d ummah

Check out harga semasa Dinar Muslim

Saturday, September 26, 2015

Hari Raya AidilAdha

Memenuhi permintaan anak2 murid yang merindui cikgu Khadijah.

"Cikgu, datang rumah saya dlu ya?"

"Cikgu, rumah Satara sikit jauh... mari la rumah saya dulu ya cikgu..?"

"Ok2.. Cikgu p semua rumah k?"

Dah singgah, mana ada makan kerepek atau kuih raya, mesti makan nasi berlaukkan dgg masakan Burma, atau lurufira (kind of capati tp guna tepung beras).. nasib aku baik, ada rumah yg masak kambing... mmg my fav lah!

Mereka sangat bermurah hati, masyaAllah.

Aku makan semua yang dijamu dgn selera sekali, (so jgn tnya pasai pa kuruih sgt no balik s.alam nnt...) cuma pedas ja xtahan sket.

Sambil makan, sambil berborak dgn sedara, adik, kakak, makcik mereka.

Ada yg bercerita,

" dulu saya ada kawan melayu, sama umur saya. tapi sekarang dah x kawan.. "

"pasai pa x kawan dah?"

"depa kata kami warga asing, tu yg x kawan"

"x boleh la macam tu kan? cikgu kawan ja semua orang, semua orang sama saja, x boleh la x kawan macm tu..."

"betul2 ! "

Nak balik tu, nampak muka sedih2 ja... lagi sedih ada 2 rumah lagi yg x sempat aku penuhi..

"InsyaAllah, esok cikgu mai jalan rumah kamu plak na..? jgn la sedih.."

"Jangan lupa solat naa?"

"babai cikgu, I love you, Cikgu"

"babai, Assalamualaikum! love you too!"

"Cikgu, Selamat Hari Raya!"

Aku tersenyum sambil membelok stereng kereta sambil tgn kanan melambai mereka..

aku sayang depa krna Allah.

Sunday, August 30, 2015

Langit tanah merdeka

Langit tanah merdeka

Tepat jam dua belas
BERSIH 4.0 bakal berakhir
Hari Kebangsaan ke-58
pula bakal menjengah

Sedikit demi sedikit
penguasa cuba memahami
hasrat rakyatnya yang mahukan
sebuah demokrasi

Diberikan peluang bersorak
bergegak gempita dengan vuvuzela
tanpa ada yang dicedera
atau dipenjara

Namun katamu sangat berbisa
mengata rakyat miskin dan cetek
patriotik sangatkah tuan hamba
jika lesap harta negara?

Kuasawan tua mula disanjungi
bila mula cakna dan merakyat
terlupakan segala dosanya
pada negara satu ketika

Langit tanah merdeka
menjadi sejarah saksi
rakyat bangkit melawan
penguasa lupa diri

Kuning penyeri negara suram
penyinar kelam mata
dek kerana harta
dari seorang dermawan

Pesta kuning memancar sinar
mengalir laju di lorong dan corong
syukur masih wujud serumpun
ilmuwan berpengetahuan

etbless
30082015
2316

Saturday, August 29, 2015

BERSIH 4.0

Menyoroti BERSIH lalu.

Memori BERSIH lepas2 masih hangat di minda.

Sampai saja di LRT dkt dgn Central Market, beg diselongkar polis. Diberi amaran agar tidak menyertainya. Kami hanya senyum. Sambil menunggu di sekitar LRT, ada beberapa makcik berpakaian jubah dan niqab cuba ajak kami berborak. bertanya-tanyakan hal kami di situ dan cuba memujuk supaya tidak menyertai demonstrasi. Aku kenal mereka itu siapa. Aku memberitahu rakan2 supaya bergerak ke tempat lain.

Semua diarah berkumpul untuk duduk bantah. Bila mana semua demonstran duduk bantah. Tanpa sebarang provokasi, polis2 FRU melepaskan tembakan gas pemedih mata secara berdepan. Saat itu ada yang lari, dan ada yang cuba bertahan. Suasana menjadi kelam kabut. Tak ramai yang mampu terus duduk membantah.

Ditakdirkan 1 canister gas jatuh dekat dgn aku dan rakan2. Kami cuba bertahan. Namun, gas cukup cepat merebak menerobos kerongkong2 dan memedihkan mata serta muka. Tika itu, ada rakanku yang sudah lemah x mampu lagi berjalan, lalu dgn kekuatan yg ada, kami memapahnya keluar dari situ. Teriakan agar terus bersemangat kedengaran. Apabila sampai di tepi bangunan, saat itu, ramai yang membantu, memberi air, garam. Semuanya sekali saling membantu antara satu sama lain. Melayu, Cina, India, Sikh semuanya saling memberi pertolongan kepada yang memerlukan. Rakanku semakin pulih. Kami berterima kasih dan meneruskan bantahan.

Ada juga pada BERSIH lalu, suasana semakin gawat. Waktu itu, kami dikepung di sekitar Puduraya. Kesemua jalan yang ada disekat. Mahu ke Maybank FRU ada, mahu ke arah Central Market FRU melepaskan tembakan. Polis berlari-lari cuba menangkap sesiapa sahaja, sedangkan kami tidak melakukan apa-apa atau membawa apa2 senjata berbahaya.  Yang ada hanya air dan garam, tuala dan penutup muka. Ada yang cedera dipukul polis sehingga berdarah. Setelah lama tunggu di sekitar puduraya. Kami cuba melalui jalan2 kedai untuk menaiki bas pulang. Bas metro atau rapidkl perlu diambil di celah2 bangunan kedai.

Sedang kami berjalan-jalan di celah2 bangunan, dari jauh terdapat beberapa org FRU, mereka bergerak mendekati kami, kami teruskan berjalan kerana niat kami hanya utk mendapatkan bas. Tiba-tiba beberapa das tembakan dilepaskan kepada kami. Oleh sebab jarak antara kami dgn mereka agak jauh, Alhamdulillah kami masih mampu bernafas oksigen. Jika ikutkan hati, mahu saja aku mengambil canister dan melempar kembali ke arah mereka. Tapi aku sabar. Kami berundur dan melalui jalan lain.

Memori ini akan terus terpahat dalam minda para demonstran dan tertulis sebagai sejarah Malaysia demi mengembalikan pilihanraya yang bersih dan adil walau tidak secara langsung.

Untuk rakyat Malaysia yang mahukan pilihanraya yang BERSIH, telus dan adil. Dan untuk rakyat yang mahu BERSIHkan Malaysia,

SYABAS !

Terus bangkit demi rakyat !

Sehati Sejiwa Melawan Sang Penguasa Rakus!

29082015
19:52

Thursday, July 9, 2015

#sayaKHADIJAH #sayasayangkanMALAYSIA

I am Khadijah, fresh graduate from a controversial IPTA nowadays. But I totally agreed with my friends who keep on pushing PM on economical matters. I am with them.

Saya mengambil jurusan Bioteknologi, di mana bidang ini masih baru di Malaysia. Malaysia masih belum betul-betul membangun dari sudut ini. Kenapa saya katakan demikian? Ramai di antara senior-senior saya masih menganggur dan juga bekerja di bidang yang lain, kebanyakannya mengajar atau berbisnes tidak kisah online atau tidak. Bukan itu sahaja, sewaktu saya masih belajar, kami cuba untuk mengadakan satu persatuan yang mana menggabungkan kesemua pelajar Bioteknologi di dalam Malaysia. namun usaha itu tidak dapat diteruskan apabila pihak atasan sendiri tidak memberi sokongan. Kebanyakan daripada industri atau syarikat Bioteknologi di dalam Malaysia dipegang dan dikawal oleh bukan Melayu dan bukan Bumiputera. Hal ini menyebabkan kuasa untuk anak-anak Melayu maju dalam bidang ini tersekat dan harus menjadi kuli bawahan sahaja. Memang ada usaha dari pihak kerajaan, namun capaian tidak menyeluruh. Hanya segelintir yang dibantu. Sehingga kini, saya dan kawan-kawan masih lagi menganggur untuk mendapatkan kerja dalam bidang Bioteknologi. Dengan keadaan ekonomi yang makin merosot, impian saya dan rakan-rakan untuk mengusahakan sebuah syarikat berasaskan Bioteknologi masih kabur dan kelam. Kami masih buntu untuk mencari dana dan jaringan. Apakah nasib kami akan terus begini atau ada jalannya?

Demi membantu Malaysia dan anak bangsa, kami akan terus berusaha sehingga berjaya. Saya tahu dan faham, syarikat kecil tidak mampu menyaingi syarikat-syarikat besar yang sedia ada, namun apa salahnya kami mahu mencuba? Bangkit dan terus jalan mencapai kejayaan. Tunjukkan kami jalan dan ruang agar Malaysia terus maju. Maju dipimpin pemimpin yang adil lagi amanah.

#sayaKHADIJAH #sayasayangkanMALAYSIA

Suara hati ini telah digemakan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) untuk disampaikan kepada pemimpin-pemimpin Malaysia

Saya sudah!

https://docs.google.com/forms/d/11iQ3vpET1fqr1io91LkW_2BDLBzU_3nCZ45ftSzYQgI/viewform?c=0&w=1

Thursday, June 25, 2015

Jeruk Mangga Asam Boi Hoi...

Resepi

Bahan2nya,

Mangga muda
Asam boi
Gula
Garam
Cili api

1. Potong dan hiris mangga muda. Basuh dan toskan.
2. Hiris cili api.
3. Gaulkan gula, garam, asam boi dan cili api.

4. Lastly, masukkan hirisan mangga muda ke dalam campuran tadi.

5. Hoi, dh siap!

simpan dlm peti ais for 4-5 hours. dan selamat berbuka 😀.

#1stimer
#xsukajerukpun
#sajabuat
#specialforkakak2

Sunday, June 21, 2015

kawan kawan memang..

kawan kawan memang..

memang menyeronokkan.. menyedihkan, menguatkan, mengharukan,  memudahkan, mendoakan..

selalu memberi pertolongan, senyuman, nasihat, teguran, seloka, lawak2 cerdik dan kata-kata kunci..

teman, kawan, rakan, sahabat

semuanya sama.

1 kata yang sukar diluah, didalami maksud sebenar, dijaharkan dlm perbuatan.

Di setiap doa kutitipkan buat kita semua, semoga kita semua terus maju jaya dan bahagia dalam hidup di dunia mahupun di akhirat sana. Moga kita semua ditemukan kembali di tmpat yang paling ingin dikecapi semua, yakni, shorga.

buat kalian yang sentiasa dirindui,

aku cinta kamu semua kerana Allah. Lillah. titik.

Kedah
0128

Friday, May 29, 2015

trobek kisah tacing

Satu petang..

sambil duduk2 dkt luar masjid baru di tgh bandar kuantan tu, ada sorg adik dtg main2 nak kan air tin yg aku bwk utk hlgkan dahaga. dia amik main2. aku dan kawan cuba utk xnak bg sbb tgh dahaga kan..? (teruk gila rasa)

dia dtg kacau2 main2 dgn kitorg. so, mak dia nmpk n dtg menyapa dan bgtau, "muhammad tu baru keluar hospital tu.. sakit jantung berlubang. hari ni birthday dia.." terkedu aku dengaq. patutlah beriya dia hepi sgt. (rasa bersalah gila sbb teringat pasal tadi tu). 

dlm beg aku, ada cekelat. baru je beli cekelat cadbury yg latest tu, marvelous ape ntah namanya.. nk try kan... chocoholic kite ni.. so, memandangkan hr ni besday adk muhammad, dgn paksa rela aku hadiahkan jgk dia coklat tu.. sukanya dia bukan kepalang, digigit2 nak makan terus haa... x lepas2.

jiwaku terusik. (hmm, apalah sgt ada dgn coklat tu waahai diri... toksah la hj bakhil sgt oi.... sedih sbb x dpt rasa coklat td tu terubat bila tgk senyuman adik muhammad.. last2 suka pulak hati ni rasa)



berborak2, mak dia rupanya sebaya kitorg, dan sudah beranak 2. wow. rezeki masing2 kan... kata maknya, muhammad rahim sukakan coklat. suka sgt2.

slps borak2 ttg adk muhammad, ttg operation yg bakal dia hadapi, susah payah mak ayahnya survive di kuantan shga mahu dipajak henfon utk beli ubat dan pampers anak2nya buat kami rasa sebak. nk bg duit, kita pun bajet2 semuanya.. doa saja la dan gmbirakan anak2nya je.

at last, rupanya mmg ditakdirkan air tin tu jgk mnjadi rezeki adik muhammad.. sukanya dia terus lari tunjuk kat ayahnya.. tersenyum kami melihat. 
semoga adik muhammad rahim slmt menjalani pembedahan dan sihat2 selalu. ameen.

lesson learned:

what you give to others is actually yours. exactly!,8

Sunday, March 30, 2014

Konflik Republik Afrika Tengah menggamit perhatian dunia


Apa sebenarnya yang berlaku di sana? Sedang Malaysia menghadapi pelbagai isu ekonomi, politik, kesihatan dan baru-baru ini isu misteri kehilangan pesawat MH370, Afrika Tengah terus dibelenggu siri-siri pembunuhan yang masih buta kemanusiaan. Afrika Tengah ialah sebuah negara republik yang lebih dikenali sebagai Republik Afrika Tengah. Apakah negara republik? Republik ialah sebuah sistem yang menolak institusi beraja dimana kerajaan diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya dan presiden memegang jawatan sebagai ketua kerajaan dan ketua negara.

                Central African Republic (CAR) ataupun Republik Afrika Tengah ialah sebuah negara yang berada di dalam gugusan benua Afrika dan populasi penduduknya ialah seramai 4.525 juta. Komposisi agama bagi penduduknya pula ialah 25% Kristian Katolik, 25% Kristian Protestan, 15% Islam dan 35% menganut agama nenek moyang[1].

                Selepas merdeka daripada jajahan Perancis pada tahun 1960, CAR menghadapi 8 kudeta[2]. Pada Mac 2013,  kumpulan Seleka, terdiri daripada kumpulan militan Muslim utara CAR, Chad dan Sudan telah melakukan kudeta ke atas Presiden Bozize atas sebab tidak puas hati dengan kerajaan Bozize yang mengabaikan komuniti  Muslim di utara CAR. Maka dengan itu, ketua kepada kudeta iaitu Michel Djotodia mengangkat sumpah menjadi Presiden. Dia merupakan Presiden Muslim pertama di negara itu. Walaubagaimanapun, harapkan pagar, pagar makan padi. Pelbagai jenayah kemanusiaan terhadap komuniti Kristian pula dilakukan terutamanya di ibu kota CAR, Bangui.

                Tidak lama selepas itu, pada September 2013, Michel Djotodia membubarkan kumpulan militan Seleka dan ahlinya diserap masuk ke tentera CAR. Namun, ada di antara ahlinya yang ingkar dan membantah untuk meletakkan senjata. Mereka ini digelar Ex-Seleka. Pada ketika itulah, warga Kristian CAR bangun untuk membalas dendam terhadap perbuatan kumpulan Seleka lalu mereka mewujudkan kumpulan militan anti-Balaka atau sinonimnya ialah anti-Pedang. Keadaan bertambah kronik apabila mereka tidak mengiktiraf Muslim sebagai warganegara CAR dan Muslim mesti dihapuskan. Sehingga hari ini, negara jiran, Chad telah menerima lebih 70 ribu pelarian CAR dan beribu-ribu Muslim telah terkorban[3].

                Faktor utama yang dilihat berlakunya konflik ini adalah kerana tindakan melulu menghukum sendiri atau terma Inggerisnya ialah lynching. Kedua-dua belah pihak, iaitu Seleka dan anti-Balaka sama-sama menghukum sendiri sehingga tercetuslah pembunuhan dan eksodus mega di sana. Oleh kerana ahli keluarga Kristian dibunuh oleh kumpulan Seleka, maka kesemua minority Muslim yang tidak bersalah turut terpalit kesalahan yang sama walaupun mereka hanyalah perempuan dan bayi. Mereka (Muslim) mesti dihalau dan dihapuskan menurut anti-Balaka.

                Memetik perenggan daripada artikel theguardian[4] yang bertajuk, ditulis oleh David Smith yang kini berada di Bangui, iaitu ibukota CAR, menurut Sebastian Wenezoui, 32, jurutera sivil, berkata dia membantu Anti-Balaka selepas ibu bapa dan saudaranya dibunuh oleh Seleka dan rumah dibakar. “Saya terkejut. Hari ini kamu boleh lihat perasaan saya dalam apa yang sedang buat sekarang. Saya mesti ekspresikan diri saya. Kalau kamu di tempat saya, adakah kamu akan selesa dengan semua yang berlaku?”

                Apabila ditanya tentang pembunuhan wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa kepadanya, Wenezoui menjawab: “ Bagi saya ia adalah jawapan kepada apa yang telah Seleka lakukan. Mereka yang mula membunuh kanak-kanak dan para wanita dan memusnahkan rumah-rumah kami. Dendam itu baik kadangkala dan buruk kadangkala. Tetapi kami mesti melakukannya.” 

                Wenezoui meluahkan rasa tidak kesal berkenaan eksodus; perpindahan beramai-ramai Muslim. “ Saya tidak berasa sedih langsung kerana ketika Seleka memerintah orang Islam, yang mana dulunya sahabat karib kami, adalah mereka yang memusnahkan rumah kami dan membunuh. Ini adalah satu pengajaran. Mereka berlagak sebagai pengkhianat jadi mereka mesti pergi dan belajar sesuatu dan pulang ke sini dengan tingkahlaku yang lebih dihormati.”

                Pelbagai misi ketenteraan pengaman dari negara luar telah hadir untuk membantu ketegangan yang berlaku. Antaranya ialah African Union, United Nation dan Europian Union. Perancis juga turut menghantar tenteranya yang ‘kononnya’ hadir untuk membantu CAR namun sebaliknya berlaku. Banyak video di laman Youtube merakam perbuatan tentera-tentera Perancis di sana.
Pada 8 Mac 2014, Muhammad Said Ismail, salah seorang pemimpin muslimin dan bekas penasihat Presiden CAR, mengatakan bahawa Perancis yang membuat fitnah antara muslimin dan kristian di Afrika Tengah.

                Beliau menyatakan dalam rancangan Without Borders di Al-Jazeera bersama dgn pengacara Ahmed Mansour, "Dewan Keamanan memutuskan tentera Afrika dengan bantuan pasukan Perancis memasuki Afrika Tengah untuk menjaga keamanan. Akan tetapi pasukan Perancis telah melucuti senjata muslim dan membiarkan senjata di tangan kaum kristian" kata beliau. Beliau mengatakan lagi bahawa kaum Kristian telah mengoyak Al-Quran, membunuh ratusan muslimin dari kalangan wanita dan orang tua dan menghancurkan lebih dari 350 Masjid dengan bantuan tentara salib Perancis.

                Dek kerana kegagalan Michel Djotodia menangani konflik ini, beliau ditekan oleh ketua-ketua daerah dan akhirnya meletak jawatan. Dan bermula sejak itu, Catherine Samba-Panza mengambil alih jawatannya sebagai Presiden Interim. Beliau yang berkedudukan neutral menyeru kumpulan ex-Seleka dan anti-Balaka untuk menghentikan konflik tersebut. Namun ada yang berpendapat beliau adalah boneka Perancis di mana di situlah tempat beliau melanjutkan pengajiannya  dan dengan itu memudahkannya untuk terlibat terus dengan CAR.

                Saya berpendapat bahawa sebenarnya konflik ini bukanlah konflik agama 100%, namun ini adalah konflik etnik yang berbeza agama. Dan pada pandangan saya, apabila seseorang manusia itu bertindak sesuka hatinya dalam menghukum maka keadaan sebeginilah yang akan berlaku. Dan ketika mana ajaran Islam dan Kristian tidak benar-benar difahami dan diamalkan, seperti yang sedia maklum semua agama menganjurkan keamanan dan kemanusiaan, maka manusia itu mampu berubah hatta lagaknya menandingi seekor binatang yang sangat buas. Oleh yang demikian, sikap toleransi antara agama dan keperimanusiaan amat memainkan peranan penting dalam memerintah sesebuah negara, jika diabaikan sudah pasti akan membawa kepada bencana kemanusiaan yang maha dahsyat!

                Apakah peranan yang boleh kita mainkan? Selaku mahasiswa, kecaknaan terhadap isu-isu semasa yang berlaku sama ada global atau lokal mestilah diambil peduli. Titipkanlah juga doa kalian kepada saudara seIslam di sana dan tidak dilupakan buat negara yang sedang bergelut dengan pelbagai konflik seperti Mesir, Syria, Palestin dan terbaru di Ukraine. Jika berpeluang, sumbangkanlah sedikit masa dan tenaga menyertai program-program yang dianjurkan persatuan mahasiswa selari dengan isu kemanusiaan ini.












Siti Khadijah Abas
Mahasiswa Cakna,
Pelajar Tahun Tiga,
Jurusan Bioteknologi,
IIUM Kuantan



[1] Central Intelligence Agency, https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/ct.html
[2] arif-france.org, Konflik di Central African Republic (CAR)
[3] theguardian.com, Chad struggles to cope with refugees from conflict in Central African Republic
[4] theguardian.com, Christian militias take bloody revenge on Muslims in Central African Republic

et_born2shaheed

Friday, December 20, 2013

Tribut buat Tok

6/12/2013 – 16/12/2013

Tribut buat Tok

Tok,
Sudah sepuluh hari Tok di sana,
Mesti tok tengah berseronok kan dekat sana?
Mesti tok tengah berehat bersama Tokwan, Pak Caq En dan cucu tok, Syafiq kan?
Et yakin semuanya mendapat husnul khatimah berdasarkan kisah masing-masing yang et tahu.

Tok,
Et rindu sangat2 dekat tok,
Et mintak maaf tak sempat ada di sisi Tok saat terakhir Tok di dunia ni,
Tapi doa Et tak pernah luput buat Tok semenjak Tok masuk ICU lagi,
Manakan tidak, tempat belajar cucumu ini diuji dgn banjir,
Terminalnya pun tenggelam,
Walaubagaimanapun, sudah et niatkan segala gerak kerja misi kemanusiaan membantu mangsa banjir,
Pahalanya Et titipkan buat Tok tersayang.

Tok,
Hanya Allah yang mengetahui perasaan ni tatkala tahu ttg pemergian Tok,
Hari-hari bila tiba waktu solat, Et mesti teringatkan Tok,
Tok slalu tnya “bila nak mai bagi aku sembahyang ni?”
Imbasan ketika sedang sediakan barang2 solat tok, susunkan, mandikan, pakaikan baju untuk Tok, ikat rambut ok, dan baca bacaan solat kuat2 untuk Tok selalu bermain-main dalam minda Et.
Et nak buat lagi untuk Tok bila balik cuti ni…
Tapi….
Et redha dalam kolam air mata,
Tok dah pun hidup di alam seterusnya.

Tok,
Et ambik dan guna untaian tasbih yang selama ni Tok selalu guna,
Selalu Tok gantung di leher kalau nak p mana-mana,
Tok x marah kan?
Et janji Et akan selalu zikir dan hadiahkan untuk Tok.

Tok,
Terima kasih kerana kehadiranmu, ketiaadaanmu selalu mengingatkan aku pada Allah,
Amalan-amalanmu selalu buatkan aku rasa malu pada diri sendiri,
Apakah aku bisa istiqamah dalam melaksanakan amalan2?
Apakah aku layak mendapat husnul khatimah persismu Tok?

Takkan aku pernah lupa,
Saat waktu Dhuha, 10.19pagi Hari Jumaat 3 haribulan Safar 1435 H,
Tok pergi meneruskan kehidupannya di alam Barzakh sementara menuggu alam Akhirat,
Dan satu ketika nanti, pasti aku juga ke sana,
Aku mahu ketemu Tok di sana,
Tapi buat cebisan waktu yang ada kini,
Ku ucapkan,
Selamat beristirahat di sana dengan penuh kenikmatan,
duhai Tok yang kucintai kerana Allah.
Al-Fatihah.


et_born2shaheed

Monday, July 22, 2013

I'M PROUD OF YOU

Assalamualaikum dan Salam 13 Ramadhan 1434H.




tiada apa yang menggembirakan hati bila mana dapat tengok,dengaq bacaan Al-Quran oleh anak murid sendiri dan lebih2 lagi adik Sakinah yang pandai dah baca ayat2 Al-Quran.. Mmg fast learner budak sorg ni.. Alhamdulillah, thummalhamdulillah.. Moga-moga segala ilmu yang dipelajari diberkati Allah akk doakan buat awak, Sakinah.. ameen.

~ for F dan A, please step back from her. dont ever mess her life with ur so called principle.
Stop Raping her mind!

et_born2shaheed

Tuesday, July 16, 2013

Ramadhan, I LOVE YOU




Ramadhan Kareem...

Bless be upon who treat Ramadhan like their lover and a great guest..
Ramadhan that I'm waiting for..
Alhamdulillah, Allah give me some more chance to meet you, ^_^


Ramadan by Maher Zain

You lift me up high
You spread my wings 
And fly me to the sky
I feel so alive
It's like my soul thrives in your light
But how I wish you'd be
Here with me all year around

Chorus: 
Ramadan Ramadan,
Ramadanu ya habib
(Ramadan, Ramadan, 
Ramadan O beloved)
Ramadan Ramadan 
Laytaka dawman qareeb
(Ramadan, Ramadan, 
How I wish you were always near)

Love is everywhere
So much peace fills up the air
Ramadan month of the Quran
I feel it inside of me, strengthening my Iman
But how I wish you'd be
Here with me all year around

Chorus

I just love the way you make me feel
Every time you come around you breathe life into my soul
And I promise that
I'll try throughout the year
To keep your spirit alive
In my heart it never dies
Oh Ramadan!

~ This blessed Ramadhan, I'm happy to have Sakinah in my life.. knowing her teach me a lot..
I pray hard for her in this Ramadhan,
May Allah bless her and protect her as I can't always protecting her from harm..Ameen.

Tak kurela aqidahnya dimain-mainkan.
Allah can change everything, I trust You, Allah.


et_born2shaheed

Friday, January 18, 2013

HKR 112




et_born2shaheed

Asslamualaikum wbt

Allahummasolli 'ala Muhammad wa 'ala alih

Alhamdulillah..selesai sudah pemergian aku ke KL 112 demi meninggikan agamu ya Allah.. menunjukkan kebersamaan aku bersama parti islam di Malaysia. mungkin x perlu aku bercakap panjang.. terimalah serangkap pantun dan foto buat secalit kenangan aku dan kawan2 di sana.

Deklarasi HKR 112 dh pun termeterai,
Antara pimpinan dan jugak rakyat jelata,
PRU 13 x brapa hr lg tinggai,
Dari Stadium Merdeka ayuh kita maju ke Purajaya.
yok ke Putrajaya...

suasana di dalam Sadium Merdeka
3 iron ladies

Wednesday, November 14, 2012

long way to go

a step u take, THINK!
Assalamualaikum, hye guys.
How r u? watchu doin'?..

Anyway, tomoro is Maal Hijrah kan? dun forget to baca doa akhir tahun dan awal tahun.. x kisah pun baca doa apa2...asalkan bnyakkan berdoa padaNya..

moga diriku berubah menjadi lebih baik dengan berubahnya tahun Hijrah ini..

kisah silam mengajar aku utk terus bahagia dalam derita..

Welcome 1434H...






et_born2shaheed

Monday, May 28, 2012

sharing less nowadays


bismillah walhamdulillah


nowadays..there's no much i felt like sharing..hmm.. dunno why..

but what u can see, i just disagree with the HBN Himpunan Belia Negara...yes, i do to listen to some korea songs...but it is too much if u educate your people or youngster with ol dat entertainment...supposed u should inculcate belia with their absolute aim that is back to Allah... hope that, Habaib and other Muslim Scholars advice our so called PM...hmm..what to do, naseb la dapat PM camni.... xleh cakap lebih nnt sampai surat soh p balai pulak..

c ya..



masya Allah pemimpinku.. hmm

- wish me luck in final exam 4 the 2nd semester.. 3 papers to go..FIGHTING!!!

et_born2shaheed

Monday, January 2, 2012

2012-TIME TO CHANGE


ASSALAMUALAIKUM

bismillah walhamdulillah wassholatuwassalam 'ala Rasulillah wa 'ala alih

hye... dh lama benaq x menulis dlm born2shaheed ni...hmm, mf la ye blog..
anyway, skarang tup2 dh pun masuk tahun baru. MasyaAllah Tabarakallah,sekejap ja masa brlalu.

tahun 2012 ni, sy x trun mana2 expedisi pun..sebuk dok study n ngulang di blk ja memandangkn exam just around thecorner..xpelah kan walau kdg2 trasa rugi x bersama yg lain di Benteng n TC. apa2 pun, rasanya smbutan new year d sni x semeriah di bandar Metropolitan sana.

tapi yg lagi menarik tahun ni, adalah apa yg berlaku di hjg selangor sket, dkt tg malim...
tau x apa yg brlaku?

-frankly said, time pkul 4.30 pg tu, tetiba je msg masuk. kwn dr UM msg brbunyi-

"Urgent-HIMPUNAN AMAN TALKIN AUKU bertukar menjadi TRAGEDI BDARAH. Aktivis mahasiswa ditangkap dan dipukul. Safwan Anang(pengerusi BEBAS) & bbrapa shabat lain dpukul truk dan kini mdapat rwatan di pusat kesihatan Tg Malim. Adam Adli,Syukri Razab & rmai lg aktivis dtangkap. Mohon doa seluruh teman aktivis & pcinta kbenaran agar mreka trus dberi kkuatan mnentang kzaliman! Sebarkan"

masyaAllah.. time 2 rasa x senang duduk..pegang buku x kena, buat note dh srabut..sbb apa?

sbb, xleh duduk bla dgq kwn2 d sna sdg brgelut dgn polis, brjuang menegakkan hak mahasiswa..kta mahasiswa kat sni sng lenang study..hmm,lalu apa yg bleh dibuat bla dh dok jauh d jungle of kuantan ni?

alternatif yg ada,
- angkat tangan berdoa sepenuh hati (alhmdulillah,time 2 wk2 trbaek utk brdoa) moga Allah selamatkan dan beri kekuatan kpd mereka yg sdg brjuang dan beri kmenangan pd yg berHAK dlm pru13 ni.
- berhenti sketika utk mencari maklumat2 sah ttg kejadian trsbut. byk jalan, sms kwn, bca dr smber premier yg trusted
- share di fb,group, n fwd sms to kwn2 yg lain.
- brkongsi dgn rumate2 dan kwn2, adkbrdk usrah time mkn, rehat. bincang n borak ttg isu ni

mgkn anda ada cara lg utk menunjukkan keCAKNAan anda terhadap isu hangat ini..kan? kongsikan..

sesungguhnya, isu MAHASISWA DIBANTAI POLIS DETIK 01.01.2012 xkan lapuk dek zaman..

tp actually sdh la jgk,time tau 2, maseh blm ada media or mana trusted individu yg keluarkn sbrg knyataan lg. sabaq ja la..

aku tetap bersama kalian.
kerna aku juga berdarah muda gaya kamu.
kerna aku juga MAHASISWA.

Mahasiswa inspirasi anak muda.
Ayuh,Bangkitlah!

Ekspesikan idealisma kita
dlm ertikata praktikal
Cakna pd isu semasa
jgn kesampingkn massa
walau hanya di alam maya

memang, pendidikan itu penting
tp jgn smpai massa kta kesamping
nanti negara kta jgk sumbing
ayuh kta yg kena mula bimbing

Polis,kalian mmg sgt MESRA, CEPAT dan selalu BETUL
MESRA dgn pergaduhan, CEPAT bila nk bantai, n BETUL2 melucukan.

tp bkn smua skali. ada jgk yg baik, mentaati, dan amanah dgn tugas mempertahankan negara. trima kasih dan mintakwmf ye.

apa2 pun, really..

2012 IT'S TIME TO CHANGE for me n my country, MALAYSIA.

dat's all my frens. mybe byk yg merapu.tp dlm merapu ada yg brmkna. carilah makna itu.

et_born2shaheed

Tuesday, July 26, 2011

Harga Dirham Tgh Turun! Tukaq lekaih..



Bismillah walhamdulillah wassholatuwassalamu'ala Rasulillah

Tawaran 1 Dirham DGE


Harga : RM 26 sekeping

COD: Alor Setar dan kawasan sewaktu dengannya
Poslaju: RM6

Tawaran Sah hingga Jumaat ( 29 Julai 2011) ni SAHAJA

Pembayaran boleh dibuat secara deposit cash di BSN saya. Cara-caranya boleh dilihat di sebelah
-------->

Siapa Cepat, Dia Beruntung!!


et_born2shaheed

Monday, July 18, 2011

Mai ceq mai kita p KokUM 11


Bismllah wal hamdulillah wassholatuwassalam 'ala Rasulillah

ha..
dah lama dah post apa2 kat blog ni....
bukan apa, dah nak dekat 40hari keluar rumah...
program sana, program sini..n byk sgt nak kongsi sebenarnya..
nnti kita cite2 lagi k?

kali ni nak ajak kengkawan n sahabat sahabiah p KokUM 11..
apa dia la KokUM 11 kan?
nama penuh dia Kolokium Ulamak Muda Kebangsaan 2011..
ha..dah tau? dengaq nama pun cam best..apa tunggu lagi?

JOM ramai2 serbu kedah...Kedah Sejahtera menanti anda..
Sambil2 kenai dengan Ulamak-Ulamak yang ada di Malaysia, boleh jugak kita tambah2 kenalan, p jalan2 sekitar Kedah, ziarah adik beradik kan?

Walau pun, Kedah ni kata orang biasa2 ja.. tp sebenaqnya banyak Khazanah yang ntum semua xtau.. ha..nak tau kena mai Kedah la....

kat linkni ceq semu boleh p tgk tentatif, start 19hb sampai la 23hb julai 2011..
semua free ja kecuali seminar yang hari last n konsert amal tu..

jangan lupa jugak, 25hb ni jugak ada Maulid bersama Habib Musa Kadzim dari Yaman di Masjid Al-Bukhari..pakat2 mai kita p dengaq majlis2 ilmu dan Taman- taman Syurga

~ Bagi yg Muslimat, mai umah ceq pun xpa..nnt kita p sama2 na?

et_born2shaheed

Sunday, May 15, 2011

Dirham IMN untuk ditukar...



Bismillah wal hamdulillah wassolatuwassalam 'ala Rasulillah..

Sesiapa berminat?http://www.cute-smiley.com

contact saya di 0134062569

1 Dirham IMN beserta certificate...

Available 5 keping je lagi...

Harga: RM 30 belum termasuk postage. Kalau beli semua boleh dapat less 3% xtermasuk postage...

CEPAT2 !! sebelum harga dirham melonjak naik...!

harga boleh lock dgn saya. Dan ikuti cara2 di sebelah..
http://www.cute-smiley.com

TAWARAN TAMAT- DAH DI LOCK OLEH UKHTI MISSNURUL-

Syukran alaik..http://www.cute-smiley.com

tunggu tawaran selanjutnya ye...


et_born2shaheed

Tuesday, May 3, 2011

JUALAN DnD DIBUKA SEKARANG !



Bismillah wal hamdulillah wa solatuwassalam ‘ala Rasulillah

Alhamdulillah… setelah banyak blog2 emas yang saya lawati.. banyak input emas dan perak yang saya dapat. Dan Alhamdulillah lagi skali, saya diterima menjadi wakalah atau dipanggil sebagai dealer/agen penjual emas, dinar dan dirham. Terima kasih Cik Sufi.

Setakat ni saya sudah pun mempunyai 2 dinar; 1 dinar Kelantan (KGT) dan 1 dinar Muslim. Lihat gambar. Saya juga dah ada 26 Dirham KGT. Setakat tu dulu. Nanti saya cuba dapatkan lagi, InsyaAllah. Sebenarnya sama je semua. cop dan saiz je lain. shining sama je. http://www.cute-smiley.com



Skarang ni tujuan saya, nak tambah lagi ilmu ttg DnD, menyebarkan kesedaran ttg DnD dan seterusnya MENJUAL DnD

Diharap kepada semua rakan2 saya, sama-sama kita tambah ilmu tentang DnD ni.. xrugi menambah ilmu..kan? dan bila dah ada kesedaran… Bolehlah membeli dan menyimpan Dinar dan Dirham anda… Nak melabur atau pajak pun boleh..tp yang tu saya pun masih dalam progress lagi…

Mulakan LANGKAH EMAS ANDA SEKARANG!!

TUKARKAN WANG FIAT (ILUSI) ANDA YANG ADA DALAM BANK KE WANG SUNNAH (HAKIKI)..!!

Dapatkan Dinar dan Dirham Muslim daripada saya dengan harga yang berpatutan…. Harga yang anda mampu miliki…

Harga 1 Dinar Muslim = RM 682 (Harga semasa rujuk di sini)

Purity : 917 @ 22K Gold

Size : 23mm

Weight : 4.25g

Harga 1 Dirham Muslim = RM 30

Purity : 999 Silver

Size : 23mm

Weight : 2.975g

Harga akan naik turun kerana harga yang saya pamerkan adalah mengikut harga semasa. Anda bolehlah check harga semasa drpd pengeluar di ATAS post ini. Harga boleh dirunding bagi yang beli banyak2..http://www.cute-smiley.com

Jika berminat: text sy di 0134062569 (khadijah) atau

emel sy di etborn2shaheed@gmail.com atau

add FB saya seperti di sebelah à atau

ym di et_psychicgal@yahoo.com

sebenarnya Jika anda benar2 tahu fakta tentang akan datang zaman Kejatuhan Ekonomi Dunia,(seperti dalam post Ada Apa Dengan Dinar dan Dirham), sudah pasti anda cepat2 tukarkan wang di bank anda dgn DnD.. nanti saya cuba bongkarkan lagi tentang itu sbb saya dah jumpa link dan kajian yang sama dgn sedikit analisis saya. InsyaAllah di post2 mendatang saya share. ok?

~pesanan ikhlas daripada saya: semua saya buat ni hanya kerana Allah dan nak membantu kalian semua. Mudah-mudahan kita semua dapat manfaatnya. Semoga Allah berkati kita semua dengan mengikut sunnah Rasulullah Sallahualaihiwasallam tercinta. Niat jgn lupa ye?

et_born2shaheed

Thursday, April 21, 2011

Ada Apa Dengan Dinar dan Dirham?

Assalamualaikum wbt

Bismillah walhamdulillah wassholatuwassalamu ‘ala Rasulillahi wa ‘ala alih

Actually, saya xpandai sgt nak berbicara ttg ni… namun bolehlah sket2 after I’d made some observations, readings n analysis. Ni bukanlah iklan berbayar or promotion ape ke… I just leave here something that I wanna share with ol of you… hope it’ll benefit ol of us..

We talk about dinar n dirham…so it means we talk about emas dan perak..

Hari ni, nak crita kat korang suma pasal benefits/advantages/ faedah2 kalau kita ada Dinar dan Dirham…

Benaq2nya…byk faedah yang kita boleh dapat apabila kita memiliki dinar dan dirham ni… antaranya ialah

1.Dapat menghindarkan diri dan keluarga daripada terus dibelenggu riba. Sbb wang kertas atau kita panggil FIAT tu merupakan riba..(utk penjelasan lebih lanjut, tekan RIBA)

2. Kita dah pun melakukan sunnah Rasulullah Sallahualaihiwasallam. Sbb Rasulullah Sallahualaihiwasallam menggunakan dinar dan dirham sebagai simpanan dan muamalat. (x ke free2 je dapat pahala, tp jgn lupa niat ok?)

3. Ha…. Kita TIDAK lagi DIROMPAK oleh satu makhluk yang bernama INFLASI… (nak tau lebih, tekan INFLASI)

4.Dapat menabung atau membuat simpanan untuk masa hadapan yang lebih cerah. Sbb dengaq kata, satu hari nanti pasti akan berlaku lagi episode KEMELESETAN EKONOMI DUNIA.. dan mungkin pada ketika itu, wang fiat mesti dah x laku lg dah… ha.. pada masa ni lah, geng2 yahudi @ Israel yang menguasai ekonomi dunia buat pala… mereka akan menukarkan ekonomi dunia dgn hanya membenarkan import dan export menggunakan emas dan perak… dan pada saat inilah yg perlu kita fikirkan… bg negara yang xde simpanan emas dan perak, maka muflislah negara tu..kalau negara muflis, rakyatnya macam mana? Can u imagine? Ya Allah..ihfazna wa biladina.. dan utk pengetahuan kalian, sebab tu lah para Perdana Menteri, para Sultan dah pun lama menyimpan emas dan perak utk anak cucu cicit mereka pada masa hadapan… Kitala tu kot ye..? (sapa nak xnk pecaya..terpulang. sbb ttg ni sy hanya mndengar dan buathttp://www.cute-smiley.com analisis sendiri. Msh dlm proses lg, kalau boleh sama2 kita kaji)

Sabda Rasulullah saw " Akan Tiba Suatu Zaman di Mana Tiada Apa Yang Bernilai Dan Boleh Digunakan Oleh Ummat Manusia. Maka Simpanlah Dinar dan Dirham"- Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

5. Kita boleh menambah pendapatan dengan membuat pelaburan dengannya. Kalau tgk, keuntungan yang kita dapat bila simpan duit di bank2.. faedah yang kita dapat sket sgt, dalam 4% setahun, tu TH. Kalau buat pelaburan dalam ASB pun dalam 16% setahun. Tp kalau kita simpan emas dan perak, seketul pun jadi la… contoh sy bg: saya beli 1 dirham semasa harganya RM25 (7 April 2011). Katakanla sy hanya beli sekeping je. Dan sy simpan. Dan pada hari ni (21 April 2011), harga 1 dirham ialah RM30. Kat sini mknanya sy dah pun mendapat keuntungan sebnyk 20%. Xpecaya? Kiralah seniri..anda kan pandai Maths..

Mai kita kira tgk : RM30-RM25=RM5

RM5/RM25x 100= 20%

Tp walau apapun, yang paling utama sebelum buat pelaburan dgnnya, kaji dulu, cari ilmu, hukum-hakam ttg pelaburan emas di bank2; Agrobank @ Maybank @ CIMB.

6. 6..Kita sedang sama2 mengorak langkah JIHAD EKONOMI. Sbb apa? Apabila kita memilik dan menggunakan dinar dan dirham, sebenarnya kita telah memberi tamparan hebat atau bhsa kasarnya, pelempang pada para kapitalis dan sistem mereka.http://www.cute-smiley.com


Setakat ni dulu…. Kat sini sy letak video ni..mudah-mudahan, kita lebih memahami.

Ingat ! ini adalah PERJUANGAN!

kita kena sedar sekarang dan pastikan kita miliki matawang sunnah di tangan kita semua , usah ditangguh-tangguh lagi..!!

~Sebenarnya byk lagi yang nak share dengan korang semua… nantikanlah post akan datang..InsyaAllah kita oyak lg ttg DnD ni k?http://www.cute-smiley.com

et_born2shaheed

bleh gak baca yang ni

Related Posts with Thumbnails