I am Khadijah, fresh graduate from a controversial IPTA nowadays. But I totally agreed with my friends who keep on pushing PM on economical matters. I am with them.
Saya mengambil jurusan Bioteknologi, di mana bidang ini masih baru di Malaysia. Malaysia masih belum betul-betul membangun dari sudut ini. Kenapa saya katakan demikian? Ramai di antara senior-senior saya masih menganggur dan juga bekerja di bidang yang lain, kebanyakannya mengajar atau berbisnes tidak kisah online atau tidak. Bukan itu sahaja, sewaktu saya masih belajar, kami cuba untuk mengadakan satu persatuan yang mana menggabungkan kesemua pelajar Bioteknologi di dalam Malaysia. namun usaha itu tidak dapat diteruskan apabila pihak atasan sendiri tidak memberi sokongan. Kebanyakan daripada industri atau syarikat Bioteknologi di dalam Malaysia dipegang dan dikawal oleh bukan Melayu dan bukan Bumiputera. Hal ini menyebabkan kuasa untuk anak-anak Melayu maju dalam bidang ini tersekat dan harus menjadi kuli bawahan sahaja. Memang ada usaha dari pihak kerajaan, namun capaian tidak menyeluruh. Hanya segelintir yang dibantu. Sehingga kini, saya dan kawan-kawan masih lagi menganggur untuk mendapatkan kerja dalam bidang Bioteknologi. Dengan keadaan ekonomi yang makin merosot, impian saya dan rakan-rakan untuk mengusahakan sebuah syarikat berasaskan Bioteknologi masih kabur dan kelam. Kami masih buntu untuk mencari dana dan jaringan. Apakah nasib kami akan terus begini atau ada jalannya?
Demi membantu Malaysia dan anak bangsa, kami akan terus berusaha sehingga berjaya. Saya tahu dan faham, syarikat kecil tidak mampu menyaingi syarikat-syarikat besar yang sedia ada, namun apa salahnya kami mahu mencuba? Bangkit dan terus jalan mencapai kejayaan. Tunjukkan kami jalan dan ruang agar Malaysia terus maju. Maju dipimpin pemimpin yang adil lagi amanah.
#sayaKHADIJAH #sayasayangkanMALAYSIA
Suara hati ini telah digemakan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) untuk disampaikan kepada pemimpin-pemimpin Malaysia
Saya sudah!
https://docs.google.com/forms/d/11iQ3vpET1fqr1io91LkW_2BDLBzU_3nCZ45ftSzYQgI/viewform?c=0&w=1