dia. Mungkin sebab kami suka g masjid kot. Slalu jumpa dia kat sana. Kalau jumpa je, mesti dia cium pipi aku n cubit pipi aku. Rindu plak kat dia. Al-Fatihah buat guruku. Sebenarnye, aku sanggup tukar dari tadika ABIM masuk tadika tu, Tadika Imtiyaz namanye. Bukan sebab pe, aku takut gn cikgu yang mngajar kat tadika ABIM tu..hehe..

Eh, jauh plak melalut. Konklusinya aku nak gtau, orang dulu2 kalau mengajar, dorang mengajar dengan bersungguh dan dari hati. Bukan ikut silibus macam sekarang. Susah benar nak cari zuk dalam pembelajaran sekarang. Tol x kawan2?


“Ingat, hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya.”

Ni lagi satu, kata2 keramat buat diri aku. Terngiang2 kat fikiran aku kata2 ni lepas habis tengok movie ni. Kalau kata omputih, “give to the world what u have, and the best will come back to you” Dats my bestfren’s words she wrote for me on my bezday present she gave me. I still remember that! Saniyah, temanku sejak umur 4 tahun kitorang berkawan. Sama tempat ngaji mlm2, sama tadika, sama sekolah rendah n sama sekolah menengah. Nleh kata every year sama kelas tau. Cuma bila masuk DQ, dia xdpt. Tapi sekarang dia di Mesir, dan aku masih di sini. Xpe, kitorang x berpisah pun. Cuma berjauhan je.

K, sambung balik pasal Laskar Pelangi.

Setelah Bakri, guru selain dari Bu Mus keluar dari sekolah itu untuk menerima tawaran dari SD PN Timah, tinggallah mereka berdua sahaja yang mempertahankan sekolah itu. Kata Bakri, sekolah tu dah xde harapan. Ramai ibu bapa golongan miskin lebih suka suruh ank2 bekerja seperti mereka.

Tapi kata pak Arfan dalam nak pujuk Bu Mus, “yang penting kita! Kita xbleh putus asa! kita harus meyakinkan anak2 itu bahawa mereka harus berani punya cita2.”

Tetapi aku sangat terkejut dengan kata2 Bu Mus , katanya kepada pak Arfan, “kita berdua harus bekerja lebih keras lagi! dia mengulangi kata2 tu dengan bersungguh2. Terharu benar aku time tu. Sungguh tabah seorang guru itu. Sungguh cekal dia dalam medan perjuangan. Pantang menyerah!

Aku harap guru2 kita di Sekolah2 Agama Rakyat punya semangat sbegitu dalam membangunkan ummah. Walaupun dapat gaji sket dan utiliti sekolah pun xseberapa, tapi bersemangat dalam membina jati diri anak2 bangsa agar berlandaskan akidah yang sebenar. Semangat para pejuang kerana Allah ni takkan pernah pudar. Aku doakan.

Ha...Ada jugak dalam tu, biasala kanak2 kan high curiousity? dorang ni pegi ke gua yang mana kat situ tinggal tok sakti bayan ular. Kononnya dorang nak dapatkan mantera sakti la daripada tok tu, sekali bila dah dapat.... Dorang pun nak la baca ramai2 mantera tu esoknya.nak tau ape mantera tu berbunyi?

“ kalau nak pintar, belajar. Kalau nak berhasil, usaha”

Ada2 je pengajaran dalam cite ni kan? Dats why aku syorkan korang tengok pastu ajak adik2 kat umah tu layan sekali. Secara x langsung kita dah ajar adik2 kita supaya rajin blajar....

Scene yang aku nak cite sangat tragis. Lepas pada sekolah dorang ni menang pertandingan Karnival antara sekolah2 dengan persembahan yang cukup menarik. Nak tau? korang kena r tengok filem ni. Yang aku nak citenye, pasal scene tragis ni je... hmm.. Pak Arfan pulang ke Rahmat Allah petang tu. Bayangkan la, cuma tinggal Bu Mus sorang je nak pertahankan sekolah tu. Nak mngajar lagi, hebat ujian Allah buat dia kan?

Perasan x? Tadi je baru dia cakap yang kita perlu bekerja keras lagi, keje keras lagi... kat sini Allah nak tunjuk, orang hebat ujiannya lagi hebat. So, buat diriku dan sahabat2, dont cry, dont be sad if we’d problems... Allah wanna show us something...

Kat sini aku teringat pada bait2 nasyid yang aku xtau tajuknya pun, aku dapat lirik ni dari adikberadik usrah aku, anjang. Tq anjang. Ni chorusnya.

Ujian adalah tarbiyah dari Allah

Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya

Kesenangan yang datang selepas kesusahan

Semuanya adalah nikmat dari tuhan


Let me continue the story,

Lebih tragis lagi, selepas je hari bersejarah tu (mereka dinobatkan sebagai pemenang kuiz antara sekolah2). Lintang, xdatang sekolah. Sian Ikal, tunggu punya tunggu kawan dia xjugak muncul2. Rupa-rupanya anak genius didikan alam itu harus berhenti sekolah kerana kematian ayahnya. Lintang yang kematian ibu itu kini ditinggalkan pula ayah perlu menanggung nafkah keluarganya. Ditanggung sepenuhnya oleh si anak kecil itu.

Sian kan? Kalau awal2 cite, Bu Mus jumpa dia datang sorang2, awal2 pagi lagi datang nek beskal sebab nak sekolah. Dia sorang je datang sekolah tanpa bapak/ibu. Sebab bapak dia kan kena p laut cari rezeki. Tu la dia, Lintang yang jugak watak utama dalam filem ni. Rajin baca buku dan pandai math.

Pada akhir 1980-an harga timah jatuh, Belitong sudah berubah. Sekolah SD PN terpaksa ditutup.

Kata Ikal, kepercayaan masa kecilnya telah menyihir kepercayaan dirinya membuatkan dia berani bermimpi untuk punya cita2. Lintang, sahabatnya....semangat dia tidak pernah luntur, semangat yang pernah ditular kepada Ikal kini juga pada anaknya.

Rupanya Ikal pulang ke Belitong adalah untuk berterima kasih pada guru2 dan kawan2nya terutamanya Lintang. Sungguh ajaib, Ikal yang dulunya anak miskin. Xdisangka2 sekarang dapat menyambung pelajarannya ke Perancis.

Cite ni tamat dengan sampainya sekeping poskad dari Paris buat Lintang.

Lintang gtau anaknya, Kejar pelangimu sampai ke hujung dunia nak. Jangan pernah menyerah. Macam Pak Cik Ikal.

Cite ni merupakan monolog dalaman dan imbas kembali kenangan salah seorang pelajar SD Muhammadiyah iaitu Ikal yang pulang ke Belitong semata-mata untuk mengucapkan terima kasih kepada guru dan sahabat2nya.

Kita camne ye agaknye? Dah turun skolah tengok guru2?

So, that’s a lot i got from this ‘bored’ film.... memang filem indon ada class r tp not every film. Same goes to our film... tp, Malay film susah sangat nak jumpa yang macam ni... terserahlah kat korang sume... nak tengok or tak cite ni... kalau x tengok pun xpe, sbb aku dah cite banyak dalam ni...

Last but not least.... lets think about this lyrics..

LASKAR PELANGI

Mimpi adalah kunci untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah syurga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia
Selamanya

Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Ciptaan mimpi di bumi

et@gaara

bleh gak baca yang ni

Related Posts with Thumbnails