d ummah

Check out harga semasa Dinar Muslim

Saturday, October 9, 2010

pesanan alim ulamak

bismillah wal hamdulillah...

Ekoran Ijtimak Tarbawi baru-baru ini, sedikit saya nak kongsikan di sini... berkenaan apa yang dipesan oleh para alim ulamak yang patut kita sanjungi selaku anak-anak muda skarang... bukannya tergila-gilakan Maher Zain je ye?? so, lets read, think n reflect it..k?

Ustaz Yahya Othman yang walaupun keuzuran, memilih untuk menyampaikan pesanan-pesanannya sambil berdiri walaupun urusetia telah menyediakan kerusi dan meja untuk beliau duduk. Beliau menyatakan perasaan sayang dan sangat bahagia lantaran dapat bersama-sama himpunan anak-anak muda yang berkumpul atas nama Tarbiyah. Banyak pesanan-pesanan yang dititipkan beliau yang antara lainnya ;
  1. perlunya anak-anak muda menghidupkan dakwah di kalangan muslim dan non muslim untuk memindahkan manusia dari sekadar muslim kepada mukmin, seterusnya menjadi muhajir dan mujahid.
  2. hidup Nabi s.a.w. dipenuhi dengan perjuangan. Lebih kurang 52 peperangan berlaku di sepanjang hidup Nabi s.a.w., 27 darinya disertai oleh baginda s.a.w.
  3. dalam perjuangan perlunya ilmu dan faham (al-fahmu al-amiq) dan beramal dengan ilmu
  4. dalam perjuangan, para pejuang mesti menjadi qudwah atau teladan kepada sasaran dakwah
  5. membimbing masyarakat agar celik agama dengan memahamkan mereka akan intipati Al-Quran
  6. selalulah membaca kisah-kisah syabab (anak muda) dalam sejarah awal kegemilangan islam.
Pengisian beliau kemudiannya diulas oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa dengan ulasan yang sangat baik. Beliau menyimpulkan, untuk menjadi qudwah atau teladan dalam dakwah ;


  1. perlu kepada pemerkasaan ilmu, iman dan akhlak.
  2. asas kepada ilmu ialah makrifah ad-din iaitu celik agama
  3. ilmu agama yang dianggap keutamaan sekarang ini malah turut dipersetujui di kalangan pimpinan gerakan Islam yang turut hadir dalam pertemuan gerakan Islam di peringkat antarabangsa ialah ilmu berkaitan fiqh al-maqasid as-syariyyah.
  4. untuk melahirkan Jil Al-Quran Al-Farid (generasi Al-Quran Unik), hendaklah rutin membaca al-Quran, melihat terjemahannya, mempelajari tafsir Al-Quran, beramal dengan segala isinya serta istiqamah dengan tuntutan al-Quran.
saya hanya memudahkan jalan kalian, kalau nak tahu lebih lanjut layari
http://u-jam.blogspot.com/2010/10/cinta-tarbawi-vol-2.html

InsyaAllah, jika dilapangkan masa oleh Allah, saya kongsi lagi deh? banyak yang nak dikongsi..
et_born2shaheed

No comments:

bleh gak baca yang ni

Related Posts with Thumbnails