d ummah

Check out harga semasa Dinar Muslim

Saturday, October 9, 2010

ayah, mak n adikberadikku

Bismillah walhamdulillah

semasa cuti raya hari tu, kami sekeluarga pasti makan bersama.. tu agenda wajib setipa hari dan setiap kali tiba waktu makan.. hehe...

alahamdulillah kali ni cukup anak2 mak ayah... eh, jap2.. adik pompuan yang ke2 terakhir xdak la pulak.. syatira nama dia.. xpa2..

so, besalah, bila dah kumpul ramai2.. ayah sukalah... ayah nak dengaq anak2 dia cakap... bukan cakap sembarangan..

"k, ayah nak dengaq anak2 ayah cakap sorang sket... setiap sorang pilih satu perkataan saja n then ulaskan..."

semua anak2 ayah terkulat2... bukan apa... kdang2 x pandai nak bercakap bila depan adik beradik sendiri...
ye lah, mungkin kat kampus mahupun skola dah biasa cakap dpn kawan2, dpn sahabat2 n depan adik beradik usrah.. tapi bila depan adik beradik jadi terbejat plak otak ni...huh.. awat xtau...??

"ok lah," ayah kata. ayah start dulu....

ayah memang slalu tunjuk contoh dulu kat anak2 nya... huhu.. ayah memang suka cakap or kami panggil "ceramah".. hehe... tapi kami bersyukur sbb x ramai ayah yang slalu communicate dgn anak2 nya... Alhamdulillah dapat ayah yang x jemu2 nasihat anak dia... tambah kat anak2 yang noty macam saya..ups..

b4 tu, kami meneka word apa kali ni ayah nak ulaskan... kadang2 ayah x jemu ulang perkara yang sama untuk diberitahu pada kami n pada kawan2 nya... kami tau, niat ayah ikhlas menyebarkan dakwah, sbb tu ayah xpenah jemu share dgn fmly, shbt2 dia apa yang dia dapat daripada kuliah yang dihadirinya setiap hari...

"aket teka ayah nak cakap pasai jadual..btoi x?," adik last aku meneka.

ayah tersenyum..

"ehsan?." aku dan kakakku menduga...

ayah hampir tergelak sbb abang2 ku juga menyokong..

"btoi jugak, ayah kan suka cakap bab ehsan..," ujar abang cik ku.

"hehe...," abang chaq aku ketawa kecil.

"aket pandai teka, sket2 nak btoi dah tu..." jawab ayah.

aket senyum riang.. biasalah budak2 kecik sukala kalau ayah puji...

ayah pun mula bicara, kali ni ayah kata ayah pilih perkataan "BAHAGI".

hehe, lain sket... tapi lebih kurang dgn jadual lah.. tapi xpa... kami anak2 sedia menadah telinga mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut ayah... sambil kepala ligat pikirkan perkataan yang perlu diulas bila sampai turn..huhu..

ayah kata sapa yang pandai bahagi dia orang bijak...

banyak analogi yang ayah bagi.. mudah dipahami dan senang nak di preview dalam minda... sehinggakan ku mampu mengingatnya sampai saat ku menulis post ini...

analogi ayah bagi, tengok alam ciptaan Allah.. Allah Maha Bijaksana sebab Allah lah yang paling Bijak membahagi... Allah bahagikan hari kepada 2, siang dan malam....
siang untuk bekerja tp jgn smpai lupa pada Allah... cukup waktu sembahyang, berenti sembahyang... baru kita jadi orang yang pandai bahagi masa kita.... ayah memandang ke abang kedua ku... hehe.. ada la tu maksudnya... hanya kami yang paham..

malam pulak utk beristirehat, beribadat pada Allah... bukan p kuaq dengan kawan2 sampai lewat pagi baru balik... lirik mata ayah kepada kami semua yang dah bergelar remaja... huk2... macam terkena jugak...

makin lama, makin jauh ayah bawa analoginya... kadang2 susah nak patah balik... tapi kami suka mendengarnya... best jugak...

anak ayah yang dah ada word nak kongsi xsabaq2 nampaknya nak bercakap.. sape tu??

~nantikan sambungannya di post akan datang.. cite ni kisah benar lagi real cumanya penulis kurang pandai mengolah.. maaf ya??

et_born2shaheed

pesanan alim ulamak

bismillah wal hamdulillah...

Ekoran Ijtimak Tarbawi baru-baru ini, sedikit saya nak kongsikan di sini... berkenaan apa yang dipesan oleh para alim ulamak yang patut kita sanjungi selaku anak-anak muda skarang... bukannya tergila-gilakan Maher Zain je ye?? so, lets read, think n reflect it..k?

Ustaz Yahya Othman yang walaupun keuzuran, memilih untuk menyampaikan pesanan-pesanannya sambil berdiri walaupun urusetia telah menyediakan kerusi dan meja untuk beliau duduk. Beliau menyatakan perasaan sayang dan sangat bahagia lantaran dapat bersama-sama himpunan anak-anak muda yang berkumpul atas nama Tarbiyah. Banyak pesanan-pesanan yang dititipkan beliau yang antara lainnya ;
  1. perlunya anak-anak muda menghidupkan dakwah di kalangan muslim dan non muslim untuk memindahkan manusia dari sekadar muslim kepada mukmin, seterusnya menjadi muhajir dan mujahid.
  2. hidup Nabi s.a.w. dipenuhi dengan perjuangan. Lebih kurang 52 peperangan berlaku di sepanjang hidup Nabi s.a.w., 27 darinya disertai oleh baginda s.a.w.
  3. dalam perjuangan perlunya ilmu dan faham (al-fahmu al-amiq) dan beramal dengan ilmu
  4. dalam perjuangan, para pejuang mesti menjadi qudwah atau teladan kepada sasaran dakwah
  5. membimbing masyarakat agar celik agama dengan memahamkan mereka akan intipati Al-Quran
  6. selalulah membaca kisah-kisah syabab (anak muda) dalam sejarah awal kegemilangan islam.
Pengisian beliau kemudiannya diulas oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa dengan ulasan yang sangat baik. Beliau menyimpulkan, untuk menjadi qudwah atau teladan dalam dakwah ;


  1. perlu kepada pemerkasaan ilmu, iman dan akhlak.
  2. asas kepada ilmu ialah makrifah ad-din iaitu celik agama
  3. ilmu agama yang dianggap keutamaan sekarang ini malah turut dipersetujui di kalangan pimpinan gerakan Islam yang turut hadir dalam pertemuan gerakan Islam di peringkat antarabangsa ialah ilmu berkaitan fiqh al-maqasid as-syariyyah.
  4. untuk melahirkan Jil Al-Quran Al-Farid (generasi Al-Quran Unik), hendaklah rutin membaca al-Quran, melihat terjemahannya, mempelajari tafsir Al-Quran, beramal dengan segala isinya serta istiqamah dengan tuntutan al-Quran.
saya hanya memudahkan jalan kalian, kalau nak tahu lebih lanjut layari
http://u-jam.blogspot.com/2010/10/cinta-tarbawi-vol-2.html

InsyaAllah, jika dilapangkan masa oleh Allah, saya kongsi lagi deh? banyak yang nak dikongsi..
et_born2shaheed

bleh gak baca yang ni

Related Posts with Thumbnails