d ummah

Check out harga semasa Dinar Muslim

Tuesday, June 29, 2010

turun...turun...

bismillahirrahmanirrahim


Peristiwa: Demo Rakyat tak nak judi
Tarikh: 3 Julai 2010
Masa: 2 pm - 6 pm
Tempat: Sogo, Masjid Negara, Masjid Jamek
Kuala Lumpur, Malaysia
Anjuran: GMJ

bantah.. bantah..
bantah judi..
judi haram..
lesen pun sama..

bola... bola..
makan bola.. tido bola..
best2..mmg best..
sodap mmg sodap..
tapi jgn makan judi bola sudah...




Demo akan diteruskan pada 3 Julai ni. Memandangkan bahawa tugas kita mendidik rakyat membenci judi baru bermula, masih terlalu banyak lesen judi yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan dan masih serius lagi kesan sosial & jenayah berpunca daripada judi maka mesyuarat Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) pada 27-Jun-2010 di Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa Perhimpunan Rakyat pada 3-Julai-2010 jam 2 petang tetap akan diadakan di Masjid Negara. Perhimpunan ini di namakan Himpunan.

Rakyat Tak Nak Judi. Kempen Tak Nak Judi akan dilancarkan dalam himpunan ini

-Suhaizan Kayat.


boleh tekan gmbar bawah untuk lebih lanjut:

suara yang kedengaran-

” Jika saya jadi kerajaan , saya luluskanlah”

suara yg sepatotnya kedengaran

"Jika saya jadi kerajaan, saya xkan benarkan rakyat makan duit haram"

namun siapakah pemimpin yang akan mengeluarkan kenyataan berani seperti ini???

InsyaAllah ana yakin ada wujudnya jauhari merangkap jundullah yang berani menyatakannya suatu hari nanti..

Ana menantikannya...
Ana juga mampu..
doakan..
InsyaAllah, moga Allah redho..

Bangkitlah wahai pemuda Allah..
Laungkan suara itu...
Laungkan!!
Laungkan suara perubahan!
Biar gegak gempita cakrawala
Mendengar suara kita

Kita bukan budak hingusan
selekeh
Tapi kita..
Ada kata-kata
Yang perlu mereka dengar
Kita wacana sirah Nabi
Pada tiap tanah yang dijejak
Kan kita tanam pohon aqidah
Lebat buah-buah fikir
Kalau mereka membaling kita dengan batu dan gas
Kita balas dengan buah masak ranum

Kiblat kita masih satu
Persaudaraan kita dalam satu
bahkan langkah kita juga bersatu
Namun idea kita beribu-ribu,
Kita luahkan
Kita nyatakan
sehingga mereka dengar suara kita
Teriakan dan tempikan
Kebenaran paksinya pada hujahan
Bukan ketaqlidan membabi buta



-credit to hafs hasbi,
dia yang hantar mesej yang berapi2 ni pada ana. tp ada sket renovation.
walau pape pun, yg asli ana masih simpan. thanx ust.
semoga terus tsabat dalam jalan perjuangan. Ameen.


~bukan pemuda yang mengatakan "ini ayahku"
tetapi pemuda ialah yang mengatakan "inilah aku!"


et_born2shaheed

Friday, June 25, 2010

Negeri asalku punya sejarah lbh awal dari negaraku

Bismillahirrahmanirrahim

KEDAH DARUL AMAN

KEDAH SEJAHTERA

KEDAH NEGERI ASALKU

TANAH TUMPAH DARAHKU


saje nak promote sket negeri sendiri.. xsalahkan???

negeri asalku yang sejahtera... aman alhamdulillah hendaknya..

penuh dengan kehijauan yang menyejukkan saujana

bukan kelabu asap yang menyenakkan hidung dan mata

seperti di tempat aku bermusafir ini... namun apakan daya..

aku masih di sini... mencari mutiara-mutiara di celahan konkrit berbata

oh Allah... aku ingin pulang ketemu ayah bonda

tapi, biasiswa bagaimana...??

hmm, x mengapala

aku redha..

aku mesti meneruskannya

walau susah payah, pahit maung menimpa

aku kan pelayar bahtera

mudik ke selatan dan utara..

pasti ada ganjarannya..

Allah Maha Mengetahui rasa

eh, udah la

byk pulak melencong sana

aduhai bila ku berbicara

tamatlah sudah tanganku berkata

tata... (^_^)/''

saya bukan nak cakap yang atas tu... tapi yang bawah ni lagi best n lebih important... so jenguk2lah ke bawah ni...

selamat amik tahu pasal negeri saya.....


KEDAH telah menerima kedatangan pendakwah Islam dari India dan Asia Barat antara abad 7 dan 8 Masihi yang mendominasi perdagangan di rantau ini. Ini kerana pada waktu yang sama, Kedah menguasai laluan perdagangan terbesar berpusat di Lembah Bujang.

Kegemilangan enterport Lembah Bujang dengan pentadbiran yang kukuh dan teratur menimbulkan saingan hebat dari pusat perdagangan lain menyebabkan Lembah Bujang atau dikenali juga sebagai Kartaha Negara diserang tiga kali oleh Dinasti Chowla dari India.

Begitupun kedatangan para pedagang Islam ini telah menyebabkan berlaku evolusi awal yang memantapkan pengembangan Islam di Kedah sehingga menenggelamkan pengaruh Hindu/Buddha yang bertapak di situ.

Demikian penjelasan oleh Pengarah Muzium Wilayah Utara Arkeoloji Lembah Bujang Encik Kamaruddin Zakaria.

Katanya, kepentingan Kedah atau Qalha pada waktu itu kepada lalu lintas perdagangan tidak dinafikan telah menjana kepada perkembangan Islam. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu bersurat Ibn Sirdan bertarikh 215 Hijrah bersamaan 821 Masihi yang ditemui di Tupah Merbok selain penemuan manik-manik kaca, porselin dan dinar dirham.

Fakta lain yang mengukuhkan sebaran Islam di Kedah lebih awal apabila Sultan Kedah ke-9 Maharaja Derbar Raja memelok Islam pada tahun 531 Hijrah bersamaan 1136 Masihi dan menukar gelaran kepada Sultan Mudzafar Shah seperti yang tercatat dalam buku Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah.

Keagungan Kesultanan Kedah waktu itu melebar dari Selatan (Pulau Pinang dan Seberang Perai) hingga ke sempadan Pulau Dua, Burma, termasuklah Satun, Yala dan Singgora (Songkla), katanya.

Sehubungan itu pusat pentadbiran Sultan Kedah selepas menerima Islam berpindah dari Sungai Emas Bukit Meriam ke Istana Pulau Tiga, Kota Siputih kemudian Kota Naga, Indera Kayangan dan Kota Setar.

Perpindahan kota pentadbiran adalah kerana pembukaan kota baru di samping memantapkan pusat pentadbiran lama dengan meninggalkan penggantinya di situ.

Jika dibandingkan dengan Melaka perlulah dikaji asal nama Melaka itu sendiri. Institusi Kerajaan Melayu Melaka dikatakan dimulakan oleh Parameswara dari Seri Wijaya pada tahun 1402 Masihi dan kesultanan bertahan selama 109 tahun apabila tewas dengan serangan Portugis pada tahun 1511.

Menurutnya kedatangan Parameswara pada tahun 1402 Masihi, Semenanjung Tanah Melayu ketika itu tidak kosong kerana telah sedia wujud lebih awal institusi kerajaan seperti di Lembah Sungai Johor, Gangga Negara di Perak, Langkasuka di Pattani, Terengganu dan Kerajaan Qalha di Kedah. Ekoran itu telah wujud imuniti manusia dan tamadunnya.

Oleh itu, katanya, Melaka terbina dengan sokongan kerajaan-kerajaan sekitar yang telah berlaku perkembangan Islam lebih awal daripadanya serentak dengan kedatangan Islam di Nusantara ini.

“Masyarakatnya ketika itu telah menerima Islam, inilah yang mencetuskan evolusi perkembangan Islam yang melihat sejarah awal perkembangan Islam yang tiada batas,” katanya.

Pendapat ini disokong Dato’ Dr Wan Shamsudin Mohd Yusof yang mengatakan selain penemuan batu bersurat Ibn Sirdan telah ditemui satu batu nisan di Jalan Langgar kepunyaan Syeikh Abdul Qadir Ibn Shah Alirah.

Katanya, pada batu nisan itu jelas tertulis tarikh wafatnya pada 3 Rabiulawal tahun 291 Hijrah bersamaan 24 Mei 904 Masihi dan dari segi lojiknya Syeikh Abdul Qadir ini adalah pendakwah atau ulama yang mengembangkan syiar Islan sambil berdagang.

Kenyataan ini bersandarkan fakta geologi iaitu pendakwah dan pedagang Islam dari Asia Barat yang datang ke Timur akan singgah di Kedah dahulu sebelum ke Pasai (Aceh) bukan Melaka.

Katanya lagi, bukti kukuh yang mengatakan Kedah lebih awal menerima Islam daripada Melaka ialah apabila Maharaja Derba Raja memeluk Islam pada tahun 1136 Masihi oleh Syeikh Abdullah dari Yaman.

Di dalam buku Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah ada disebut titah Sultan supaya dibangunkan sebuah mercu tanda yang Islam diterima oleh Sultan iaitu pemerintah. Tempat yang dipilih untuk pembinaan tugu atau batu bersurat itu ialah di puncak Gunung Jerai.

Lokasi tepatnya ialah di tempat yang dikenali sebagai Padang Tuk Syeikh tetapi malangnya sebelum pembinaan tugu tanda itu Syeikh Abdullah meninggal dunia di situ.

Menurut Dato’ Dr Wan Shamsudin lagi, sekitar Padang Tuk Syeikh itu terdapat sebuah telaga yang dikenali sebagai Telaga Tuk Syeikh yang tidak pernah kering airnya walaupun di musim kemarau.

Terakhir Dikemaskini (Selasa, 22 Jun 2010 16:20)

dipetik dari http://www.wartakedah.net/TAMADUN-KEDAH-LEBIH-AWAL-DARI-MELAKA

et@gaara

Friday, June 18, 2010

Kerehatan yang Abadi

Bismillahirrahmanirrahim

buat adik-beradikku, sahabat-sahabatku, adik-adikku....

menggeletar urat2 tangan dan hatiku untuk sama2 berbicara tentang ini...
tentang kematian... aku risau, aku hanya cirit birit dalam berkata-kata namun sembelit dalam melakukannya... Allah jauhkanlah...

muhasabah yang paling menggetarkan hatiku ialah bila ada yang berbicara tentang mati....
namun, apa gunanya kalau sorang2 je yang rasa.. aku nak ramai lagi yang sama2 berkongsi perasaan yang sama... dan sama2 kita ingat mengingati.... bahawa kematian itu pasti tiba..
cuma bila giliran kita...??

aku lemah ya Allah...
aku selalu risau akan pandangan orang terhadapku..
lalu aku terfikir bagaimana pula pandanganMu ya Allah...
aku risau ttg apa yang mereka katakan apabila aku menulis tentang ini...
tapi sebenarnya aku xperlu rasa begitu kalau aku benar2 maksudkannya...
maksud aku, aku benar2 nak sampaikan...

tapi aku sangat takut ya Allah...

(Allahu Allah...mmg tak diduga... lagu yang terpasang di winamp ku pada waktu aku menulis post ni ialah lagu Mati dari Hijjaz....sungguh cantik percaturan Mu ya Allah... astaghfirullah)

inilah artikel yang ingin sama2 ku kongsi... moga-moga usaha kecilku ini mampu membuahkan hasilnya... aku x ingin apa2 cuma mahukan kesedaran tentang indahnya mati jika kita beriman.... cuma itu... cintakan kematian...

mmg benar... aku sendiri sedang mengalaminya apabila sorang sahabat perjuanganku telah kembali ke rahmat Allah...aku yakin dia kembali pada kekasihnya dengan penuh kebahagiaan... kata sahabat aku yang pergi menziarahinya, jenazahnya tersenyum dan berbau wangi...Allah Allah...aku kagum mendengarnya... aku yakin dengan janjiMu ya Allah...

namun... bagaimana aku nanti??
Ya Allah...takutnya aku...
tiada harapan lain melainkanMu tempat aku meminta...
kurniakan aku mati shaheed....Allah

aku inginkan shaheed ya Allah... kurniakan daku anugerah itu ya Allah....aku mohon..

mari kita sama2 menghayatinya....

Rasulullah menjelaskan bahawa roh seseorang yang beriman itu tidak akan dicabut, keluar daripada jasad sehinggalah Allah memperlihatkan tempatnya yang kekal kelak, iaitu di syurga.

Sesungguhnya, kematian bagi orang yang beriman itu adalah rehat daripada segala kedukaan dunia. Dalam keadaan seumpama ini, tidak ada sesuatu perkara yang ghaib, yang dinantikan oleh orang yang beriman, lebih baik daripada kematian.

Sesungguhnya, kehidupan di dunia ini pinjaman semata-mata. Orang yang bijak akan menjadikan dunia ini laluan semata-mata, seumpama tidak ubah orang yang menyemai, bakal dituai di akhirat kelak. Itulah orang yang mendapat hidayah Allah, mentaati perintah-Nya dan menjauhi segala larangannya.

Manusia hidup perlu berjuang. Mempunyai tanggungjawab yang mesti dipikul, untuk diri sendiri, keluarga, agama dan negara. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Yang terbaik menang, dan yang leka akan tinggal ke belakang. Itulah adat perjuangan. Kekayaan yang dimiliki, anggota tubuh badan yang dinikmati mesti digunakan sebaik mungkin, termasuk usia yang diberi.

Semuanya akan ditanya oleh Allah, untuk apa, bagaimana dan kenapa ia digunakan. Mereka yang terpesona dengan keindahan dunia akan hanyut di bawah tekanan dan kekangan nafsu. Kerana itu, selagi nyawa ada di badan, perjuangan mesti diteruskan.

Orang yang beriman, menggunakan segala amanah yang diberi oleh Allah sebaik mungkin, sentiasa bersedia menghadapi mati, lantaran mati itu boleh berlaku pada bila-bila masa menurut ketentuan Allah.

Sebelum mati, ia akan didatangi oleh malaikat maut yang membawa salam daripada Allah, petanda kasih Allah, menjemput kekasih-Nya kembali menemui-Nya. Sebelum roh berpisah dengan jasad, Allah perlihatkan syurga baginya.

Syurga adalah kemuncak segala nikmat yang tidak dapat diluahkan melalui ungkapan kata. Bagi mereka yang berjuang untuk hidup di dunia, untuk diri, agama, negara, keluarga dan kerana Allah, apabila diperlihatkan kepadanya syurga, hamba berkenaan akan merasai betapa nikmatnya hidup di syurga, berbanding dengan hidup di dunia yang penuh dengan pelbagai perjuangan, hiruk-pikuk penipuan dan pesona.

Orang yang berada dalam pesona syurga, ketika dalam keadaan sakaratul maut tidak dapat menahan diri untuk menikmati syurga yang diperlihatkan kepadanya.

Walaupun demikian, hamba berkenaan tidak akan dapat menikmati kehidupan di syurga, kecuali setelah mati terlebih dahulu. Kerana itulah hamba berkenaan terlalu inginkan mati, untuk segera menikmati syurga.

Mati bererti menemui Allah, kerana itu, apabila seorang hamba yang beriman itu reda untuk mati, bererti dia reda untuk bertemu Allah. Dalam keadaan sedemikian rupa, apabila seseorang itu reda untuk bertemu Allah, maka Allah lagi suka menemui hamba berkenaan.

Hibaan bin al-Aswad pernah berkata, ``mati itu lebih baik bagi menyampaikan seorang yang kasih, kepada kekasihnya, iaitu Allah''

Sesungguhnya, apabila seseorang itu telah meninggal dunia, hakikatnya dia telah meninggalkan kehidupan yang fana, yang tidak kekal ini. Apabila dimasukkan dalam kubur, dia berada di alam arwah atau alam roh-roh. Kehidupan di alam kubur adalah sebahagian daripada alam akhirat. Di antara alam fana dan alam akhirat ada pendinding yang tidak boleh tembus-menembusi di antara satu dengan yang lain.

Bagi orang yang beriman, selain dipermudahkan ketika sakaratul maut, diberi penghormatan seperti yang dijelaskan dalam hadis-hadis yang diterangkan di atas, ia juga diberi nikmat ketika di kubur.

Perbandingan seorang mukmin ketika hidup di dunia, adalah seperti janin dalam kandungan ibunya. Apabila dia telah keluar daripada kandungan, dia menangis di tempat keluarnya, sehingga dia melihat sinar dan menyusu, ketika itu dia tidak ingin lagi untuk pulang ke dalam rahim.

Begitulah keadaan orang yang beriman yang telah mati dan menemui Tuhannya, tidak lagi dia ingin untuk kembali ke dunia, tidak ubah seumpama janin yang tidak ingin ke dalam rahim ibunya.

Gambaran nikmat yang dijelaskan ini adalah bagi mereka yang beriman. Ketika hampir mati dan melihat apa yang telah disediakan oleh Allah untuk dirinya, mereka begitu ingin untuk keluar dari dunia, iaitu mati. Bagi orang kafir, apabila hampir mati dan melihat apa yang disediakan oleh Allah, akan menjadi benci untuk keluar dari dunia, kerana itu Allah juga benci menemuinya.

Ibn Juraij memberitahu bahawa Nabi pernah bersabda kepada Aishah radialahuanha: Apabila seorang mukmin itu melihat para malaikat, mereka akan bertanya: Inginkah engkau kiranya kami kembalikan engkau ke dunia. Orang yang beriman itu bertanya: Ke negeri sedih dan dukacita. Kerana itu segeralah bawa kami kembali kepada Allah subhanahu wa taala.

Mati bukan penghujung kehidupan seseorang yang sebenar, kerana selain daripada hidup di dunia, manusia akan dibangkitkan di akhirat yang kekal lagi abadi. Allah menjanjikan kebahagiaan mereka yang beriman kepada-Nya di dunia dan di akhirat, termasuk ketika menghadapi saat genting sakaratul maut.

Berdukacita, merintih rindu tidak berupaya merobah keadaan biar sedikit pun. Allah mengasihi arwah dan mengambilnya lebih awal dalam dakapan kasih-Nya. Allah lebih mengetahui untuk membalas hamba yang dikasihi-Nya, lebih daripada apa yang puan boleh lakukan untuknya, kerana Allah itu Maha Pengasih Lagi Penyayang yang tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang manusia.

Arwah tidak keseorangan didakap rindu kerana meninggalkan dunia yang penuh dengan pelbagai dukacita. Zaid bin Aslam pernah memberitahu, ``apabila seorang mukmin itu didatangi waktu hampir mati, akan diucapkan kepadanya, jangan kamu takut terhadap peristiwa yang akan berlaku, di mana ketakutan pasti terhapus.

``Jangan dukacita terhadap dunia dan penghuninya, iaitu keluargamu. Gembirakan dengan nikmat syurga, di mana segala kebimbangan akan lenyap. Jangan berdukacita, kamu pasti akan meninggalkannya, padahal ketika itu, iaitu sebelum meninggal, Allah telah pun menenangkan hatinya.''

Ad-Dhaaak menjelaskan bahawa kegembiraan itu diketahui oleh mereka yang beriman sebelum roh berpisah dari badan dan mereka telah mengetahui di mana mereka akan berada, iaitu di syurga.

Tidak mudah mengikis rasa rindu kehilangan orang yang dikasihi. Demikianlah di antara tanda-tanda kasih sayang. Tidak mudah memujuk kesunyian hilang teman, hilang tempat bergurau senda dan mengadu kasih, tempat harapan. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Walaupun demikian, kalau setiap orang itu berupaya memikirkan tentang ketetapan Ilahi, qadak dan qadar ketentuan Allah, kesedaran akan timbul, bahawa tidak ada manusia yang berupaya mengubah ketentuan-Nya. Allah Maha Mengetahui rahsia yang tidak terungkai oleh pemikiran manusia di atas ketetapan-Nya.

Sesungguhnya di sebalik rindu dan rasa hampa, tenaga, masa dan pelbagai usaha tetap diperlukan untuk menghadapi sisa-sisa hidup yang masih tidak menentu. Kerana itu usaha memperoleh tenaga dan rintihan terhadap orang yang telah pergi adalah sesuatu yang sia-sia.

buat yang masih xdapat menerima akan kematian yang menimpa sahabat2 atau family sendiri...aku doakan agar kalian tabah menghadapinya dan berjaya menerima hakikat sunnatullah atas kehidupan manusia... InsyaAllah... itu yang Terbaik!!
di tanganNya segala kebaikan
~biyadikal khair~


et_born2shaheed

Wednesday, June 16, 2010

Talqin utk Saya

Tribut buat sedaraku, Fatimah Zurwanti bt Zulkifly yang telah kembali ke pangkuan kekasihnya pada lebih kurang pukul 3.25 ptg hari ni iaitu 3 Rejab 1431 ekoran kemalangan yang menjadi asbab pemergiannya ke negeri abadi.....

al-Fatihah buat arwah yang juga seorang pelajar yang masih menuntut ilmu Allah selain merupakan seorang jundullah dan srikandi yang x kenal erti penat lelah dalam memperjuangkan agama Allah yang Esa... moga-moga beliau dikurniakan mati shaheed atupun husnul khatimah..amin ya rabbal 'alamin..

saat menerima mesej tentang pemergiannya... saya terkesima..terkedu..waktu tu dalam lab Chemistry... rasa diri seolah-olah terawang-awangan... saat tu, saya memikirkan tentang diri ku yang x banyak amalan, diriku yang banyak berhutang dengan kawan2, mengenagkan diriku yang banyak ketawa.. yang masih bertatih di Jalan Allah.. yang masih jauh jika dibandingkan dengan para srikandi Islam dahulu... saat tu, pelbagai soalan datang menerjah kotak pikiranku..

Apakah yang aku akan bawa utk bertemu Allah nanti?

aku nak jawab apa bila bertemuNya nanti?

-Allah......aku merintih...

Betol ke aku dah betol2 bersedia untuk pergi kalau dah sampai giliranku nanti?

-Aku takut ya Allah....

Camne pulak la asbab kematianku nanti..?

-semuanya di tanganMu ya Allah...

makin jauh asyikku dengan pertanyaan-pertanyaan tersebut... asyikku bertukar pilu...

-Allahumma barikna fi Rajab wa Sya'ban wa ballighna fi Ramadhan...

doa yang kerap dibacaku belakangan ni setelah tibanya bulan Rejab..

doa tu membuatkan aku selalu memikirkan sempatkah aku sampai ke bulan Ramadhan yang sangat aku tunggu2? sempatkah aku?

kalian bagaimana??

seusai kelas...petang tu... aku terdetik utk sama-sama berkongsi... untuk sama2 kita koreksi diri...muhasabah nafsi... lau aku mencari-cari apakah yang dapat kukongsi bersama... lalu kutemukan artikel ni dalam dokumen laptopku...

Sama-samalah kita berfikir apa yang nak disampaikan saya dan Saya dalam artikel di bawah ni...


Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:

Ketika iring-iringan membawa jenazah lewat, orang-orang memuji jenazah dengan kebaikan, kemudian Nabi saw. bersabda: Wajib, wajib, wajib. Lalu lewat pula iringan jenazah lain, orang-orang mencelanya dengan keburukan, kemudian Nabi saw. bersabda: Wajib, wajib, wajib. Umar berkata: Menjadi penebusmu, ayah dan ibuku! Ada iringan jenazah lewat dan orang-orang memujinya sebagai orang baik, lalu engkau mengatakan: Wajib, wajib, wajib. Lewat pula iringan jenazah lain yang disifati sebagai orang jahat, lalu engkau mengatakan: Wajib, wajib, wajib. Apa artinya itu? Rasulullah saw. bersabda: Orang yang kalian puji sebagai orang baik, maka wajib baginya surga, sedangkan orang yang kalian katakan sebagai jahat, maka wajib baginya neraka. Kalian adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi Hadis riwayat Tsauban ra. maula Rasulullah saw.:

Bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Barang siapa menyalati jenazah, maka ia mendapatkan satu qirath. Jika ia menghadiri penguburannya, maka ia mendapatkan dua qirath. Satu qirath sama dengan gunung Uhud.

Hadis riwayat Amir bin Rabiah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Apabila kalian melihat iringan jenazah, maka berdirilah menghormatinya sampai iringan jenazah itu lewat meninggalkan kalian atau sampai diletakkan dalam kubur.

Hayatilah tafsir talkim dibawah ini supaya diri kita ada sedikit keinsafan pada diri kita bahawa satu hari nanti kita akan mati.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke dunia Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 malaikat sebagai wakil Tuhan yang menemui kamu, iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar
dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah nama kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar,janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku, malahan sembahyang, puasa, zakat dan
mengerjakan haji diwajibkan keatas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
minum di kolam air nabi adalah benar,
ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya,
begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri didalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subha na rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alal mursalin walham dulillahi rabbil alamin.

Al-Fatihah

Setiap yang bernafas
Pasti akan Mati

"Kullu nafsin za iqatul maut"

Firman Allah swt,
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran."
Surah Al-Ashr

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

~Syukran Jazilan, Terima kasih dan Jazakillahu khairan jazak buat dirimu wahai Fatimah. Pemergianmu membuatkan aku berfikir dan berjaya menghilangkan lamunanku dari dunia yang fana...mengetuk pintu-pintu hati yang leka membicarakan tentang hal duniawi......walaupun seketika cuma.... tapi aku yakin kamu pasti punya apa yang aku tiada... Aku menyayangiMu kerana Allah...Sungguh, Ukhuwwah kita sampai ke syurga.... namun, Allah pasti lebih menyayangimu wahai Fatimah..

et_born2shaheed

Monday, June 14, 2010

Qunut Nazilah....


Ya Allah kami letakkan kamu di batang leher musuh kami, dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka,
Ya Allah leburkanlah kumpulan mereka, cerai-beraikanlah pakatan mereka, cerai-beraikanlah pakatan mereka, goncangkanlah pendirian mereka, hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka,
Wahai tuhan kami yang Maha Gagah Perkasa, Wahai tuhan kami Yang Penuh Raksasa, Wahai tuhan yang bersifat murka, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai tuhan yang menurunkan Al-Quran, Wahai tuhan yang menggerakkan awan, Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab, kalahkanlah mereka dan hancurkanlah mereka dan menangkanlah kami ke atas mereka.

sama2 lah kita menghafal doa qunut ni... supaya boleh dibaca selalu.. sama ada dalam solat, ketika qunut subuh atau ketika dalam solat sunat... ataupun jangan lupa dibaca ketika dalam doa seusai solat... jadikan amalan... jujur saya gtau..saya pun dalam proses mengamalkannya... semasa doa ni, pejamlah matamu dan doalah sesungguh hati... yakin bahawa kita umat Islam masih punya kekuatan untuk menewaskan yahudi Zionis yang merupakan musuh utama kita... Kita BOLEH!! Islam Pasti Dijulang!! Kita lah penyumbang kepada tertegaknya Daulah Islamiyyah!


et@gaara

Tuesday, June 8, 2010

YAHUDI KEMARAAN YANG WAJIB DIHALANG

TINDAKAN KITA BERSAMA

Ini ada checklist yang boleh membantu kita berasa lebih dekat dengan sedara kita kat sana. dengan membuat semua yg ada dalam checklist ni, InsyaAllah kita akan terasa seperti sama2 berjuang bagi menegakkan Islam di Bumi Allah walaupun kita berjauhan dgn mereka.

TINDAKAN

DILAKSANAKAN

1

Bangun setiap pagi berniat dan berazam utk tidak membantu yahudi malah menyekat kemaraannya.

2

Solat tahajud dan hajat moihon dihancurkan tipu daya yahudi dan serangannya.

3

Solat Subuh berjamaah di masjid

4

Setiap hari membaca, mempelajari dan memahami Al-Quran

5

Memastikan sunnah Rasulullah sallahualaihiwasalam diutamakan dan diamalkan

6

Tanamkan dan sebarkan kesedaran indahnya hidup beragama melalui sms, emel, CD, risalah dll

7

Hadiri majlis ilmu atau membaca bahan bacaan utk kefahaman Islam dan tipudaya yahudi

8

Ziarah dan bertanya khabar (sms) sesame Muslim

9

Sedaya upaya memboikot barangan yg ada sumbangan kepada yahudi

10

Memperuntukkan sumbangan utk tabung kebajikan dan dakwah setiap hari

11

Menyokong dan menyertai mana-mana aktiviti bagi menyatakan bantahan kepada yahudi

12

Menghalang dan membantah serta memboikot program yg menyemarakkan maksiat membunuh iman muslim di TV atau dalam masyarakat.

13

Menjalankan program membina iman keluarga

14

Membantu menjayakan program masjid dan organisasi utk menghalang gerakan yahudi.

15

Membaca doa Qunut Nazilah

16

Bermuhasabahlah setiap tindakan sepanjang hari adakah ada dilakukan menguntungkan yahudi. Jika ada mohon Allah mengampunkan kelemahan diri dan berazam utk tidak mengulanginya.

17

Sentiasa berada dalam keadaan yang berjaga-jaga dan bersedia utk diserang yahudi. (kekuatan mental dan fizikal)

18

Tidak berborak atau berbual kosong namun selalulah menyampaikan maklumat dan ambil tahu ttg saudara kita yang sdg berjuang di sana.

19

Tidak menganggap bahawa kerja-kerja membebaskan Palestin hanya terletak di pundak rakyat Palestin.

20

Mengurangkan melayari laman sosial (facebook), jika mampu deactivatekan akaun atau jika tidak mampu, kurangkan meletakkan atau meng ‘download’ masuk gambar-gambar.

21

Menyebarluaskan ttg kekejaman Zionis kepada semua masyarakat dan rakan-rakan melalui sms, fb or blog supayadapat membuka mata mereka melihat tindakan yahudi itu sgt kejam selain tidak berperikemanusiaan.































Ya Allah, bantulah kami untuk membantu sedara2 kami di sana Ya Allah....

berilah kami kekuatan untuk sama-sama berjuang di jalanMu dan kurniakanlah kami mati shaheed Ya Allah Yang Maha Pemurah...

Ya Allah, Yang Menurunkan kitab, Yang Menggerakkan awan, Yang Mengalahkan tentera Ahzab, KALAHKAN MEREKA DAN MENANGKAN KAMI KE ATAS MEREKA...

Menangkan ISLAM Ya Allah... Menangkan tentera Islam Ya Allah...

Ya Allah...Selamatkanlah orang-orang Islam, Para Mujahid dan para pendokong agamaMu yang berada di segenap tempat dan segenap zaman.

Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu yang berlaku...

kami mohon kepadaMu ya Rabbul Izzati, Perkuatkanlah ikatan hati kami, rabithah hati yang selalu mencintai-Mu pasti kuat..


et_born2shaheed

bleh gak baca yang ni

Related Posts with Thumbnails