







6.sunat melebihkan pblnjaan utk keluarga
7.sunat menghubungkan silaturrahim
8.bacalah surah al-Ikhlas 1000x (akn dpt tilikan rahmat drp Allah )
9.solat sunat asyura - 4 rakaat 2 salam (setiap rakaat bacalah surah al-Ikhlas 15x). Ganjarannya akan dapat mengkifaratkan dosa selama 50tahun.
10.Sunat bercelak mata.(sebaik2nya celak Asmir). bacalah doa semasa bercelak surah al-Insan :ayat 19 (maksud ayat :Apabila kamu melihat mereka, kamu akan mengira mereka mutiara2 yg bertaburan). Insyaallah akan menyerikan wajah anda yg mengamalkannya.
11.Selepas solat tahajjud atau solat subuh baca dan hembuskan pada air (air mawar- 1/4 botol dicampur dgn air biasa dlm 1 jag). Bacakan surah alfatihah, dgn 7 waqaf, selepas iyyaa kana'budu........kanasta'in dan selepas waladdhoollin, niatkan sambil menghembus tadi supaya diberi afiat, ulang baca fatihah ini 7x Air ini gunakan untuk basuh muka dan basuh lutut (ketika basuh lutut baca salawat syifak - insyaallah jadi ubat. (sebenarnya ada 2 lagi, tapi ana termiss, sapa2 yg tau, tolong tambahkan)
SELAMAT MENGAMALKANNYA DENGAN PENUH KEKHUSYUKKAN DAN KEIKHLASAN.
(Semua ini ana dapat drp ustaz Fadhil Hassan. terima kasih ustaz kerana mengIJAZAHkan ilmu ini yang dpt dimanfaaatkan oleh umat islam seluruhnya.
15 alasan watpe la rindu sangat pada Ramadhan ni....
rindu x korang pada Ramadhan? ke teringat kat Syawal je? hmm..... jgn cmtu... Ramdhan best tau...sangat2..byk sangat ibadah bleh buat dlm bulan Ramadhan... special Allah jadikan untuk umat Nabi Muhammad Sallahualaihiwasallam kan? Alhamdulillah la kita ni dilahirkan sebagai umat nabi.... kan?
kalau tanya pada sapa yg rindukan Ramadhan, ni la jawapan dia..... btoi x? byk btui bg alasan...tp ni bukan sekadar alasan, mmg inilah sebab mengapa dan kenapa para alim ulamak dan sahabat2 Nabi terlalu rindukan Ramadhan...kita bagaimana seh?
Ask urself... n Think about this..
1. Gelaran taqwa
"Hai orang-orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
QS al-Baqarah: 183
Kemudahan-kemudahan yang diberikan Allah kepada hambanya yang taqwa, antara lain:
a. Jalan keluar dari semua masalah
b. Dicukupkan keperluannya
c. Ketenangan jiwa, tidak khuatir dan bersedih hati
2. Bulan pengampunan
Diriwayatkan Bukhari Muslim dan Abu Dawud, "Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana keimanannya dan kerana mengharap redha Allah, maka dosa-dosa sebelumnya diampuni."
3. Pahalanya dilipatgandakan
Rasulullah bersabda, "Setiap amal anak keturunan Adam dilipatgandakan. Tiap satu kebaikan sepuluh lipat gandanya hingga tujuh ratus lipat gandanya."
HR Bukhari Muslim
4. Pintu syurga dibuka dan neraka ditutup
"Kalau tiba bulan Ramadhan terbuka pintu syurga, tertutup pintu neraka, dan syaitan-syaitan terbelenggu."
HR Muslim
5. Ibadah istimewa
Keistimewaan puasa ini dikatakan Allah melalui hadith qudsinya, "Setiap amalan anak Adam itu untuk dirinya, kecuali puasa. Itu milik-Ku dan Aku yang membalasnya kerana ia (orang yang berpuasa) meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Aku."
HR Bukhari Muslim
6. Dicintai Allah
Bila Allah telah mencintai hambanya, dilukiskan dalam satu hadith Qudsi, "Kalau Aku telah mencintai seseorang, Aku menjadi pendengaran untuk telinganya, menjadi penglihatan untuk matanya, menjadi pegangan untuk
tangannya, menjadi langkah untuk kakinya."
HR Bukhari
7. Do'a dikabulkan
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, katakanlah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang berdoa apabila dia berdoa, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala
perintah)Ku." QS. al-Baqarah: 186
Benar, berdoa pada Ramadhan mendapat tempat khusus, seperti dikatakan Nabi saw, "Tiga doa yang
tidak ditolak; orang berpuasa hingga berbuka puasa, pemimpin yang adil dan doanya orang teraniaya. Allah
mengangkat doanya ke awan dan membukakan pintu- pintu langit. 'Demi kebesaranKu, engkau pasti Aku
tolong meski tidak sekarang."
HR Ahmad dan Tirmidzi
8. Turunnya Lailatul Qadar
Pada bulan Ramadhan Allah menurunkan satu malam yang sangat mulia. Tersangat mulianya Allah
menggambarkan malam itu nilainya lebih dari seribu bulan. (QS al-Qadr)
Ada dua tanda lailatul qadar. Al Qur'an menyatakan, "Pada malam itu turun malaikat-malaikat
dan malaikat JIbril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu
(penuh)kesejahteraan/kedamaian sampai terbit fajar.”
QS al-Qadr: 4-5
9. Meningkatkan kesihatan
Dengan puasa maka organ-organ pencernaan dapat beristirahat. Pada hari biasa alat-alat pencernaan di dalam tubuh bekerja keras. Setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh memerlukan proses pencernaan lebih kurang lapan jam. Empat jam diproses di dalam perot dan empat jam di usus kecil (ileum).
Jika malam sahur dilakukan pada pukul 4.00 pagi, bererti pukul 12 tengahari alat pencernaan selesai bekerja. Dari pukul 12 tengahari sampai waktu berbuka, lebih kurang selama enam jam, alat pencernaan mengalami istirahat total.
Meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Berdasarkan penelitian yang dilakukan para ahli kesihatan, ternyata dengan berpuasa sel darah putih meningkat dengan pesat sekali. Penambahan jumlah sel darah putih secara automatik akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Menghambat perkembangan atau pertumbuhan bakteria, virus dan sel cancer. Dalam tubuh manusia
terdapat parasit-parasit yang menumpang makan dan minum. Dengan menghentikan pemasukan makanan, maka
kuman-kuman penyakit seperti bakteria-bakteria dan sel-sel cancer tidak akan dapat bertahan hidup.
Mereka akan keluar melalui cairan tubuh bersama sel-sel yang telah mati dan toksin.
Manfaat puasa yang lain adalah membersihkan tubuh dari racun kotoran dan hampas, mempercepat
regenasi kulit, menciptakan keseimbangan elektrolit di dalam perot, memperbaiki fungsi hormon, meningkatkan fungsi organ reproduksi, meremajakan atau mempercepat regenerasi sel-sel tubuh, meningkatkan fungsi fisiologis organ tubuh, dan meningkatkan fungsi susunan saraf.
10. Penuh harapan
"Setiap orang berpuasa selalu mendapat dua kegembiraan, iaitu tatkala berbuka puasa dan saat bertemu dengan Tuhannya."
HR Bukhari
11. Masuk syurga melalui pintu khusus, Rayyaan
"Sesungguhnya di syurga itu ada sebuah pintu yang disebut rayyan yang akan dilalui oleh orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat nanti, tidak diperbolehkan seseorang melaluinya selain mereka. Ketika mereka dipanggil, mereka akan segera bangkit dan masuk semuanya kemudian ditutup."
HR Bukhari
12. Minum air telaganya Rasulullah saw
Mereka (para sahabat) berkata, 'Wahai Rasulullah, tidak setiap kami mempunyai makanan untuk diberikan kepada orang yang berbuka puasa.'
Beliau berkata, 'Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi buka puasa meski dengan sebutir kurma, seteguk air, atau seteguk susu... Barangsiapa memberi minum orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minum seteguk dari telaga dimana ia tidak akan haus hingga masuk syurga."
HR Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi
13. Berkumpul dengan sanak keluarga
Pada 1hb Syawal umat Islam merayakan Hari Raya Idil Fitri. Inilah hari kemenangan setelah berperang
melawan hawa nafsu dan syaitan selama sebulan Ramadhan. Ketika itu orang ramai melakukan silahtuhrahim dan saling memaafkan satu dengan yang lain. Padahal silahturahim itu dianjurkan Islam, sebagaimana dinyatakan hadith, "Siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan, hendaklah ia menghubungkan tali
silaturahmi!"
HR Bukhari
14. Qaulan tsaqiilaa
Pada malam Ramadhan ditekankan disunnahkan) untuk melakukan sholat malam dan tadarus al-Qur'an.
Waktu paling baik menunaikan sholat malam sesungguhnya seperdua atau sepertiga malam terakhir.
(QS Al Muzzammil: 3)
Tetapi demi kesemarakan syiar Islam pada Ramadhan ulama membolehkan melakukan terawih pada
awal malam setelah sholat isya'dengan berjamaah di masjid. Sholat ini lebih popular disebut sholat tarawih.
Sholat malam itu merupakan peneguhan jiwa, setelah siangnya sang jiwa dibersihkan dari nafsu-nafsu kotor lainnya. Ditekankan pula selesai sholat malam untuk membaca Kitab Suci al-Qur'an secara tartil (memahami maknanya). Dengan membaca Kitab Suci itu seseorang bakal mendapat wawasan-wawasan yang luas dan mendalam, kerana al-Qur'an memang sumber pengetahuan dan ilham.
Dengan keteguhan jiwa dan wawasan yang luas itulah Allah kemudian mengurniakan qaulan tsaqiilaa
(perkataan yang berat). Perkataan- perkataan yang berwibawa. Ucapan-ucapannya selalu berisi kebenaran.
Maka orang-orang yang suka melakukan sholat malam wajahnya bakal memancarkan kewibawaan.
15. Hartanya disucikan
Setiap Muslim yang mampu pada setiap Ramadhan diwajibkan mengeluarkan zakat. Ada dua zakat, yaitu
fitrah dan maal. Zakat fitrah besarnya 2,5 kilogram per orang berupa bahan-bahan makanan pokok. Sedangkan zakat maal besarnya 2,5 persen dari seluruh kekayaannya bila sudah mencapai batas nisab dan waktunya.
Zakat disamping dimaksudkan untuk menolong fakir miskin, juga guna mensucikan hartanya. Harta yang telah disucikan bakal mendatangkan barkah dan menghindarkan pemiliknya dari siksa api neraka. Harta yang barkah akan mendatangkan ketenangan, kedamaian dan kesejahteraan. Sebaliknya, harta yang tidak barkah akan mengundang kekhuatiran dan ketidaksejahteraan.
Ahlan wasahlan ya Ramdhan....
kun Rabbaniyyun fi Ramadhan
Di antara sifat-sifat yang boleh membukakan hati orang ramai kepada pendakwah dan menjadikannya dapat diterima dan dimesrai ialah sifat manis muka dan manis tutur kata.
Muka adalah menjadi petunjuk pada seorang pendakwah, menjadi cermin yang melantunkan apa yang tersemat dalam lubuk hatinya. Kiranya beliau bermasam muka, keadaan itu menunjukkan beliau seorang yang sempit dada dan mudah keluh-kesah tetapi kiranya beliau seorang yang sentiasa bermuka manis, keadaan ini akan membayangkan kebaikan.
Wajah yang manis bukanlah bererti kecantikan dan keindahan paras rupa, kerana boleh jadi paras rupa cantik tapi tidak terdapat padanya kemanisan. Sebaliknya boleh jadi paras wajah yang hodoh tetapi ia penuh dengan kemesraan dan keriangan.
Seorang pendakwah mestilah membiasakan diri berwajah cerah sekalipun beliau terpaksa melatih dirinya berbuat demikian. Beliau juga mestilah membiasakan dirinya sentiasa tersenyum walaubagaimanapun keadaannya yang menderita dan menekan.
Kejayaan seorang pendakwah tersembunyi pada kemampuannya menyesuaikan diri dan menguasainya, bukan sebaliknya. Beliau juga mestilah mampu mengawal dirinya pada semua keadaan yang dilaluinya. Beliau mestilah bijak memilih perkataan supaya sesuai dengan tempatnya.
Saya kenal sesetengah para pendakwah yang keluar menghadapi orang ramai dengan senyum yang melimpah di muka mereka sedangkan di dalam hati mereka merendam dukacita dan permasalahan yang Allah sahajalah yang mengetahuinya.
Saya juga mengenal para duat lain yang tidak mampu menguasai diri mereka berdepan dengan masalah yang kecil, anda dapat melihat kesannya dengan jelas pada wajah mereka juga melalui tindak-tanduk mereka, pada waktu itu anda merasakan seolah-olah andalah yang telah melakukan kesalahan terhadap mereka.
Saya dengar seorang pendakwah yang sering memberikan ucapan di hadapan orang ramai di kampung-kampung di Mesir, beliau telah meninggalkan anaknya di Kaherah dalam keadaan sakit tenat. Sedang beliau berucap salah seorang dari keluarganya telah masuk ke dalam dewan syarahan dan menghampiri pentas dan menyerahkan secebis kertas, setelah beliau membacanya beliau lalu meneruskan ucapannya seperti biasa dan dengan para hadirin tidak dapat melihat sebarang kesan. Setelah beliau selesai dari ucapannya beliau terus menjawab berbagai soalan dengan jiwa yang lapang dan dada yang luas. Kemudian orang ramai terkejut apabila mereka mengetahui bahawa cebisan kertas yang diberikan kepadanya tadi membawa berita tentang kematian anaknya yang sakit tenat itu.
[Konsep Penguasaan Dalam Kehidupan Dakwah dan Pendakwah - Utz. Fathi Yakan]
******************************
Berdasarkan riwayat Muslim dari Abu Dzar r.a. berkata, bersabda Rasulullah SAW:
"Jangan meremehkan kebaikan apapun bentuknya walau sekadar bermuka cerah ketika bertemu saudaramu."
******************************