KENYATAAN AKHBAR
JAWATANKUASA MEI 1, 2010
PERHIMPUNAN AMAN BANTAH GST: CUKAI YANG MISKINKAN RAKYAT
1 MEI 2010, DATARAN MERDEKA
- Pada 1 Mei 2010 sempena Hari Pekerja Sedunia, Jawatankuasa Mei 1 yang dianggotai oleh kumpulan-kumpulan masyarakat dan NGO seperti Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), DEMA, Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM), Persatuan Sahabat Wanita, parti politik seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM), dan Parti Islam Semalaysia (PAS) dan juga individu-individu yang prihatin telah membuat keputusan untuk membuat satu himpunan aman untuk membantah Goods and Service Tax (GST).
- Hari ini Jawatankuasa Mei 1, penganjur utama Himpunan ini ingin memaklumkan bahawa Himpunan Aman Bantah GST adalah pada 1 Mei 2010, di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pada pukul 11 pagi. Tema Sambutan Hari Pekerja tahun ini adalah- RAKYAT BANTAH GST: CUKAI YANG MISKINKAN RAKYAT.
- Tarikh 1 Mei dipilih sempena sambutan Hari Pekerja yang akan disambut di seluruh dunia. Di Malaysia tahun ini merupakan Sambutan Hari Pekerja yang ke-16 yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Mei 1. Hari pekerja ini adalah satu hari yang penting yang disambut oleh seluruh warga pekerja di serata dunia untuk mengingat kembali sejarah perjuangan pekerja yang dimulakan pada tahun 1886 yang menuntut 8 jam kerja dan dan cuti satu hari. Perjuangan ini pada asanya bermula di Amerika Syarikat dan tarikh signifikan bermulanya perjuangan ini adalah pada 1hb Mei.
- Hasil daripada pejuangan yang berterusan ini, akhirnya pada tahun 1919, Pertubuhan Buruh Antarabangsa telah menerima waktu kerja 8 jam sehari sebagai piawaian sejagat dan Tarikh 1 Mei diumumkan sebagai Hari Pekerja Sedunia.
- Sambutan Hari Pekerja ini akan berfokus kepada isu GST iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang akan dikenakan terhadap rakyat Malaysia tidak lama lagi. Walaupun kerajaan baru-baru ini mengumumkan bahawa Cukai GST ini tidak akan dilaksanakan pada masa yang terdekat ini namun, kita percaya bahawa sehingga sekarang kerajaan masih tidak menunjukkan sebarang langkah-langkah untuk memansuhkan terus azam mereka untuk laksanakan GST.
- Malah kerajaan telah meminta maklum balas daripada rakyat tentang GST ini. Maka, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dengan keadaan ekonomi khasnya golongan berpendapatan rendah, maka kami telah memutuskan untuk memberikan maklum balas kami melalui satu Himpunan yang aman untuk memberitahu kepada kerajaan bahawa Kami rakyat Malaysia membantah GST.
- Maka, antara Tuntutan Utama kami pada Sambutan Mei 1 adalah:
· Batalkan atau Mansuhkan GST
· Gubal Akta Gaji Minima untuk semua pekerja dan mansuhkan polisi gaji murah
· Wujudkan Tabung Pembuangan Kerja Dengan Segera
· Cuti Bersalin 90 hari untuk pekerja wanita.
· Hak saksama kepada pekerja migran dan Pelarian .
· Sediakan atau Laksanakan Skim Perumahan Rakyat
· Hentikan penswastaan perkhidmatan asas
· Laksanakan Polisi ekonomi yang tidak mengira kaum dan jantina tetapi berlandaskan keperluan .
· Iktiraf Hak Tanah Adat Orang Asal di Malaysia
Jawatankuasa Mei 1, menganjurkan Himpunan Aman Bantah GST bagi menyeru danmenggembleng seluruh warganegara Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat, budaya, bangsa dan agama yang cintakan keadilan, kebenaran dan keamanan rakyat untuk turut serta berhimpun pada 1 Mei 2010 bagi menyatakan sikap tegas kita terhadap GST. Bersama memansuhkan GST dan membebaskan bumi Malaysia daripada beban cukai yang tidak releven kepada Rakyat.
JOM BANTAH GST
HIDUP RAKYAT! HIDUP PERJUANGAN
Tema Sambutan Hari Pekerja Tahun ini adalah "RAKYAT BANTAH GST: CUKAI YANG MISKINKAN RAKYAT".
why we have to show our support to this???
walaupun kita atau sesape lah yang x bekerja lagi... support la jugak... sebab ape???
becoz..... GST membebankan golongan miskin, golongan berpendapatan rendah, golongan pertengahan atau sederhana, golongan yang bekerja sendiri, golongan yang masih bergantung pada mak ayah, bergantung pada biasiswa......pelajar, mahasiswa...
tapi GST ni sangat menguntungkan dan membesarkan, membuncitkan lagi perut para 'bangsa awan' yang x berhati perut kepada yang berperut lapar.... betul x???
GST ni mmg idea yang kurang best sebab ia akan memiskinkan orang2 miskin tapi meng'kaya'kan orang2 yang dah sedia kaya...
cukai ini sangat terasa buat kita semua...kalau terasa la....
kalau korang x berasa terbeban tu... istighfarlah balik..
ingat balik..bagaimana orang yang x makan berhari2 sbb xcukup duit. yang dapat gaji RM3 sehari... anak2 dia lagi..
Ya Allah... kasihanilah kami daripada kezaliman para pemerintah yang zalim...
Ya Rahman...Ya Rahim... Jauhilah kami dari kezaliman yang nyata daripada pemerintah yang xberhati rakyat...
Ya Qawiyyu ya Matin... berikanlah kami kekuatan untuk bangun menyuarakan keadilan dan kebenaran yang haq...
Kau menangkanlah yang Haq dan Kau kalahkan dan tumbangkanlah yang Batil...
Hanya Pada Mu kami yang lemah di sisimu ini menyerah...
Ya Aziz..muliakanlah kami dalam agamaMu... Tinggikanlah kami semata-mata kerana Deen-Mu...
Bantulah kami Ya Allah yang Maha Memahami keadaan kami...
Ameen Ya Rabbal 'Alamin
Perkenankanlah doa kami..
Sekali lagi saya menyeru semua Mahasiswa Mashaiswi untuk sama2 turun ke lapangan masyarakat bagi menyuarakan dan memberi kesedaran pada yang masih tidak tahu apa2 tentang GST....
Ayuh...sama2 bangun membantah sekeras2nya GST dijalankan pada masa sekarang..kerana rakyat Malaysia tidak mampu lagi untuk membayar semua tax 2 untuk negara.... dengan slogan
'Cukai yang memiskinkan rakyat, Gagalkan sebelum terlambat'.
do think n dont 4get to take action...
No comments:
Post a Comment