d ummah

Check out harga semasa Dinar Muslim

Thursday, April 22, 2010

BANGKAI MALAM DAN HIMAR SIANG

Bismillah walhamdulillah..
wassolatuwassalamu 'ala Rasulillah...

'amma ba'du,

Artikel ini utk saya terutamanya dan utk yg sedang membaca secara umumnya dan begitu juga untuk yg berdakwah secara khususnya.

BANGKAI MALAM DAN HIMAR SIANG



Daripada Abu Hurairah ra berkata: Rasulullah bersabda kepada ku:

إِنَّ اللهَ يَبْغُضُ كُلَّ جَعْظَرِيٍّ جَوَّاظٍ صَخَّابٍ فِي الْأَسْوَاقِ جِيْفَةٍ بِاللَّيْلِ حِمَارٍ بِالنَّهَارِ عَالِمٍ بِأَمْرِ الدُّنْيَا جَاهِلٍ بِأَمْرِ الْآخِرَةِ


“ Sesungguhnya Allah benci setiap manusia yang kasar (suara dan tingkah laku), kuat makan, bising semasa di pasar, tidak bangun solat malam seperti bangkai, berkerja keras pada waktu siang seperti himar, amat mengetahui tentang ilmu dunia dan jahil tentang akhirat.”


Hadis riwayat Ibnu Hibban (72), Baihaqi (Sunan) dan Asbahani. Syeikh Syuaib berkata: Sanad hadis ini kuat.

Imam al-Munziri meletakkan hadis di bawah tajuk “MEMBERI PERINGATAN BURUK KEPADA MANUSIA YANG TIDUR SAMPAI SUBUH DAN TIDAK BANGUN BERQIAMULLAIL”

Dr. Yusuf Qaradhawi menerangkan makna “tidak bangun tahajud seumpama bangkai”:

“ Manusia ini diumpamakan bangkai pada waktu malam kerana tidur adalah salah satu bentuk mati.”


SPECIAL TIME FOR HIS SLAVES



Oleh itu Allah benci manusia yang tidur pada waktu malam tanpa bangun untuk bertahajud dan bermunajat kepadanya. Sedangkan Allah khususkan di penghujong malam untuk hamba-hambanya mengadu dan bermunajat kepadanya. Rasulullah saw bersabda:

ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى سماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر قيقول : من يدعوني فأستجيب له؟ ومن يسألني فأعطيه؟
ومن يستغفرني فأغفر له

“ Allah swt turun pada setiap malam ke langit dunia ketika sepertiga malam yang terakhir. Tuhan berkata “ Siapa yang berdoa akan ku perkenankan doanya. Siapa yang meminta kepadaku akan ku berikannya. Sesiapa yang beristighfar maka akan ku ampunkannya”` -Hadis sahih Bukhari dan Muslim


Bayangkan sahabat2 sekiranya seorang penjenayah berat akan diampunkan sekiranya dia merayu kepada Raja pada pukul 3 pagi pasti dia akan pergi waktu tersebut dan menunggu di pintu istana seawal mungkin. Bayanngkan sekiranya Raja menawarkan akan memberi apa sahaja permintaan kita sekiranya kita menghadapnya di awal pagi pasti kita akan menunggu di pintu istana sejak malam lagi. Namun raja segala raja telah memberi tawaran kepada kita pada waktu sebelum subuh tapi kenapa kita masih tidur lagi. Itu kerana kita dikencing oleh syaitan dan diri kita berlumuran dengan dosa.


Kalau kita rasa kita itu sudah baik dan bersih dari dosa (ini adalah penyakit hati) maka anggapla masa ini masa seorang kekasih bertemu dengan kekasihnya. Adakah seorang lelaki akan disayangi oleh kekasihnya sekiranya selalu terlepas dalam temu janjinya. Kalau setiap hari begini pastilah cinta itu sudah berkubur dan hubungannya akan diputuskan.


KENCING SYAITAN

Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun tahajud dan bangun ketika watu sudah subuh. Nabi saw bersabda:

ذاك الرجل بال الشيطان في أذنيه
“ Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.” -Hadis sahih Bukhari dan Muslim.


Ini yang bangun waktu subuh. Kalau bangun selepas waktu subuh...apa agaknya najis syaitannya yang masuk? Adakah lubang telinga sahaja atau semua lubang?



BELENGGU DOSA

Fudail bin Iyad berkata:
إذا لم تقدر على قيام الليل وصيام النهار فاعلم أنك مكبول كبلتك معصيتك
“ Apabila kamu tidak mampu untuk bangun tahajud waktu malam dan tidak mampu puasa sunat pada waktu siang maka ketahuilah kamu sudah dibelenggu oleh maksiatmu.”


Oleh itu kita perlu bertaubat sentiasa dan menghindari dari maksiat. Lidah yang penuh maksiat tidak layak untuk bermunajat pada waktu malam. Mata yang penuh maksiat tidak layak untuk berjagauntuk tahajud dan menangis. Kaki dan tangan penuh maksiat tidak mampu untuk digerakkan pada waktu malam untuk bangun bertahajud. Yang penting hati sentiasa ingat benda yang haram tidak layak untuk berjaga dengan segarnya pada waktu malam untuk tahajud.



PASANGAN YANG BERTAHAJJUD

Selain dari itu kita hendaklah mencari teman yang baik atau pasangan yang baik agar dapat mengejutkan kita waktu malam. Nabi saw bersabda:

إذا أيقظ الرجل أهله من الليل فصليا ركعتين جميعا كتبا في الذاكرين والذاكرين
“ Apabila seorang lelaki bangun dan mengejut isterinya pada waktu malam. Lalu mereka solat dua rakaat bersama-sama, kedua2 mereka ditulis dikalangan lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang sentiasa berzikir kepada Allah swt.”

- Hadis riwayat Abu Daud dan Nasaie, Hakim juga riwayat dengan makna hadis yang sama dengan sanad di tashihkan oleh Imam Zahabi.

Oleh itu carilah teman serumah yang mampu mengejutkan kita bertahajjud. Terutamanya orang yang tidak mampu tahajud dan ingin tahajud. Begitu juga hendaklah cari pasangan yang boleh membantu kita bertahajud. Namun kita kena lihat kepad keadaan teman serumah tadi. Kalau subuh pun masih lambat atau luar waktu kita kena ushakan subuh dahulu barulah tahajud.



SUBUH PUN MASIH LEWAT

Bila sebut pasal subuh awal ni, amat duka cita kerana masih terdapat ramai yang kelewatan subuh. Lebih sedih kerana terjadi pada ramai mahasiswa agama atau orang yang menulis dan bercakap pasal agama dan menganjurkan program agama. Ini adalah termasuk dalam perumpamaan Nabi berkenaan dengan lilin. Menyuruh manusia lain buat baik namun melupai diri. Boleh rujuk dalam artikel ini. Ibnu Mas’ud berkata:


إذا فقدنا الرجل في صلاة الصبح وصلاة العشاء في جماعة أسأنا به الظن
“Apabila kami tidak bertemu seorang lelaki ketika solat subuh atau isya berjemaah di masjid , kami akan bersangka buruk kepadannya.”


TIPU DAYA SYAITAN

Janganlah kita bagi alasan kita sibuk buat program, mesyuarat , mengaji, mengajar, study, berdakwah dan lain-lain untuk tidak tahajud dan bangun lewat. Nabi adalah sebaik manusia sebagai pemimpin, pendakwah, Pelajar (mengambil wahyu dari jibril), suami (9 isteri) tetapi Nabi saw tidak pernah meninggalkan tahajud.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan, Saidatina Aisyah r.a berkata:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم يقوم من الليل حتى تتفطر قدماه
“Sesungguhnya Rasulullah saw bangun bertahajjud pada waktu malam sehingga pecah-pecah kakinya.” -Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Para khalifah dan Gabenor dikalangan sahabat Nabi saw semuanya memintangkan tahajud sehingga Umar berkata: “Kalau aku tidur waktu malam akan sia-siala hak Allah.” Salahuddin al-Ayyubi juga amat mementingkan tahajudnya kepada tenteranya sedangkan kita tahu tidak ada kerja lebih teruk dari peperangan. Bila mana beliau melihat ada khemah tentera tidak tahajud, beliau berkata:

فإن أوتينا فمن قبل هولاء نؤتى
“Sekiranya kita didatangi musuh maka musuh akan datang dari pihak mereka (kerena kelemahan mereka) . “ atau pun “ Sekiranya kita dikalahkan maka sebab merekalah kita dikalahkan.


Adakah tanggung jawab kita lebih besar dari Nabi sehingga mana kita jadikan kerja dan tanggung jawab sebagai alasan untuk tidak bertahajud? Adakah kita tidak berdosa seperti Nabi? Kita lebih patut bangun menangis dan bertahajud kerna kita insan yang banyak dosa. Ini semua adalah talbis iblis (tipu daya syaitan) kepada pendakwah dan perkerja2 Islam.


MAHAR BIDADARI

Seorang salafus soleh bermimpi berjumpa dengan bidadari dalam mimpinya. Bidadari berkata “ Pinanglah aku dan berilah maharnya kepada tuhan.” Beliau bertanya “Apa maharnya?” Bidadari menjawab “ Lama tahajjud.”

Suatu hari Abu Sulaiman ad-Darani tidur pada waktu malam. Dalam tidurnya, beliau melihat bidadari mengejutnya dan berkata “ Adakah engkau tidur (tidak tahajud) hai Abu Sulaiman sedangkan aku menantimu di sebalik tirai sejak 500 tahun.”

KESIMPULAN

~TAHAJUD BUKAN SEGALANYA TETAPI KALAU TIDAK MAMPU TAHAJUD MAKA ADA YANG TIDAK KENA PADA HUBUNGAN HAMBA DENGA TUHAN SEMESTA. KADANG2 KITA RASA KITA DAH TAK BUAT DOSA TETAPI TAK MAMPU UNTUK BANGUN. INI SAMAADA KITA PERLU MENGAJI LAGI UNTUK MENGETAHUI DOSA YANG ADA PELBAGAI BENTUK ATAU PUN SEBAB HATI KITA BERASA SUDAH SEMPURNA DAN INILAH YANG PALING BAHAYA. ORANG YANG RASA SELAMAT DARI NERAKA ADALAH ORANG YANG RUGI SEPERTI DALAM SURAH AL-A’RAF AYAT 99~


(laman blog salman maskuri dan dr fb abang saya, Aba Jid)

[Hai orang2 yang beriman, bertakwalah kamu semua kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang2 yg benar"]
-surah at-Taubah:119

lepas baca, jgn dok saja...(buat diriku dan kawan2 yg asyik terleka)

THINK ABOUT IT!!

DO SOMETHING!!!

_Shift Your Paradigm_


Umat Islam harus cemerlang
hari ini lebih baik dari semalam....
(chorus byk2 kali)


et_born2shaheed

2 comments:

Anonymous said...

Salam, syukran atas perkongsian ni, minta keizinan utk copy paste di facebook, utk peringatan bersama, InsyaAllah.

Interior Decorators Scottsdale said...

Godd bless

bleh gak baca yang ni

Related Posts with Thumbnails