d ummah

Check out harga semasa Dinar Muslim

Wednesday, December 30, 2009

duniamu...Duniaku jua plak..

sapa lagi hok hidup kat atas bumi Allah ni?
naka kenai?

jom...bacaaa....

this article i got from hikmatun.wordpress
tulisan oleh Tuan Guru Dr. Dato' Harun Din
kenal x?

jangan habaq kat kami yang hampa suma x kenai no...
orang famous takdak dah ni..
carik sniri ttg tokoh ni..kalau xtau

xpela... kena habaq gak ni..
ha ni la beliau...
best buku dia....



k dah2..jom amik tau ttg kengkawan n jiran2 kita kat moka bomi ni..

Yang dimaksudkan dengan makhluk-makhluk halus itu ialah makhluk-makhluk yang dicipta oleh Allah s.w.t. tanpa berjisim yang pada kebiasaannya tidak dapat dilihat oleh mata atau dirasa dengan tangan. Mereka hidup di alamnya atau alam ghaib Makhluk-makhluk ini ada asal kejadiannya daripada cahaya, iaitu malaikat, yang sentiasa taat kepada perintah Allah, dan ada yang asal kejadiannya daripada api iaitu yang terdiri daripada jin, iblis, syaitan dan sebagainya.



Beriman atau mempercayai tentang adanya makhluk makhluk halus dan hal-hal yang ghaib seperti ini adalah di antara ciri-ciri mukmin yang bertakwa kepada Allah s.w.t. Dalam Surah al-Baqarah ayat 2 hingga 4 tersebut firman Allah s.w.t.:

“AI-Quran itu tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sembahyang dan menggunakan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.”

see....
kita kena berIMAN dengan adanya alam ghaib.. alam dunia yang depa duduk.. watpe ek Allah jadikan dorang ni?
"cukup r kita (manusia) yang hidup kat dunia ni-hati kecik kata
depa (makhluk selain manusia, yang xnmpak) ada buat pa?"
buat kacau je kan?
bagi orang ni sakit, bagi orang nu histeria, sat2 bagi kawan nun mati...
buat orang x hidup senang ja kan?"-tamat monolog hati kecik dgn dirinya

lalu apa kata ustaz Harun Din;

Di antara hikmat diciptakan makhluk-makhluk halus ialah:

i. Untuk memperkuat iman seseorang kepada Allah s.w.t., menyakinkan tentang kebesaran dan keagungan llahi. Di samping kejadian manusia yang dapat dilihat dengan mata kasar, Allah s.w.t. berkuasa mencipta makhluk-makhluk halus yang asal kejadiannya serta hakikat hidupnya begitu berbeza dengan manusia. Semua ini merupakan tanda-tanda keagungan Allah s.w.t.

ii. Agar manusia sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh yang tidak nampak, yang sentiasa berazam dan berusaha untuk menyesatkan manusia.

iii. Untuk menguji iman manusia, setakat mana manusia dapat menggunakan akal fikiran dan anggota tubuh badan dengan bijaksana dan tidak terpesona dengan tipu helah pujukan syaitan.

iv. Hanya dengan adanya dugaan, kekuatan iman seseorang itu akan diketahui.

v. Di samping kewujudan makhluk-makhluk halus yang jahat, seseorang yang beriman akan terus merasa yakin tentang adanya pertolongan Allah. Allah s.w.t. mengadakan para malaikat yang sentiasa meminta rahmat dari Allah s.w.t. untuk manusia.

ha...tengok... [ma kholaqta haza bathila] {tidak Allah jadikan sesuatu dengaan sia-sia}

takat ni dulu ye...

fikir2lah dan selamat topup iman!

nantikan episode seterusnya

think about Allah owez..

to be continued

et_born2shaheed

Duniaku..duniamu jua

belakangan ni banyak plak kedengaran kes2 yang mndebarkan jiwa kan?
nape ye? tu la nak katanya.. jangan perasan sangat dunia ni kita je yang layak hidup..
banyak lagi makhluk yang mendiami dunia ni
tapi pape pun kita kena paham yang Allah jadikan kita sebagai tok ketua dalam donia ni...
ha, pandai pun...kita ni KHALIFAH or VICEGERENT..
walo g mana pun, jangan plak berbuat sesuka hati kita.. orang panggil akutakpedulisme..tol x? buat sesuka hati dia n hati kaum kerabat dia je... xleh gitu! Ape Allah kata?

[wala tamsyi fil ardhi maraha...ilal akhir ayat], lukman:18
{maksudnya:dan janganlah berjalan di bumi dgn angkuh. Sungguh allah tidak menyukai orang2 yang sombong dan membanggakan diri}

but..

jadilah manusia yang begini...
[...allazina yazkuru nallah qiyaman wa qu'udan wa 'ala junubihim wayatafakkaruna fi kholqissamawati wal ardh..ilal akhir ayat], Ali 'Imran:190

manusia yang camane?
bijak pung!
ULUL ALBAB..

this ayat told us about the features or characteristics of ULUL ALBAB.
{maksudnya : yaitu, orang2 yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) , "Ya Tuhan kami, tidaklah engkau menciptakan sesuatu ini dengan sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka"}

makna kata kat sini.. kita ni, ana, saya, aku, I n my prens... kenala sesama ingat Allah selalu..kan?
kalau guer nggak ingat tolong ingatkan.. ada persalingan et kata..tau x saling? relationship!
macam dalam surah kita slalu baca lpas hbis meeting, kelas, usrah, study circle tu la..kan?
xpun macam newton's 3rd Law tu..
jangan kita asyik ingat untuk kita sorang ja..
rumate dibiaq p kan, kawan dilantakkan, adik abang kaakak kat umah di xpedulikan, mak ayah lagilah kesian...xdak sapa nak tolong ingatkan mereka itu... hmm... astaghfirullahal'azim... moga2 kita bukan manusia sebegitu sombong di muka bumi tuhan..Amin

fikir2kan dan slamat tambah iman!

jap..actually byk lagi nak tulih.. but

to be continued lah..
ada hal sket..
et@gaara

bleh gak baca yang ni

Related Posts with Thumbnails