d ummah

Check out harga semasa Dinar Muslim

Thursday, April 22, 2010

BANGKAI MALAM DAN HIMAR SIANG

Bismillah walhamdulillah..
wassolatuwassalamu 'ala Rasulillah...

'amma ba'du,

Artikel ini utk saya terutamanya dan utk yg sedang membaca secara umumnya dan begitu juga untuk yg berdakwah secara khususnya.

BANGKAI MALAM DAN HIMAR SIANG



Daripada Abu Hurairah ra berkata: Rasulullah bersabda kepada ku:

إِنَّ اللهَ يَبْغُضُ كُلَّ جَعْظَرِيٍّ جَوَّاظٍ صَخَّابٍ فِي الْأَسْوَاقِ جِيْفَةٍ بِاللَّيْلِ حِمَارٍ بِالنَّهَارِ عَالِمٍ بِأَمْرِ الدُّنْيَا جَاهِلٍ بِأَمْرِ الْآخِرَةِ


“ Sesungguhnya Allah benci setiap manusia yang kasar (suara dan tingkah laku), kuat makan, bising semasa di pasar, tidak bangun solat malam seperti bangkai, berkerja keras pada waktu siang seperti himar, amat mengetahui tentang ilmu dunia dan jahil tentang akhirat.”


Hadis riwayat Ibnu Hibban (72), Baihaqi (Sunan) dan Asbahani. Syeikh Syuaib berkata: Sanad hadis ini kuat.

Imam al-Munziri meletakkan hadis di bawah tajuk “MEMBERI PERINGATAN BURUK KEPADA MANUSIA YANG TIDUR SAMPAI SUBUH DAN TIDAK BANGUN BERQIAMULLAIL”

Dr. Yusuf Qaradhawi menerangkan makna “tidak bangun tahajud seumpama bangkai”:

“ Manusia ini diumpamakan bangkai pada waktu malam kerana tidur adalah salah satu bentuk mati.”


SPECIAL TIME FOR HIS SLAVES



Oleh itu Allah benci manusia yang tidur pada waktu malam tanpa bangun untuk bertahajud dan bermunajat kepadanya. Sedangkan Allah khususkan di penghujong malam untuk hamba-hambanya mengadu dan bermunajat kepadanya. Rasulullah saw bersabda:

ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى سماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر قيقول : من يدعوني فأستجيب له؟ ومن يسألني فأعطيه؟
ومن يستغفرني فأغفر له

“ Allah swt turun pada setiap malam ke langit dunia ketika sepertiga malam yang terakhir. Tuhan berkata “ Siapa yang berdoa akan ku perkenankan doanya. Siapa yang meminta kepadaku akan ku berikannya. Sesiapa yang beristighfar maka akan ku ampunkannya”` -Hadis sahih Bukhari dan Muslim


Bayangkan sahabat2 sekiranya seorang penjenayah berat akan diampunkan sekiranya dia merayu kepada Raja pada pukul 3 pagi pasti dia akan pergi waktu tersebut dan menunggu di pintu istana seawal mungkin. Bayanngkan sekiranya Raja menawarkan akan memberi apa sahaja permintaan kita sekiranya kita menghadapnya di awal pagi pasti kita akan menunggu di pintu istana sejak malam lagi. Namun raja segala raja telah memberi tawaran kepada kita pada waktu sebelum subuh tapi kenapa kita masih tidur lagi. Itu kerana kita dikencing oleh syaitan dan diri kita berlumuran dengan dosa.


Kalau kita rasa kita itu sudah baik dan bersih dari dosa (ini adalah penyakit hati) maka anggapla masa ini masa seorang kekasih bertemu dengan kekasihnya. Adakah seorang lelaki akan disayangi oleh kekasihnya sekiranya selalu terlepas dalam temu janjinya. Kalau setiap hari begini pastilah cinta itu sudah berkubur dan hubungannya akan diputuskan.


KENCING SYAITAN

Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun tahajud dan bangun ketika watu sudah subuh. Nabi saw bersabda:

ذاك الرجل بال الشيطان في أذنيه
“ Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.” -Hadis sahih Bukhari dan Muslim.


Ini yang bangun waktu subuh. Kalau bangun selepas waktu subuh...apa agaknya najis syaitannya yang masuk? Adakah lubang telinga sahaja atau semua lubang?



BELENGGU DOSA

Fudail bin Iyad berkata:
إذا لم تقدر على قيام الليل وصيام النهار فاعلم أنك مكبول كبلتك معصيتك
“ Apabila kamu tidak mampu untuk bangun tahajud waktu malam dan tidak mampu puasa sunat pada waktu siang maka ketahuilah kamu sudah dibelenggu oleh maksiatmu.”


Oleh itu kita perlu bertaubat sentiasa dan menghindari dari maksiat. Lidah yang penuh maksiat tidak layak untuk bermunajat pada waktu malam. Mata yang penuh maksiat tidak layak untuk berjagauntuk tahajud dan menangis. Kaki dan tangan penuh maksiat tidak mampu untuk digerakkan pada waktu malam untuk bangun bertahajud. Yang penting hati sentiasa ingat benda yang haram tidak layak untuk berjaga dengan segarnya pada waktu malam untuk tahajud.



PASANGAN YANG BERTAHAJJUD

Selain dari itu kita hendaklah mencari teman yang baik atau pasangan yang baik agar dapat mengejutkan kita waktu malam. Nabi saw bersabda:

إذا أيقظ الرجل أهله من الليل فصليا ركعتين جميعا كتبا في الذاكرين والذاكرين
“ Apabila seorang lelaki bangun dan mengejut isterinya pada waktu malam. Lalu mereka solat dua rakaat bersama-sama, kedua2 mereka ditulis dikalangan lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang sentiasa berzikir kepada Allah swt.”

- Hadis riwayat Abu Daud dan Nasaie, Hakim juga riwayat dengan makna hadis yang sama dengan sanad di tashihkan oleh Imam Zahabi.

Oleh itu carilah teman serumah yang mampu mengejutkan kita bertahajjud. Terutamanya orang yang tidak mampu tahajud dan ingin tahajud. Begitu juga hendaklah cari pasangan yang boleh membantu kita bertahajud. Namun kita kena lihat kepad keadaan teman serumah tadi. Kalau subuh pun masih lambat atau luar waktu kita kena ushakan subuh dahulu barulah tahajud.



SUBUH PUN MASIH LEWAT

Bila sebut pasal subuh awal ni, amat duka cita kerana masih terdapat ramai yang kelewatan subuh. Lebih sedih kerana terjadi pada ramai mahasiswa agama atau orang yang menulis dan bercakap pasal agama dan menganjurkan program agama. Ini adalah termasuk dalam perumpamaan Nabi berkenaan dengan lilin. Menyuruh manusia lain buat baik namun melupai diri. Boleh rujuk dalam artikel ini. Ibnu Mas’ud berkata:


إذا فقدنا الرجل في صلاة الصبح وصلاة العشاء في جماعة أسأنا به الظن
“Apabila kami tidak bertemu seorang lelaki ketika solat subuh atau isya berjemaah di masjid , kami akan bersangka buruk kepadannya.”


TIPU DAYA SYAITAN

Janganlah kita bagi alasan kita sibuk buat program, mesyuarat , mengaji, mengajar, study, berdakwah dan lain-lain untuk tidak tahajud dan bangun lewat. Nabi adalah sebaik manusia sebagai pemimpin, pendakwah, Pelajar (mengambil wahyu dari jibril), suami (9 isteri) tetapi Nabi saw tidak pernah meninggalkan tahajud.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan, Saidatina Aisyah r.a berkata:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم يقوم من الليل حتى تتفطر قدماه
“Sesungguhnya Rasulullah saw bangun bertahajjud pada waktu malam sehingga pecah-pecah kakinya.” -Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Para khalifah dan Gabenor dikalangan sahabat Nabi saw semuanya memintangkan tahajud sehingga Umar berkata: “Kalau aku tidur waktu malam akan sia-siala hak Allah.” Salahuddin al-Ayyubi juga amat mementingkan tahajudnya kepada tenteranya sedangkan kita tahu tidak ada kerja lebih teruk dari peperangan. Bila mana beliau melihat ada khemah tentera tidak tahajud, beliau berkata:

فإن أوتينا فمن قبل هولاء نؤتى
“Sekiranya kita didatangi musuh maka musuh akan datang dari pihak mereka (kerena kelemahan mereka) . “ atau pun “ Sekiranya kita dikalahkan maka sebab merekalah kita dikalahkan.


Adakah tanggung jawab kita lebih besar dari Nabi sehingga mana kita jadikan kerja dan tanggung jawab sebagai alasan untuk tidak bertahajud? Adakah kita tidak berdosa seperti Nabi? Kita lebih patut bangun menangis dan bertahajud kerna kita insan yang banyak dosa. Ini semua adalah talbis iblis (tipu daya syaitan) kepada pendakwah dan perkerja2 Islam.


MAHAR BIDADARI

Seorang salafus soleh bermimpi berjumpa dengan bidadari dalam mimpinya. Bidadari berkata “ Pinanglah aku dan berilah maharnya kepada tuhan.” Beliau bertanya “Apa maharnya?” Bidadari menjawab “ Lama tahajjud.”

Suatu hari Abu Sulaiman ad-Darani tidur pada waktu malam. Dalam tidurnya, beliau melihat bidadari mengejutnya dan berkata “ Adakah engkau tidur (tidak tahajud) hai Abu Sulaiman sedangkan aku menantimu di sebalik tirai sejak 500 tahun.”

KESIMPULAN

~TAHAJUD BUKAN SEGALANYA TETAPI KALAU TIDAK MAMPU TAHAJUD MAKA ADA YANG TIDAK KENA PADA HUBUNGAN HAMBA DENGA TUHAN SEMESTA. KADANG2 KITA RASA KITA DAH TAK BUAT DOSA TETAPI TAK MAMPU UNTUK BANGUN. INI SAMAADA KITA PERLU MENGAJI LAGI UNTUK MENGETAHUI DOSA YANG ADA PELBAGAI BENTUK ATAU PUN SEBAB HATI KITA BERASA SUDAH SEMPURNA DAN INILAH YANG PALING BAHAYA. ORANG YANG RASA SELAMAT DARI NERAKA ADALAH ORANG YANG RUGI SEPERTI DALAM SURAH AL-A’RAF AYAT 99~


(laman blog salman maskuri dan dr fb abang saya, Aba Jid)

[Hai orang2 yang beriman, bertakwalah kamu semua kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang2 yg benar"]
-surah at-Taubah:119

lepas baca, jgn dok saja...(buat diriku dan kawan2 yg asyik terleka)

THINK ABOUT IT!!

DO SOMETHING!!!

_Shift Your Paradigm_


Umat Islam harus cemerlang
hari ini lebih baik dari semalam....
(chorus byk2 kali)


et_born2shaheed

Tuesday, April 20, 2010

Hikmahnya Kembara

Demo Yang X Jadi..

dengan semangat yang waja ... kami seramai 4 orang sisters keluar bagi untuk menyuarakan bantahan berkenaan isu APCO.. bermulalah kisah pengembaraan kami...

selepas beberapa minit perjalanan dari kampus ke kl sentral... di sana kami makan n solat...kemudian trus lah bergerak ke masjid jamek.. tetiba bila dah smpai kat stesen MJ, satu panggilan masuk bagitau yang demo sbnrnye dkt kg baru.. dah habis pulak tu... Allahuakbar..

Tapi katanya, dekat MJ sini pun ada, namun tiada yang sudi meng ‘conduct’ atau mnjadi leader atau demonstran... terdetik dalam hati.. KE MANA PERGI MAHASISWA ATAU PEMUDA YANG BERJIWA SEPERTI UMAR AL-KHATTAB?? JIWA SEPERTI BRO DZULKHAIRI??

tetapi sebenarnya..idea itu dah pun ada..dari pihak kami...mahasiswa yang tidak segagah mana..namun punya jiwa yang besar.. tapi apa nak dikata.. mgkin kerana byk memikirkan hal2 lain atau bertanya pendapat orang.. usaha untuk menjadi penggerak tiada...crowded sudah mula bersurai..sedikit demi sedikit... peluang tadi tersia... Allahuakbar.. sedih.. bercampur2..

dalam masa menuggu tren utk meneruskan destinasi, ada mesej yang masuk dalam phoneku..berbunyi..

~Dalam diari seorang pejuang tiada masalah yang tidak merumitkan, ujian yang tidak melemahkan, dugaan yang tidak menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk lebih hebat. merka tepu dengan dugaan. Cuma sesekali air mata mengalir menerjah pipi, lambing kekerdilan kudrat hamba. Berdepan dengan ‘belaian’ PENCIPTA, sebagai tanda ingatanNya. Terus senyum walau payah & susah diuji. Jadilah mata rantai perjuangan yang suci ini. Teruskan perjuangan walaupun susah. Pejuang perlu kental jiwanya. terimalah seredhanya. –Pandanglah mesej ini sbg sedikit suntikan vaksin mengatasi virus kekecewaan.. seeru ‘ala barakatillah~

terima kasih ya Allah...Hanya Kau yang Maha Memahami..

saya memujuk hati yang lara dengan membisik dalam hati kecik,

” Xpe... kalau tadi niat aku betul untuk bantu, setiap langkah aku ke sini xpernah sia-sia. InsyaAllah. Allah Maha Penghisab.”

dataran merdeka n lepak2


selepas kejadian tersebut, kami pun mengerah otak supaya meng’brainstorm’ ke mana hendak dituju supaya tiada sia2 perjalanan kami...

byk idea.. salah satunya ialah pegi Ronda2 KL.. saya mengajak mereka ke Dataran Merdeka.. tujuannya ingin mengetahui selok belok jalan di KL selain menceritakan pengalaman turun mengadakan pencegahan maksiat di samping menyampaikan maklumat bahawa tiada smbutan Tahun Baru dalam Islam sebegitu rupa..

pc fair di klcc

at last, dapat keputusan bersama, kita pg pc fair je lah..

Ya Allah..punyelah ramai manusia..bermacam2 rupa dan perangai.. xkurang jugak tourist..

letih kot jalan2 kat pc fair.. sbb besar sgt pc fair tu...

masuk je xleh u turn dah.. kena ikut flow..jalan je dpat brochure..

sampai masuk kat ruang mana ntah... masyaAllah lagu dia, bingit telinga...

bung bang dengar... macam kat disko pun ada..rupanya kat situ tempat jual segala barang2 mcm earphone, speaker, n segeng dgnnye.. patotla.. tp x patot btol buka lagu kuat2 sgt.. jantung berdebar2 je..bukan ape..takot2 waktu tu, datang rebut ke earthquake ke... Ya Allah..Nauzubillah kami dimatikan dalam keadaan lalai kepadaMu ya Allah... masuk sekerat je..pastu kami cepat2 kluar..ikut pntu yang sama..lalu meneruskan perjalanan ke fair di tingkat bwh pulak

on da way jalan2 dalam pc fair... Astaghfirullahal’azim... dlm hati saya ingatkan diri supaya jgn putus berzikir...apa nak kata lagi dah...promotions gurls yang lebih2...over... yang plek tp benar, ramai pulek dok p tangkap gambaq dengan depa tu sume.. PLEK KAN MANUSIA??

ish.. byk kali gak terpandang budak2 baju x cukup tu.... terfikir, “tayang henfon ke pusat???” aduh.. musykil ana!!

pastu ada budak hilang la pulak..

nak dijadikan kisah.. teman seperjuangan saya dah loya gn sume bnda tu menyebabkan dia memisahkan diri drpd kami.. ala..ana dan kwn ana yang sorang lagi bukan nak sgt masuk...tapi kami nak kluaq.. puas kami cari pintu... nak dekat smpai kat pintu byk dugaan yang dihadapi...kena pandai menepis... geng2 broadband mai menyerang dari pelbagai arah... ada yang berbaju kuning, hijau dan biru... hmm..akhirnya..ALHAMDULILLAH!! ~mmg benar, kemenangan itu sgt menggembirakan~

akhirnya..dapat jugak kami melihat suasana petang yang indah dan udara yang segar pada petang tu...Alhamdulillah ya Rahman..

masalah mengekori kami.. kawan yang tadi terpisah tidak dapat dihubungi.. kami kol xdapat2.. cannot be reachable... Allah, trdetik dalam hati, xkan hanset dia mati kot.. dia bukannya tau sangat jalan... hati2 kami gundah gulana memikirkan beliau.. “dia menjadi tanggungjawab ana selagi belum smpai kampus”...

aduhai.. selepas bebrapa minit melilau cari beliau.. x jumpa2 jugak.. katanya tadi waktu kami masih berda dalam fair, dia berada di surau tingkat 3..tapi bila tgk direktori..surau tu susah untuk pegi..kalau dah kluar dr fair, mmg susah nak pg situ.. lalu, kami amik keputusan utk solat Asar dulu pape pun..

ada yang risau tahap gaban... kat surau kami berdua masih memikirkan hal beliau, keadaan beliau..ada yang bagi cdgn, kita wat je announcement...namun apa yang pasti, hati2 kami tak putus2 berdoa keselamatan beliau... beliau berjalan tanpa wang sebenarnya..fon pulak kalau mati..susah..

macam2 yang boleh berlaku zaman skrang ni..zaman yang x kenal erti peri.... tu yang kami risau sangat..

~kepada Budak Hilang, ana ucapkan tahniah kerana berjaya mengHILANGkan diri dari benda2 lagho tu..pastu dok plak bertafakur di surau.. bagusnya.. namun nak diingatkan..Janganlah hilang lagi lepas ni....penat kami mencari...huhu~

Sewaktu solat, kami menggunakan peluang mustajab doa, iaitu ketika setiaop kali sujud... sudah pasti hati2 kami memohon pertolongan hanya pada Allah yang Maha Melihat dan Maha Berkuasa supaya kami ditemukan semula... xnak lah pisah lama2.... sedih..

berada di sujud rakaat kedua...fon berbunyi.... dalam hati.. Alhamdulillah moga2 beliau yang menelefon... doa kami makbul.. di akhir solat, ana mengangkat calling dari beliau..dia bertanya di mana kedudukan kami.. ALHAMDULILLAH..Hanya Allah yang tau perasaan kami saat itu..hehe..

(nak marah pun ada, geram pun ada, yang pasti kami bersyukur byk2 sbb dah tau kewujudan beliau)

nak mencari pulak kedudukan budak hilang satu hal... kaki dah naik lenguh bila kena pusing2 cari budak hilang...aduhhh... bila dah jumpa tu...sian plak tgk dari jauh..menyayat hati tgk..(sebenarnya membara tapi nak tergelak pun ada bila tgk gelagat budak hilang)

budak hilang biasa je..

lokasi pertemuan : dok kat fountain kat aquaria..

huhu... muka dia kelaparan.. muka kami keletihan.. pape pun, bila dah dok kat situ, ape lagi.. sesi penggambaran dan jejak kasih berlaku... macam2 gaya ada kami bergambar di situ.. kenangan indah betollah..

Jalan2 cari makan.. Jalan2 makan Sushi King..
Actually dari awal dtg KLCC mmg ada niat nak makan my favourite food tu lagi...Sushi..hmm..sdapnya..

Sadly said.... very bad service... lama siot tunggu... “x sama langsung mcm perangai orang Jepun yang baik dan tepat masa” .. tapi kata2 tu terkena balik kat aku..aku mmg minat Japanese and Korean. tapi, stakat ni aku pun kadang2 je dapat implementasikan sifat tu dalam diri aku..terutamanya bila ada perjumpaan or meeting..tapi aku cuba transformasikan diri aku ke lebih baik..Rasulullah dah lama buat.. aku buat, insyaAllah!

kan Rasulullah tu sebaik2 contoh??

balik.... jem la plak... aduhhh...

habis makan trus bertolak balik... amik tiket ke Stesen U n cari taxi untuk ke kampus...

waktu tu dah masuk maghrib...niat di hati nak solat kat kampus...

masuk je taxi... xsempat panas punggung.. dah depan mata byk lampu keta..maknanya..jem lah... Allah.. aku dah xleh dok diam...risau lmbat solat... Aku lemah dalam hal ni..waktu tu.. Nak nangis je rasa...tapi pk balik..nangis pun x jadi apa... baik istighfar banyak2...mugkin dah bnyak lagho hari ni.... ujian bagi aku dan sahabat2ku...

smpai kampus trus lompat taxi (lps byr la)

Alhamdulillah..terima kasih ya Allah.. dapat jugak kami solat...siap solat jemaah lagi...

makan sushi gn roommate plak.. malam tu bestlah... main suap2.. hehe..

after solat Isyak berjemaah di surau.. kami makan sama2 lagi sekali..sushi ingatanku buat rumate2 ku tersayang...atiqah, dya dan zati.. ada lagi kawan2 yang lain mai join..meriah btol bilikku malam tu, sama je mcm malam2 lain..xpenah x meriah..

bertolak ke umah shbt malam tu..

Malam tu jugak...habis makn, kakak leya dah datang... Actually dalam taxi tadi, kami buat keputusan untuk tido d umah beliau... kami bertiga lagi...

nmpaknya al-kisah belum tammat di sini rupanya....

sesampai kat upm untuk hntar kakak dia...

dalam keta kakaknya.. xbyk kami borak..semua keletihan..ada yang tertido.. tup2... dh pon smpai di UPM.. sampai kat sana, ekzos ada masalah... tapi kata kakaknya.. bleh ni smapai..asalkan bawak pelan2... kat situ kami menjenguk2 jugak ke bawah keta untuk melihat keadaan ekzos tersebut... patah kata kakaknya... tetapi ada satu lagi dugaan tiba..

Masyaallah.. iman terduga dgn perlakuan yang memualkan iman kami...

Kelihatan sorang lelaki dgn sorang pompuan di tmpat parking kosong.. ape dorang buat tu??? kedengaran jugak suara2 gatal dan manje pompuan tu..”agak kuat”, bisikku..

Owh Allah.. hanya Kamu yang tahu ketika itu, hatiku menangis.. aku x sanggup pun nak melihat perbuatan itu.. Arghh, aku benci perbuatannya!!..namun aku kesiankan dan sayangkan insan yang terlibat tu..lalu..selepas beberapa strategi dan perancangan dikeluarkan oleh kami.. aku dicabar teman2....untuk terus mara seperti di kampus.. kata mereka..ini baru reality!..mmg benar apa yang dorang sampaikan.. namun.. dalam kepalaku, masih memikirkan cara atau method yang sesuai untuk approach sis n bro yang tgh berasmara tu...

at last i found my real gut.. aku pergi ke arah mereka sambil diikuti shbt2ku.. aku memulakan perbualan..

aku: assalamualaikum sister.. (gaya profesionalla)

mereka:.....waalaikumussalam....( jawab slm pun pelan2)

aku: adikberdik ye?

mereka tersipu2..malu..mereka geleng kepala..

memikirkan xnak amik masa lama, sbb jauh lagi perjalanan kami.. aku pun menyambung..

aku: Pastu buat ape malam2 camni?

(sebelum pegi kat dorang, jam menunjukkan pukul 10.10mlm.. or lebih kurang waktu tu lah..asalkan suasana tu adalah malam dan tempat tu agak sunyi... itulah latar masa scene ni..)

mereka:xbuat pe..biasa la..

aku: dah biasa ke buat camni?

mereka: (dgn yakinnya menjawab) ye, dah lama dah.. selalu je

aku: owh.... tapi xelok malam2 dok macam ni..

leya: boleh jadi macam2... jadi fitnah kalau orang tengok..

aku: ha, betol tu...

mereka: (mengangguk2 sambil tersenyum kelat agaknye)

aku: xpelah pape pun, cuma nak ingatkan lah...kita nak buat pape pun xpe, tapi kena selalu ingat.. Allah ada. Dia tgh tengok apa yang kamu buat.... xpe kalau xmalu kat orang lain pun...tapi ingatlah.. Malulah pada Allah..malulah pada Allah.. (hati aku sedih waktu tu) (aku takut sbb aku yang paling awal dengar, Ya Allah, bantulah hambamu ni..)

xpelah pape pun, cuma nak ingatkan lah...kita nak buat pape pun xpe.. tapi kena selalu ingat.. Allah ada. Dia tgh tengok apa yang kamu buat.... xpe kalau x malu kat orang lain pun...tapi ingatlah....Malulah pada Allah.. malulah pada Allah..

<HIDUPLAH macam mana pun kamu suka, sesungguhnya kamu akan MATI, CINTAILAH sesape saje yg kamu kehendaki, sesungguhnya kamu pasti akan terPISAH darinya, BUATLAH pape pun yang kamu nak suka, tapi ingatlah, kamu akan DIBALAS dgnnya dan DISOAL tentangnya> hadis

mereka: (diam dan buat muka tak dapat ditakrif).. terima kasih..

aku dan kawan2: (senyum kelat) sama2... ok lah... pegi dulu ye.. Assalamualaikum..

mereka : Waalaikumussalam.

pundak kami terasa ringan sket sbb kami dah mencegah maksiat depan mata menggunakan peringkat tinggi sket, iaitu menggunakan lisan selain membenci dalam hati....

Tetapi... kami masih x berpuas hati sbb merpati 2 sejoli itu still ada kat situ, x berganjak..

lalu, kami teruskan perbincangan... sama ada nak pegi lagi sekali..atau nak pegi park keta kat situ atau tunggu dan lihat..atau pegi dok join dorang supaya dat girl x lah dok sorang2 gn laki tu... otak ligat memikirkan kesesuaian...

kami mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat dari dalam kereta sampai mereka pergi...

aku sengaja keluar dari keta untuk menghirup udara segar malam tu..sambil2 mata ku menjeling ke arah mereka.. mereka bersurai n menuju ke sebuah kereta..

kat situ..mereka masih berborak2... kedengaran suara manja pompuan tersebut..aku sengaja melihat tajam perbuatan mereka.. selepas beberapa minit.. lelaki itu pegi...dat girl lalu depan keta kami dan dia menjeling tajam.. mungkin tanda ‘terima kasih sekali lagi’..., aku menduga... mukanya tampak x puas hati.. tapi ntahlah apa yang ada dalam hatinya...

dalam hati, Aku doakan moga2, tindakan dan kata2 kami tadi menjadi pintu hidayah buatnya dan buat lelaki itu juga...

mungkin...

x mustahil...

satu hari nanti..

Perjalanan membelah dada malam....lambat.. tetiba..

hati kami agak girang... dalam keta... kami buka nasyid guna hanset.. Ema di belakang...ingat nak buat usrah persis Imam Hassan al-Banna...

tetiba... krek...krek..krek..

bunyi yang x sedap kedengaran..

aku seakan mengingatkan leya, “ bawak pelan sket, leya.”

leya jawab, “dah pelan kot...40km/h”

Ema kat belakang membalas , “ a’ah leya, slow lagi...dulu mak aku pun bawak pelan lagi pada ni. time tu keta mak prob cmni gak r”

krek..krek..krek.. bunyi lagaknya makin teruk...

leya pun menghentikan keta kat tepi jalan... time tu still dalam UPM kot.. tapi jalan agak lengang... malam la katakan... semua keluar keta.. 3 dara melilau mencari2 idea atau ilham supaya ekzos tu bleh bertahan sampai ke Klang.. jauh jugak tu...

Ha!! aku dah dapat inspiration!!. pastinya bukan dari aku.. Allah yang mengilhamkan...

haza min fadhli Robbi....

“Insyallah bernas”, pk aku.. b4 tu aku smpat tanya pendapat ema n leya...dorang x kata pape..

tanpa minta izin...aku pun pegi cabut pokok ape ntah...ala..yang menjalar kat tepi pagar tepi jalan tu..... pastu pegi ikat ekzos... ema bantu aku... malu jugak..tertonggek2...nasib baik ema tolong lindung aku dari trus malu..selain menjaga keselamatan aku...thanx ema.. pastu driver aka leya dtg jenguk... dia kata.. bleh bertahan ke?

aku jawab, “Insyaallah bleh kot ni sampai Klang, 4 temporary boleh..”

“tu lah kan, tu gunanya pokok tu... slalu orang tengok dia macam xdak guna ja... Allah susun elok dah...Setiap yang Allah jadikan x sia2...”

jauh di sudut hati... kata aku “betol2 macam mekanik”..haha..mencabar..

Alhamdulillah...selesai pun task terakhir...hopefully

Keta kami meneruskan perjalanan membelah malam yang masih muda buat para pejuang agama Allah...

suka aku katakan....

Tiada istilah rehat dalam diari pejuang...

aku suka statement yang ni,

kalau ada yang mengeluh... pujuklah diri atau dia, katakan

- biarlah kita berehat panjang di syurga nanti- or

-nak berehat, berehat kat syurga-

mungkin ni tazkirah terahir dari aku, saya dan ana

inilah hikmahnya kembara sepanjang hari yang menyeronokkan...

Hidup ni sungguh Istimewa kan? Terima kasih Ya Allah.. Aku cinta PadaMu...


_Yesterday is history, Today is mystery and Tomorrow is a gift_

et@gaara

Friday, March 26, 2010

Tuesday, March 16, 2010

Xplore da Xperience

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah wassolatuwassalam ‘ala nabi Muhammad wa alihi ajma’in

dah lama gak la x update blog..

nak wat cane...saya betul2 menghabiskan cuti bersama family dan kekasihku yang satu buat masa ini...

so, xpe kan?

Apa yang best untuk kali ni ialah pengalaman mnjadi palaksana dan fasi utk KEM MOTIVASI PMR, SMRAMM & SPM, MAKTAB MAHMUD SIK selama 3 hari 2 malam, starting 10th till 12th March 2010..

sepatutnya ana join KEM ANAK SOLEH under Kerajaan Negeri Kedah, namun tiba pada tarikh 8 mac iaitu lagi 2 hari sebelum kem motivasi bermula, ana diberi tugas sebagai ketua fasi muslimat untuk mencari 5 orang lagi fasi muslimat. ingatkan senang. xsangka pulak susah jugak, ye r muslimat kan? ada yang parents x bagi, ada yang xdak vehicle, tapi Alhamdulillah la last skali Alhamdulillah, cukup jugak fasi muslimat..

perjalanan pergi ke mm sik actually x amik masa lama sgt, tapi keta buat hal... bukan keta saya lah, lagipun, muslimat hanya menumpang muslimin punye keta je... kancil dan saga.. ada gak fasi mslimin yang naik darrajatun nariatun... disebabkan kitorang (fasi muslimat), muslimin terpaksa nek motor... ape2 pun, syukran kerana antum punya pengorbanan atau tadhiyyah yang tinggi....

Alhamdulillah, dalam pukul 4 petang, sampailah kami kat mm sik 2, tanpa byk buang masa, cikgu2 cikgi2 yang baik hati menjemput kami dengan senyuman.. bincanglah kami apa yang patut sebelum sesi memperkenalkan diri.... adalah dipersetujui oleh kami untuk x menjaharkan usia kami yang dah meningkat dewasa ni... maaflah ye adik2ku sayang....

kat sini saya nak la citekan sket sebanyak aktiviti atau modul yang kami jalankan...

actually, banyak sangat modul yang kami dah brainstormkan.. namun bukan semua yang kami buat, kalau x, separuh matilah adik2 2, kami pun sama la..

before tu, waktu taaruf, dibahagikan kumpulan2, dan setiap grup wajib ada leader n cheer masing2...

nak promote sket kumpulan saya, nama dia WONDERGIRL..adik2 ni semua mmg wonder lah... hebat tuu....

malam tu semua kena present cheer kumpulan.... fuhh.. bergema mm sik dengan laungan Takbir.. ALLAHUAKBAR3x.. laungan2 tu membawa memori saya ke tempat yang saya akan terus rindui... huhu.. sebenrnya itulah semangat orang Islam.. so, buat orang di luar sana, jangan malu melaungkan Takbir.. tmbah2 brothers.. malu sangat2 kalau laung pelan2...ish3...astaghfirullahal’azim..lupa lak nak sebut.. lagu tema kami ialah, STAND UP!!

eh, dah byk plak melencong...

antara yang kami buat dalam LDK ialah

interview, lukisan hidup, sideview or handling people.. pandai2 la sy letak nama modul

yang terhangat ialah Debat kedai kopi...

awal2 tajuknya pun dah panassss

iaitu Kecemerlangan MM Sik lebih baik daripada MM Alor Star.. anda bersetuju dengan statement ni atau x? Saya jadi yang dipertua.. hehe.. adik2 ni diasuh dulu dalam kumpulan masing2..

after that, bila dah setiap orang wajib bercakap...apa lagi..masuk

debat ke-2 pulak... yang ni campuq semua adik2 putra n putri... dengan tajuk..

Gejala sosial makin menjadi2, Salah Siapa??

depa ni dibahagi kepada 4 kumpulan besar- kerajaan, media massa, ibu bapa dan rakan sebaya...

modul ni dah slalu saya buat kat DQ dulu.. dulu pun, saya bukanlah orang yang bijak berbicara, dapat mic je... terketaq2 lutut.. tapi srang dah macam gila mic plak..huhu.. xpelah... cakap banyak benda yang baik x dikira mulut banyak kan????

bila petang pulak...jeng3

kita ada xplorace..best ke x, kena tanya adik2 maahad sik lah..

explorace ada 6 checkpoint,

objektif xplorace ni ialah ukhuwwah, kerjasama, matlamat, keberanian, pengorbanan, critical thinking, yakin diri dan akhlak.

modulnya:

Berani mati

Kamil kata

Bom

Janji sampai

Rencam

Barisan dosa

saya jaga dekat checkpoint Rencam idea Syafiq.. kat situ nak latih adik2 ni jadi srikandi muslimah yang cekal macam Zainab Al-Ghazali... mmg real kena tarbiyah jasmaniah macam jaisy.. kena berlari, mendaki menaiki bukit sambil merangkak mggunakan siku dan lutut,dan berlatih guna senjata dan latihan perang... mmg habis kotor lah depa semua...

ha! kalau nak tau lebih lanjut, contactlah saya, x pun kalau ada yang nak bertanya, tulislah kat komen tu or kat chatbox ke..ikutlah..kalau sy masih ingat, blehla jwb ye..

habis main petang tu, malam klimaks kita ialah, muhasabah atau koreksi....

nak cita gak ka pa berlaku malam tu???

semua fasi diminta pulang oleh sorang ketua fasi jugaklah.. iaitu, ust naim.. dia lepasan DQ, diploma.. memanglah pada awalnya kami dah pun mencaturkan perjalanan malam tu sebaiknya..

namun lebih memberansangkan.. Alhamdulillah... koreksi ini menjadi real.. it turned to reality... saya sndiri merasakannya.. saya bukanlah main2 dalam hal ni... memang rasa xpuas hati gn adik2 tu ada..tapi mungkin awal2 kami, fasi dah diingatkan supaya ikhlaskan niat... bukan pa, sebab bnyk objektif kem ni yang depa blom capai.. dan kami pun ada yang salah.. so, sama2 kita koreksi diri pada malam tu... sape ntah yang larikan beg saya malam tu... adik husna x silap nama dia... hmmm..dan yang paling akak nak dengaq ialah ikrar dari adik2 sendiri... ataupun azam yang kuat yang dapat puaskan hati kami..kalau x, akak mmg nak balik dah...kan fasi2?? biarlah kata2 ikrar yang adik2 ucapkan mnjadi titik tolak atau anjakan paradigma untuk adik2 keluar dari kepompong rendah diri dan rasa susah nak Berjaya... k? apa yang penting???? diri sendiri kena ubah dulu..k?

buat adik2..dan diri saya yang terlupa...sama2lah kita bina keyakinan diri.. jangan mudah putus asa dan rasa diri ni kecik sangat...apa yang saya slalu ingatkan adik2 mm sik ni ialah

KELUARKAN MAKTAB MAHMUD SIK DARI SIK! K?

pahamkan maksud saya?? deap ni mampu buat yang terbaik.. surrounding ..wahh.. mcm kat peranginan...budak2 alor star msti jeles punyalah.. tenang ja kat sana... saya sgt sukakannya.. mgkin sbb saya ni environmentalist kot...huhu..

pagi2 tu, kami adakan qiyamulail dan solat hajat di bawah naungan langit fajar yang ..aduhai...subhanallah... tenang bangat bagi saya! mungkin kerana hobiku ialah melihat langit.. tapi, mmg pagi jumaat yang mulia tu, pohon2 di sekeliling, bintang2 di langit, jalan2 tar yang dijadikan tempat sujud....mnjadi saksi doa dan hajat kami... imamnya ialah ust Haq... doa dibacakan dengan nada rendah dan mengharap... mengharapkan kepada Allah agar adik2 yang ada di MM Sik diberi kejayaan dalam PMR, SMRAMM dan SPM... Allahumma Amin.. dan saya turut doakan kejayaan buat kami para pejuang Allah, berjuang di kala orang lain sedang bercuti...semoga ditetapkan kaki di jalanNya dan berjaya dunia akhirat...amin ya Rabb...

lepas tu, ada kuliah subuh yang disampaikan oleh, ust taufik, ust daripada skolah tu sndiri... sedap dia bercakap..dia ingatkan tentang syirik kecil... sinonim jugak gn topic perbualan ayah saya kalau duduk bicara dengannya, tentang ihsan-ust ingatkan ttg ayat dalam surah lukman..ayat 13..kata ust, manusia bnyak buat syirik kecik, tapi x sedaq...contoh waktu dalam solat... waktu kenyang, waktu lepas sembuh daripada sakit.... contoh pjg lagi... bila kenyang.. kita kata sebab makan nasi beriyani pagi tadi..ha!! Nampak x betapa kita tak sedar apa yang kita cakap sehari2..banyakkanlah istighfar....huhu...takotnye...

k, habis dah kem motivasi tu...

tp program kami blom tamat...

after gimik bezday 2 orang dari adik2 ni and mjlis pnutup.. kami berpakat untuk p ke Lata Bayu, Baling... kat sini ada la sket sebanyak gambar2 yang indah di sana... terima kasihlah kepada pemandu yang sudi bawak jugak kami yang menumpang ni..huhu.. saya sebenarnya 1st time jugak kot p tempat tu... best rupanya.. tapi kami, muslimat x mandi pun macam muslimin.. mandi kaki je... takot x sempat...kalau ikutkan hati, mmg nak sangat mandi... tp xpe lah.. saya brgmbar smpai hbs bateri fon..masyaAllah..

lepas tu, lepas 45 minit berada di Lata Bayu melepaskan lelah mnjadi seorng fasi.. kami pun jalan2 cari makan pulak... nyum3x... aperut dah pun bernyanyi lagu ghazal... hehe... tapi kami tunaikan dulu solat maghrib sebelum majlis santapan... sate jadi hidangan asas kami.. Alhamdulillah... lepas tu barulah kami berangkat pulang ke Alor Star dengan mata yang berat..tapi xleh pun tido... sbb saya xsuka sgt tido, saya ni slalu jadi peneman setia ayah saya kalau p jauh2..dalam keta.. banyak modul2 yang saya dapat untuk hilangkan bosan atas jalan raya daripada sedara Syafiq dan Naim...kalau nak tau games tu, bleh Tanya saya atau Syafiq sendirilah yer..?

itulah kisah manis campuq kelat sket2 ttg cuti saya... sonok Alhamdulillah... buat para fasilitator muslimat iaitu, Syakila, Amirah, Salsabila, Nasuha dan Amal...ukhuwwah kita tetap selamanya dan InsyaAllah hingga ke syurga...amin dan buat ketua fasi muslimin, bro Syafiq dan CC atau kem komanden, bro Haq.. minta maaf lah sebarang kesulitan yang dihadapi spnjg nak cari n bawak kami fasi muslimat ni... n x lupa jugak buat fasilitator muslimin, Naim, Bang Ngah, Fathi, Abu, Shahrul dan Rizham...syukran dan semoga kita sama2 thabat dalam jalan juang ini..amin.. kepada cikgu2 MM Sik, terima kasih kerana menyokongkami dan percayakan kami selaku mahasiswa pengubah dunia...Buat adik2 yang dikasihi Allah.. teruskan berjuang di medan ilmu.. semoga Berjaya dalam setiap aspek kehidupan..amin...KELUARKAN MM SIK DARI SIK!!

kita tunggu cite lain plak ye?


khadijah@is3solehah

bleh gak baca yang ni

Related Posts with Thumbnails