d ummah

Check out harga semasa Dinar Muslim

Wednesday, December 30, 2009

duniamu...Duniaku jua plak..

sapa lagi hok hidup kat atas bumi Allah ni?
naka kenai?

jom...bacaaa....

this article i got from hikmatun.wordpress
tulisan oleh Tuan Guru Dr. Dato' Harun Din
kenal x?

jangan habaq kat kami yang hampa suma x kenai no...
orang famous takdak dah ni..
carik sniri ttg tokoh ni..kalau xtau

xpela... kena habaq gak ni..
ha ni la beliau...
best buku dia....



k dah2..jom amik tau ttg kengkawan n jiran2 kita kat moka bomi ni..

Yang dimaksudkan dengan makhluk-makhluk halus itu ialah makhluk-makhluk yang dicipta oleh Allah s.w.t. tanpa berjisim yang pada kebiasaannya tidak dapat dilihat oleh mata atau dirasa dengan tangan. Mereka hidup di alamnya atau alam ghaib Makhluk-makhluk ini ada asal kejadiannya daripada cahaya, iaitu malaikat, yang sentiasa taat kepada perintah Allah, dan ada yang asal kejadiannya daripada api iaitu yang terdiri daripada jin, iblis, syaitan dan sebagainya.



Beriman atau mempercayai tentang adanya makhluk makhluk halus dan hal-hal yang ghaib seperti ini adalah di antara ciri-ciri mukmin yang bertakwa kepada Allah s.w.t. Dalam Surah al-Baqarah ayat 2 hingga 4 tersebut firman Allah s.w.t.:

“AI-Quran itu tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sembahyang dan menggunakan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.”

see....
kita kena berIMAN dengan adanya alam ghaib.. alam dunia yang depa duduk.. watpe ek Allah jadikan dorang ni?
"cukup r kita (manusia) yang hidup kat dunia ni-hati kecik kata
depa (makhluk selain manusia, yang xnmpak) ada buat pa?"
buat kacau je kan?
bagi orang ni sakit, bagi orang nu histeria, sat2 bagi kawan nun mati...
buat orang x hidup senang ja kan?"-tamat monolog hati kecik dgn dirinya

lalu apa kata ustaz Harun Din;

Di antara hikmat diciptakan makhluk-makhluk halus ialah:

i. Untuk memperkuat iman seseorang kepada Allah s.w.t., menyakinkan tentang kebesaran dan keagungan llahi. Di samping kejadian manusia yang dapat dilihat dengan mata kasar, Allah s.w.t. berkuasa mencipta makhluk-makhluk halus yang asal kejadiannya serta hakikat hidupnya begitu berbeza dengan manusia. Semua ini merupakan tanda-tanda keagungan Allah s.w.t.

ii. Agar manusia sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh yang tidak nampak, yang sentiasa berazam dan berusaha untuk menyesatkan manusia.

iii. Untuk menguji iman manusia, setakat mana manusia dapat menggunakan akal fikiran dan anggota tubuh badan dengan bijaksana dan tidak terpesona dengan tipu helah pujukan syaitan.

iv. Hanya dengan adanya dugaan, kekuatan iman seseorang itu akan diketahui.

v. Di samping kewujudan makhluk-makhluk halus yang jahat, seseorang yang beriman akan terus merasa yakin tentang adanya pertolongan Allah. Allah s.w.t. mengadakan para malaikat yang sentiasa meminta rahmat dari Allah s.w.t. untuk manusia.

ha...tengok... [ma kholaqta haza bathila] {tidak Allah jadikan sesuatu dengaan sia-sia}

takat ni dulu ye...

fikir2lah dan selamat topup iman!

nantikan episode seterusnya

think about Allah owez..

to be continued

et_born2shaheed

No comments:

bleh gak baca yang ni

Related Posts with Thumbnails