d ummah

Check out harga semasa Dinar Muslim

Thursday, April 22, 2010

BANGKAI MALAM DAN HIMAR SIANG

Bismillah walhamdulillah..
wassolatuwassalamu 'ala Rasulillah...

'amma ba'du,

Artikel ini utk saya terutamanya dan utk yg sedang membaca secara umumnya dan begitu juga untuk yg berdakwah secara khususnya.

BANGKAI MALAM DAN HIMAR SIANG



Daripada Abu Hurairah ra berkata: Rasulullah bersabda kepada ku:

إِنَّ اللهَ يَبْغُضُ كُلَّ جَعْظَرِيٍّ جَوَّاظٍ صَخَّابٍ فِي الْأَسْوَاقِ جِيْفَةٍ بِاللَّيْلِ حِمَارٍ بِالنَّهَارِ عَالِمٍ بِأَمْرِ الدُّنْيَا جَاهِلٍ بِأَمْرِ الْآخِرَةِ


“ Sesungguhnya Allah benci setiap manusia yang kasar (suara dan tingkah laku), kuat makan, bising semasa di pasar, tidak bangun solat malam seperti bangkai, berkerja keras pada waktu siang seperti himar, amat mengetahui tentang ilmu dunia dan jahil tentang akhirat.”


Hadis riwayat Ibnu Hibban (72), Baihaqi (Sunan) dan Asbahani. Syeikh Syuaib berkata: Sanad hadis ini kuat.

Imam al-Munziri meletakkan hadis di bawah tajuk “MEMBERI PERINGATAN BURUK KEPADA MANUSIA YANG TIDUR SAMPAI SUBUH DAN TIDAK BANGUN BERQIAMULLAIL”

Dr. Yusuf Qaradhawi menerangkan makna “tidak bangun tahajud seumpama bangkai”:

“ Manusia ini diumpamakan bangkai pada waktu malam kerana tidur adalah salah satu bentuk mati.”


SPECIAL TIME FOR HIS SLAVES



Oleh itu Allah benci manusia yang tidur pada waktu malam tanpa bangun untuk bertahajud dan bermunajat kepadanya. Sedangkan Allah khususkan di penghujong malam untuk hamba-hambanya mengadu dan bermunajat kepadanya. Rasulullah saw bersabda:

ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى سماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر قيقول : من يدعوني فأستجيب له؟ ومن يسألني فأعطيه؟
ومن يستغفرني فأغفر له

“ Allah swt turun pada setiap malam ke langit dunia ketika sepertiga malam yang terakhir. Tuhan berkata “ Siapa yang berdoa akan ku perkenankan doanya. Siapa yang meminta kepadaku akan ku berikannya. Sesiapa yang beristighfar maka akan ku ampunkannya”` -Hadis sahih Bukhari dan Muslim


Bayangkan sahabat2 sekiranya seorang penjenayah berat akan diampunkan sekiranya dia merayu kepada Raja pada pukul 3 pagi pasti dia akan pergi waktu tersebut dan menunggu di pintu istana seawal mungkin. Bayanngkan sekiranya Raja menawarkan akan memberi apa sahaja permintaan kita sekiranya kita menghadapnya di awal pagi pasti kita akan menunggu di pintu istana sejak malam lagi. Namun raja segala raja telah memberi tawaran kepada kita pada waktu sebelum subuh tapi kenapa kita masih tidur lagi. Itu kerana kita dikencing oleh syaitan dan diri kita berlumuran dengan dosa.


Kalau kita rasa kita itu sudah baik dan bersih dari dosa (ini adalah penyakit hati) maka anggapla masa ini masa seorang kekasih bertemu dengan kekasihnya. Adakah seorang lelaki akan disayangi oleh kekasihnya sekiranya selalu terlepas dalam temu janjinya. Kalau setiap hari begini pastilah cinta itu sudah berkubur dan hubungannya akan diputuskan.


KENCING SYAITAN

Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun tahajud dan bangun ketika watu sudah subuh. Nabi saw bersabda:

ذاك الرجل بال الشيطان في أذنيه
“ Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.” -Hadis sahih Bukhari dan Muslim.


Ini yang bangun waktu subuh. Kalau bangun selepas waktu subuh...apa agaknya najis syaitannya yang masuk? Adakah lubang telinga sahaja atau semua lubang?



BELENGGU DOSA

Fudail bin Iyad berkata:
إذا لم تقدر على قيام الليل وصيام النهار فاعلم أنك مكبول كبلتك معصيتك
“ Apabila kamu tidak mampu untuk bangun tahajud waktu malam dan tidak mampu puasa sunat pada waktu siang maka ketahuilah kamu sudah dibelenggu oleh maksiatmu.”


Oleh itu kita perlu bertaubat sentiasa dan menghindari dari maksiat. Lidah yang penuh maksiat tidak layak untuk bermunajat pada waktu malam. Mata yang penuh maksiat tidak layak untuk berjagauntuk tahajud dan menangis. Kaki dan tangan penuh maksiat tidak mampu untuk digerakkan pada waktu malam untuk bangun bertahajud. Yang penting hati sentiasa ingat benda yang haram tidak layak untuk berjaga dengan segarnya pada waktu malam untuk tahajud.



PASANGAN YANG BERTAHAJJUD

Selain dari itu kita hendaklah mencari teman yang baik atau pasangan yang baik agar dapat mengejutkan kita waktu malam. Nabi saw bersabda:

إذا أيقظ الرجل أهله من الليل فصليا ركعتين جميعا كتبا في الذاكرين والذاكرين
“ Apabila seorang lelaki bangun dan mengejut isterinya pada waktu malam. Lalu mereka solat dua rakaat bersama-sama, kedua2 mereka ditulis dikalangan lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang sentiasa berzikir kepada Allah swt.”

- Hadis riwayat Abu Daud dan Nasaie, Hakim juga riwayat dengan makna hadis yang sama dengan sanad di tashihkan oleh Imam Zahabi.

Oleh itu carilah teman serumah yang mampu mengejutkan kita bertahajjud. Terutamanya orang yang tidak mampu tahajud dan ingin tahajud. Begitu juga hendaklah cari pasangan yang boleh membantu kita bertahajud. Namun kita kena lihat kepad keadaan teman serumah tadi. Kalau subuh pun masih lambat atau luar waktu kita kena ushakan subuh dahulu barulah tahajud.



SUBUH PUN MASIH LEWAT

Bila sebut pasal subuh awal ni, amat duka cita kerana masih terdapat ramai yang kelewatan subuh. Lebih sedih kerana terjadi pada ramai mahasiswa agama atau orang yang menulis dan bercakap pasal agama dan menganjurkan program agama. Ini adalah termasuk dalam perumpamaan Nabi berkenaan dengan lilin. Menyuruh manusia lain buat baik namun melupai diri. Boleh rujuk dalam artikel ini. Ibnu Mas’ud berkata:


إذا فقدنا الرجل في صلاة الصبح وصلاة العشاء في جماعة أسأنا به الظن
“Apabila kami tidak bertemu seorang lelaki ketika solat subuh atau isya berjemaah di masjid , kami akan bersangka buruk kepadannya.”


TIPU DAYA SYAITAN

Janganlah kita bagi alasan kita sibuk buat program, mesyuarat , mengaji, mengajar, study, berdakwah dan lain-lain untuk tidak tahajud dan bangun lewat. Nabi adalah sebaik manusia sebagai pemimpin, pendakwah, Pelajar (mengambil wahyu dari jibril), suami (9 isteri) tetapi Nabi saw tidak pernah meninggalkan tahajud.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan, Saidatina Aisyah r.a berkata:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم يقوم من الليل حتى تتفطر قدماه
“Sesungguhnya Rasulullah saw bangun bertahajjud pada waktu malam sehingga pecah-pecah kakinya.” -Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Para khalifah dan Gabenor dikalangan sahabat Nabi saw semuanya memintangkan tahajud sehingga Umar berkata: “Kalau aku tidur waktu malam akan sia-siala hak Allah.” Salahuddin al-Ayyubi juga amat mementingkan tahajudnya kepada tenteranya sedangkan kita tahu tidak ada kerja lebih teruk dari peperangan. Bila mana beliau melihat ada khemah tentera tidak tahajud, beliau berkata:

فإن أوتينا فمن قبل هولاء نؤتى
“Sekiranya kita didatangi musuh maka musuh akan datang dari pihak mereka (kerena kelemahan mereka) . “ atau pun “ Sekiranya kita dikalahkan maka sebab merekalah kita dikalahkan.


Adakah tanggung jawab kita lebih besar dari Nabi sehingga mana kita jadikan kerja dan tanggung jawab sebagai alasan untuk tidak bertahajud? Adakah kita tidak berdosa seperti Nabi? Kita lebih patut bangun menangis dan bertahajud kerna kita insan yang banyak dosa. Ini semua adalah talbis iblis (tipu daya syaitan) kepada pendakwah dan perkerja2 Islam.


MAHAR BIDADARI

Seorang salafus soleh bermimpi berjumpa dengan bidadari dalam mimpinya. Bidadari berkata “ Pinanglah aku dan berilah maharnya kepada tuhan.” Beliau bertanya “Apa maharnya?” Bidadari menjawab “ Lama tahajjud.”

Suatu hari Abu Sulaiman ad-Darani tidur pada waktu malam. Dalam tidurnya, beliau melihat bidadari mengejutnya dan berkata “ Adakah engkau tidur (tidak tahajud) hai Abu Sulaiman sedangkan aku menantimu di sebalik tirai sejak 500 tahun.”

KESIMPULAN

~TAHAJUD BUKAN SEGALANYA TETAPI KALAU TIDAK MAMPU TAHAJUD MAKA ADA YANG TIDAK KENA PADA HUBUNGAN HAMBA DENGA TUHAN SEMESTA. KADANG2 KITA RASA KITA DAH TAK BUAT DOSA TETAPI TAK MAMPU UNTUK BANGUN. INI SAMAADA KITA PERLU MENGAJI LAGI UNTUK MENGETAHUI DOSA YANG ADA PELBAGAI BENTUK ATAU PUN SEBAB HATI KITA BERASA SUDAH SEMPURNA DAN INILAH YANG PALING BAHAYA. ORANG YANG RASA SELAMAT DARI NERAKA ADALAH ORANG YANG RUGI SEPERTI DALAM SURAH AL-A’RAF AYAT 99~


(laman blog salman maskuri dan dr fb abang saya, Aba Jid)

[Hai orang2 yang beriman, bertakwalah kamu semua kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang2 yg benar"]
-surah at-Taubah:119

lepas baca, jgn dok saja...(buat diriku dan kawan2 yg asyik terleka)

THINK ABOUT IT!!

DO SOMETHING!!!

_Shift Your Paradigm_


Umat Islam harus cemerlang
hari ini lebih baik dari semalam....
(chorus byk2 kali)


et_born2shaheed

Tuesday, April 20, 2010

Hikmahnya Kembara

Demo Yang X Jadi..

dengan semangat yang waja ... kami seramai 4 orang sisters keluar bagi untuk menyuarakan bantahan berkenaan isu APCO.. bermulalah kisah pengembaraan kami...

selepas beberapa minit perjalanan dari kampus ke kl sentral... di sana kami makan n solat...kemudian trus lah bergerak ke masjid jamek.. tetiba bila dah smpai kat stesen MJ, satu panggilan masuk bagitau yang demo sbnrnye dkt kg baru.. dah habis pulak tu... Allahuakbar..

Tapi katanya, dekat MJ sini pun ada, namun tiada yang sudi meng ‘conduct’ atau mnjadi leader atau demonstran... terdetik dalam hati.. KE MANA PERGI MAHASISWA ATAU PEMUDA YANG BERJIWA SEPERTI UMAR AL-KHATTAB?? JIWA SEPERTI BRO DZULKHAIRI??

tetapi sebenarnya..idea itu dah pun ada..dari pihak kami...mahasiswa yang tidak segagah mana..namun punya jiwa yang besar.. tapi apa nak dikata.. mgkin kerana byk memikirkan hal2 lain atau bertanya pendapat orang.. usaha untuk menjadi penggerak tiada...crowded sudah mula bersurai..sedikit demi sedikit... peluang tadi tersia... Allahuakbar.. sedih.. bercampur2..

dalam masa menuggu tren utk meneruskan destinasi, ada mesej yang masuk dalam phoneku..berbunyi..

~Dalam diari seorang pejuang tiada masalah yang tidak merumitkan, ujian yang tidak melemahkan, dugaan yang tidak menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk lebih hebat. merka tepu dengan dugaan. Cuma sesekali air mata mengalir menerjah pipi, lambing kekerdilan kudrat hamba. Berdepan dengan ‘belaian’ PENCIPTA, sebagai tanda ingatanNya. Terus senyum walau payah & susah diuji. Jadilah mata rantai perjuangan yang suci ini. Teruskan perjuangan walaupun susah. Pejuang perlu kental jiwanya. terimalah seredhanya. –Pandanglah mesej ini sbg sedikit suntikan vaksin mengatasi virus kekecewaan.. seeru ‘ala barakatillah~

terima kasih ya Allah...Hanya Kau yang Maha Memahami..

saya memujuk hati yang lara dengan membisik dalam hati kecik,

” Xpe... kalau tadi niat aku betul untuk bantu, setiap langkah aku ke sini xpernah sia-sia. InsyaAllah. Allah Maha Penghisab.”

dataran merdeka n lepak2


selepas kejadian tersebut, kami pun mengerah otak supaya meng’brainstorm’ ke mana hendak dituju supaya tiada sia2 perjalanan kami...

byk idea.. salah satunya ialah pegi Ronda2 KL.. saya mengajak mereka ke Dataran Merdeka.. tujuannya ingin mengetahui selok belok jalan di KL selain menceritakan pengalaman turun mengadakan pencegahan maksiat di samping menyampaikan maklumat bahawa tiada smbutan Tahun Baru dalam Islam sebegitu rupa..

pc fair di klcc

at last, dapat keputusan bersama, kita pg pc fair je lah..

Ya Allah..punyelah ramai manusia..bermacam2 rupa dan perangai.. xkurang jugak tourist..

letih kot jalan2 kat pc fair.. sbb besar sgt pc fair tu...

masuk je xleh u turn dah.. kena ikut flow..jalan je dpat brochure..

sampai masuk kat ruang mana ntah... masyaAllah lagu dia, bingit telinga...

bung bang dengar... macam kat disko pun ada..rupanya kat situ tempat jual segala barang2 mcm earphone, speaker, n segeng dgnnye.. patotla.. tp x patot btol buka lagu kuat2 sgt.. jantung berdebar2 je..bukan ape..takot2 waktu tu, datang rebut ke earthquake ke... Ya Allah..Nauzubillah kami dimatikan dalam keadaan lalai kepadaMu ya Allah... masuk sekerat je..pastu kami cepat2 kluar..ikut pntu yang sama..lalu meneruskan perjalanan ke fair di tingkat bwh pulak

on da way jalan2 dalam pc fair... Astaghfirullahal’azim... dlm hati saya ingatkan diri supaya jgn putus berzikir...apa nak kata lagi dah...promotions gurls yang lebih2...over... yang plek tp benar, ramai pulek dok p tangkap gambaq dengan depa tu sume.. PLEK KAN MANUSIA??

ish.. byk kali gak terpandang budak2 baju x cukup tu.... terfikir, “tayang henfon ke pusat???” aduh.. musykil ana!!

pastu ada budak hilang la pulak..

nak dijadikan kisah.. teman seperjuangan saya dah loya gn sume bnda tu menyebabkan dia memisahkan diri drpd kami.. ala..ana dan kwn ana yang sorang lagi bukan nak sgt masuk...tapi kami nak kluaq.. puas kami cari pintu... nak dekat smpai kat pintu byk dugaan yang dihadapi...kena pandai menepis... geng2 broadband mai menyerang dari pelbagai arah... ada yang berbaju kuning, hijau dan biru... hmm..akhirnya..ALHAMDULILLAH!! ~mmg benar, kemenangan itu sgt menggembirakan~

akhirnya..dapat jugak kami melihat suasana petang yang indah dan udara yang segar pada petang tu...Alhamdulillah ya Rahman..

masalah mengekori kami.. kawan yang tadi terpisah tidak dapat dihubungi.. kami kol xdapat2.. cannot be reachable... Allah, trdetik dalam hati, xkan hanset dia mati kot.. dia bukannya tau sangat jalan... hati2 kami gundah gulana memikirkan beliau.. “dia menjadi tanggungjawab ana selagi belum smpai kampus”...

aduhai.. selepas bebrapa minit melilau cari beliau.. x jumpa2 jugak.. katanya tadi waktu kami masih berda dalam fair, dia berada di surau tingkat 3..tapi bila tgk direktori..surau tu susah untuk pegi..kalau dah kluar dr fair, mmg susah nak pg situ.. lalu, kami amik keputusan utk solat Asar dulu pape pun..

ada yang risau tahap gaban... kat surau kami berdua masih memikirkan hal beliau, keadaan beliau..ada yang bagi cdgn, kita wat je announcement...namun apa yang pasti, hati2 kami tak putus2 berdoa keselamatan beliau... beliau berjalan tanpa wang sebenarnya..fon pulak kalau mati..susah..

macam2 yang boleh berlaku zaman skrang ni..zaman yang x kenal erti peri.... tu yang kami risau sangat..

~kepada Budak Hilang, ana ucapkan tahniah kerana berjaya mengHILANGkan diri dari benda2 lagho tu..pastu dok plak bertafakur di surau.. bagusnya.. namun nak diingatkan..Janganlah hilang lagi lepas ni....penat kami mencari...huhu~

Sewaktu solat, kami menggunakan peluang mustajab doa, iaitu ketika setiaop kali sujud... sudah pasti hati2 kami memohon pertolongan hanya pada Allah yang Maha Melihat dan Maha Berkuasa supaya kami ditemukan semula... xnak lah pisah lama2.... sedih..

berada di sujud rakaat kedua...fon berbunyi.... dalam hati.. Alhamdulillah moga2 beliau yang menelefon... doa kami makbul.. di akhir solat, ana mengangkat calling dari beliau..dia bertanya di mana kedudukan kami.. ALHAMDULILLAH..Hanya Allah yang tau perasaan kami saat itu..hehe..

(nak marah pun ada, geram pun ada, yang pasti kami bersyukur byk2 sbb dah tau kewujudan beliau)

nak mencari pulak kedudukan budak hilang satu hal... kaki dah naik lenguh bila kena pusing2 cari budak hilang...aduhhh... bila dah jumpa tu...sian plak tgk dari jauh..menyayat hati tgk..(sebenarnya membara tapi nak tergelak pun ada bila tgk gelagat budak hilang)

budak hilang biasa je..

lokasi pertemuan : dok kat fountain kat aquaria..

huhu... muka dia kelaparan.. muka kami keletihan.. pape pun, bila dah dok kat situ, ape lagi.. sesi penggambaran dan jejak kasih berlaku... macam2 gaya ada kami bergambar di situ.. kenangan indah betollah..

Jalan2 cari makan.. Jalan2 makan Sushi King..
Actually dari awal dtg KLCC mmg ada niat nak makan my favourite food tu lagi...Sushi..hmm..sdapnya..

Sadly said.... very bad service... lama siot tunggu... “x sama langsung mcm perangai orang Jepun yang baik dan tepat masa” .. tapi kata2 tu terkena balik kat aku..aku mmg minat Japanese and Korean. tapi, stakat ni aku pun kadang2 je dapat implementasikan sifat tu dalam diri aku..terutamanya bila ada perjumpaan or meeting..tapi aku cuba transformasikan diri aku ke lebih baik..Rasulullah dah lama buat.. aku buat, insyaAllah!

kan Rasulullah tu sebaik2 contoh??

balik.... jem la plak... aduhhh...

habis makan trus bertolak balik... amik tiket ke Stesen U n cari taxi untuk ke kampus...

waktu tu dah masuk maghrib...niat di hati nak solat kat kampus...

masuk je taxi... xsempat panas punggung.. dah depan mata byk lampu keta..maknanya..jem lah... Allah.. aku dah xleh dok diam...risau lmbat solat... Aku lemah dalam hal ni..waktu tu.. Nak nangis je rasa...tapi pk balik..nangis pun x jadi apa... baik istighfar banyak2...mugkin dah bnyak lagho hari ni.... ujian bagi aku dan sahabat2ku...

smpai kampus trus lompat taxi (lps byr la)

Alhamdulillah..terima kasih ya Allah.. dapat jugak kami solat...siap solat jemaah lagi...

makan sushi gn roommate plak.. malam tu bestlah... main suap2.. hehe..

after solat Isyak berjemaah di surau.. kami makan sama2 lagi sekali..sushi ingatanku buat rumate2 ku tersayang...atiqah, dya dan zati.. ada lagi kawan2 yang lain mai join..meriah btol bilikku malam tu, sama je mcm malam2 lain..xpenah x meriah..

bertolak ke umah shbt malam tu..

Malam tu jugak...habis makn, kakak leya dah datang... Actually dalam taxi tadi, kami buat keputusan untuk tido d umah beliau... kami bertiga lagi...

nmpaknya al-kisah belum tammat di sini rupanya....

sesampai kat upm untuk hntar kakak dia...

dalam keta kakaknya.. xbyk kami borak..semua keletihan..ada yang tertido.. tup2... dh pon smpai di UPM.. sampai kat sana, ekzos ada masalah... tapi kata kakaknya.. bleh ni smapai..asalkan bawak pelan2... kat situ kami menjenguk2 jugak ke bawah keta untuk melihat keadaan ekzos tersebut... patah kata kakaknya... tetapi ada satu lagi dugaan tiba..

Masyaallah.. iman terduga dgn perlakuan yang memualkan iman kami...

Kelihatan sorang lelaki dgn sorang pompuan di tmpat parking kosong.. ape dorang buat tu??? kedengaran jugak suara2 gatal dan manje pompuan tu..”agak kuat”, bisikku..

Owh Allah.. hanya Kamu yang tahu ketika itu, hatiku menangis.. aku x sanggup pun nak melihat perbuatan itu.. Arghh, aku benci perbuatannya!!..namun aku kesiankan dan sayangkan insan yang terlibat tu..lalu..selepas beberapa strategi dan perancangan dikeluarkan oleh kami.. aku dicabar teman2....untuk terus mara seperti di kampus.. kata mereka..ini baru reality!..mmg benar apa yang dorang sampaikan.. namun.. dalam kepalaku, masih memikirkan cara atau method yang sesuai untuk approach sis n bro yang tgh berasmara tu...

at last i found my real gut.. aku pergi ke arah mereka sambil diikuti shbt2ku.. aku memulakan perbualan..

aku: assalamualaikum sister.. (gaya profesionalla)

mereka:.....waalaikumussalam....( jawab slm pun pelan2)

aku: adikberdik ye?

mereka tersipu2..malu..mereka geleng kepala..

memikirkan xnak amik masa lama, sbb jauh lagi perjalanan kami.. aku pun menyambung..

aku: Pastu buat ape malam2 camni?

(sebelum pegi kat dorang, jam menunjukkan pukul 10.10mlm.. or lebih kurang waktu tu lah..asalkan suasana tu adalah malam dan tempat tu agak sunyi... itulah latar masa scene ni..)

mereka:xbuat pe..biasa la..

aku: dah biasa ke buat camni?

mereka: (dgn yakinnya menjawab) ye, dah lama dah.. selalu je

aku: owh.... tapi xelok malam2 dok macam ni..

leya: boleh jadi macam2... jadi fitnah kalau orang tengok..

aku: ha, betol tu...

mereka: (mengangguk2 sambil tersenyum kelat agaknye)

aku: xpelah pape pun, cuma nak ingatkan lah...kita nak buat pape pun xpe, tapi kena selalu ingat.. Allah ada. Dia tgh tengok apa yang kamu buat.... xpe kalau xmalu kat orang lain pun...tapi ingatlah.. Malulah pada Allah..malulah pada Allah.. (hati aku sedih waktu tu) (aku takut sbb aku yang paling awal dengar, Ya Allah, bantulah hambamu ni..)

xpelah pape pun, cuma nak ingatkan lah...kita nak buat pape pun xpe.. tapi kena selalu ingat.. Allah ada. Dia tgh tengok apa yang kamu buat.... xpe kalau x malu kat orang lain pun...tapi ingatlah....Malulah pada Allah.. malulah pada Allah..

<HIDUPLAH macam mana pun kamu suka, sesungguhnya kamu akan MATI, CINTAILAH sesape saje yg kamu kehendaki, sesungguhnya kamu pasti akan terPISAH darinya, BUATLAH pape pun yang kamu nak suka, tapi ingatlah, kamu akan DIBALAS dgnnya dan DISOAL tentangnya> hadis

mereka: (diam dan buat muka tak dapat ditakrif).. terima kasih..

aku dan kawan2: (senyum kelat) sama2... ok lah... pegi dulu ye.. Assalamualaikum..

mereka : Waalaikumussalam.

pundak kami terasa ringan sket sbb kami dah mencegah maksiat depan mata menggunakan peringkat tinggi sket, iaitu menggunakan lisan selain membenci dalam hati....

Tetapi... kami masih x berpuas hati sbb merpati 2 sejoli itu still ada kat situ, x berganjak..

lalu, kami teruskan perbincangan... sama ada nak pegi lagi sekali..atau nak pegi park keta kat situ atau tunggu dan lihat..atau pegi dok join dorang supaya dat girl x lah dok sorang2 gn laki tu... otak ligat memikirkan kesesuaian...

kami mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat dari dalam kereta sampai mereka pergi...

aku sengaja keluar dari keta untuk menghirup udara segar malam tu..sambil2 mata ku menjeling ke arah mereka.. mereka bersurai n menuju ke sebuah kereta..

kat situ..mereka masih berborak2... kedengaran suara manja pompuan tersebut..aku sengaja melihat tajam perbuatan mereka.. selepas beberapa minit.. lelaki itu pegi...dat girl lalu depan keta kami dan dia menjeling tajam.. mungkin tanda ‘terima kasih sekali lagi’..., aku menduga... mukanya tampak x puas hati.. tapi ntahlah apa yang ada dalam hatinya...

dalam hati, Aku doakan moga2, tindakan dan kata2 kami tadi menjadi pintu hidayah buatnya dan buat lelaki itu juga...

mungkin...

x mustahil...

satu hari nanti..

Perjalanan membelah dada malam....lambat.. tetiba..

hati kami agak girang... dalam keta... kami buka nasyid guna hanset.. Ema di belakang...ingat nak buat usrah persis Imam Hassan al-Banna...

tetiba... krek...krek..krek..

bunyi yang x sedap kedengaran..

aku seakan mengingatkan leya, “ bawak pelan sket, leya.”

leya jawab, “dah pelan kot...40km/h”

Ema kat belakang membalas , “ a’ah leya, slow lagi...dulu mak aku pun bawak pelan lagi pada ni. time tu keta mak prob cmni gak r”

krek..krek..krek.. bunyi lagaknya makin teruk...

leya pun menghentikan keta kat tepi jalan... time tu still dalam UPM kot.. tapi jalan agak lengang... malam la katakan... semua keluar keta.. 3 dara melilau mencari2 idea atau ilham supaya ekzos tu bleh bertahan sampai ke Klang.. jauh jugak tu...

Ha!! aku dah dapat inspiration!!. pastinya bukan dari aku.. Allah yang mengilhamkan...

haza min fadhli Robbi....

“Insyallah bernas”, pk aku.. b4 tu aku smpat tanya pendapat ema n leya...dorang x kata pape..

tanpa minta izin...aku pun pegi cabut pokok ape ntah...ala..yang menjalar kat tepi pagar tepi jalan tu..... pastu pegi ikat ekzos... ema bantu aku... malu jugak..tertonggek2...nasib baik ema tolong lindung aku dari trus malu..selain menjaga keselamatan aku...thanx ema.. pastu driver aka leya dtg jenguk... dia kata.. bleh bertahan ke?

aku jawab, “Insyaallah bleh kot ni sampai Klang, 4 temporary boleh..”

“tu lah kan, tu gunanya pokok tu... slalu orang tengok dia macam xdak guna ja... Allah susun elok dah...Setiap yang Allah jadikan x sia2...”

jauh di sudut hati... kata aku “betol2 macam mekanik”..haha..mencabar..

Alhamdulillah...selesai pun task terakhir...hopefully

Keta kami meneruskan perjalanan membelah malam yang masih muda buat para pejuang agama Allah...

suka aku katakan....

Tiada istilah rehat dalam diari pejuang...

aku suka statement yang ni,

kalau ada yang mengeluh... pujuklah diri atau dia, katakan

- biarlah kita berehat panjang di syurga nanti- or

-nak berehat, berehat kat syurga-

mungkin ni tazkirah terahir dari aku, saya dan ana

inilah hikmahnya kembara sepanjang hari yang menyeronokkan...

Hidup ni sungguh Istimewa kan? Terima kasih Ya Allah.. Aku cinta PadaMu...


_Yesterday is history, Today is mystery and Tomorrow is a gift_

et@gaara

bleh gak baca yang ni

Related Posts with Thumbnails