d ummah

Check out harga semasa Dinar Muslim

Thursday, January 27, 2011

JOM PAKAT2 P MAULID ^_^


Sollu..Sollu.. Sollu..

Allahumma Solli 'ala Muhammad
wa Ali Muhammad...

Ya Muslimeen... Sollu Alaik...

Bismillah wal Hamdulillah..
Salam biwashiyyati Rasulillah..

Fadhilat dan Kelebihan Maulid

Al-Imam Ibnul Jazari r.a berkata :
"Antara kelebihannya ialah :
  • Keamanan sepanjang tahun
  • Akan tertunai segala hajat
Sultan Al-'Arifin Al-Imam Jalaluddin As-Suyuti r.a, di dalam kitabnya, Al-Wasa'il Fi Syarhi Asy-Syama'il berkata :
"Rumah atau masjid atau tempat yang dibacakan Maulid Nabi Sollallahualaihiwasallam, penghuninya akan dikerumuni oleh para malaikat dan dirahmati Allah.

Sesungguhnya, malaikat-malaikat
Al-Mutawwaqun bin-nur (Yang berkalungkan cahaya iaitu Jibril, Mikail, Israfil, Qirba'il dan 'Ina'il),
As-Soffun (malaikat-malaikat yang berbaris-baris),
Al-Haffun (malaikat-malaikat yang mengelilingi Arasy), dan
Al-Kurubiyyun (malaikat-malaikat yang menolong orang dalam kesusahan)
akan memohonkan keampunan bagi orang yang menjadi sebab kepada pembacaan Maulid Nabi Sollallahualaihiwasallam.

Rumah orang Islam yang dibacakan Maulid Nabi Sollallahualaihiwasallam di dalamnya akan dihindarkan oleh Allah daripada penghuninya, iaitu
  1. kemarau
  2. wabak (penyakit berjangkit)
  3. kebakaran
  4. penyakit
  5. bala bencana
  6. kebencian
  7. kedengkian
  8. pandangan mata yang jahat
  9. dan kecurian
  10. Jika dia meninggal, akan dimudahkan baginya untuk menjawab pertanyaan Munkar dan Nakir
  11. dan kelak, dia akan berda di tempat utama di Syurga, di sisi Allah, Maharaja yang Maha Berkuasa"
Rujukan: I'aaanah At-Tolibin (Al-'Allamah Al-Bakri Muhammad Syatha r.a) seperti yang ditulis dalam kitab Maulid Ad-Daiba'i oleh As-Syeikh Al-Imam Abdul Rahman Ad-Daiba'i

Semoga Allah Taala mencucuri RahmatNya ke atas Ruh kalian semua. Ameen.

~Sedikit dari saya yang masih dalam proses pentarbiyahan (doakan saya),

Marilah kita semua p Maulid Nabi Sollallahualaihiwasallam, jangan lepaskan peluang kali ni. Make your move. No more think twice. The Light is in front of you now. Wake UP!!

JOM2 wahai Para Pelajar CFS,
Kita Berselawat 30hb ni !!


et_born2shaheed

No comments:

bleh gak baca yang ni

Related Posts with Thumbnails