d ummah

Check out harga semasa Dinar Muslim

Saturday, September 26, 2015

Hari Raya AidilAdha

Memenuhi permintaan anak2 murid yang merindui cikgu Khadijah.

"Cikgu, datang rumah saya dlu ya?"

"Cikgu, rumah Satara sikit jauh... mari la rumah saya dulu ya cikgu..?"

"Ok2.. Cikgu p semua rumah k?"

Dah singgah, mana ada makan kerepek atau kuih raya, mesti makan nasi berlaukkan dgg masakan Burma, atau lurufira (kind of capati tp guna tepung beras).. nasib aku baik, ada rumah yg masak kambing... mmg my fav lah!

Mereka sangat bermurah hati, masyaAllah.

Aku makan semua yang dijamu dgn selera sekali, (so jgn tnya pasai pa kuruih sgt no balik s.alam nnt...) cuma pedas ja xtahan sket.

Sambil makan, sambil berborak dgn sedara, adik, kakak, makcik mereka.

Ada yg bercerita,

" dulu saya ada kawan melayu, sama umur saya. tapi sekarang dah x kawan.. "

"pasai pa x kawan dah?"

"depa kata kami warga asing, tu yg x kawan"

"x boleh la macam tu kan? cikgu kawan ja semua orang, semua orang sama saja, x boleh la x kawan macm tu..."

"betul2 ! "

Nak balik tu, nampak muka sedih2 ja... lagi sedih ada 2 rumah lagi yg x sempat aku penuhi..

"InsyaAllah, esok cikgu mai jalan rumah kamu plak na..? jgn la sedih.."

"Jangan lupa solat naa?"

"babai cikgu, I love you, Cikgu"

"babai, Assalamualaikum! love you too!"

"Cikgu, Selamat Hari Raya!"

Aku tersenyum sambil membelok stereng kereta sambil tgn kanan melambai mereka..

aku sayang depa krna Allah.

Sunday, August 30, 2015

Langit tanah merdeka

Langit tanah merdeka

Tepat jam dua belas
BERSIH 4.0 bakal berakhir
Hari Kebangsaan ke-58
pula bakal menjengah

Sedikit demi sedikit
penguasa cuba memahami
hasrat rakyatnya yang mahukan
sebuah demokrasi

Diberikan peluang bersorak
bergegak gempita dengan vuvuzela
tanpa ada yang dicedera
atau dipenjara

Namun katamu sangat berbisa
mengata rakyat miskin dan cetek
patriotik sangatkah tuan hamba
jika lesap harta negara?

Kuasawan tua mula disanjungi
bila mula cakna dan merakyat
terlupakan segala dosanya
pada negara satu ketika

Langit tanah merdeka
menjadi sejarah saksi
rakyat bangkit melawan
penguasa lupa diri

Kuning penyeri negara suram
penyinar kelam mata
dek kerana harta
dari seorang dermawan

Pesta kuning memancar sinar
mengalir laju di lorong dan corong
syukur masih wujud serumpun
ilmuwan berpengetahuan

etbless
30082015
2316

Saturday, August 29, 2015

BERSIH 4.0

Menyoroti BERSIH lalu.

Memori BERSIH lepas2 masih hangat di minda.

Sampai saja di LRT dkt dgn Central Market, beg diselongkar polis. Diberi amaran agar tidak menyertainya. Kami hanya senyum. Sambil menunggu di sekitar LRT, ada beberapa makcik berpakaian jubah dan niqab cuba ajak kami berborak. bertanya-tanyakan hal kami di situ dan cuba memujuk supaya tidak menyertai demonstrasi. Aku kenal mereka itu siapa. Aku memberitahu rakan2 supaya bergerak ke tempat lain.

Semua diarah berkumpul untuk duduk bantah. Bila mana semua demonstran duduk bantah. Tanpa sebarang provokasi, polis2 FRU melepaskan tembakan gas pemedih mata secara berdepan. Saat itu ada yang lari, dan ada yang cuba bertahan. Suasana menjadi kelam kabut. Tak ramai yang mampu terus duduk membantah.

Ditakdirkan 1 canister gas jatuh dekat dgn aku dan rakan2. Kami cuba bertahan. Namun, gas cukup cepat merebak menerobos kerongkong2 dan memedihkan mata serta muka. Tika itu, ada rakanku yang sudah lemah x mampu lagi berjalan, lalu dgn kekuatan yg ada, kami memapahnya keluar dari situ. Teriakan agar terus bersemangat kedengaran. Apabila sampai di tepi bangunan, saat itu, ramai yang membantu, memberi air, garam. Semuanya sekali saling membantu antara satu sama lain. Melayu, Cina, India, Sikh semuanya saling memberi pertolongan kepada yang memerlukan. Rakanku semakin pulih. Kami berterima kasih dan meneruskan bantahan.

Ada juga pada BERSIH lalu, suasana semakin gawat. Waktu itu, kami dikepung di sekitar Puduraya. Kesemua jalan yang ada disekat. Mahu ke Maybank FRU ada, mahu ke arah Central Market FRU melepaskan tembakan. Polis berlari-lari cuba menangkap sesiapa sahaja, sedangkan kami tidak melakukan apa-apa atau membawa apa2 senjata berbahaya.  Yang ada hanya air dan garam, tuala dan penutup muka. Ada yang cedera dipukul polis sehingga berdarah. Setelah lama tunggu di sekitar puduraya. Kami cuba melalui jalan2 kedai untuk menaiki bas pulang. Bas metro atau rapidkl perlu diambil di celah2 bangunan kedai.

Sedang kami berjalan-jalan di celah2 bangunan, dari jauh terdapat beberapa org FRU, mereka bergerak mendekati kami, kami teruskan berjalan kerana niat kami hanya utk mendapatkan bas. Tiba-tiba beberapa das tembakan dilepaskan kepada kami. Oleh sebab jarak antara kami dgn mereka agak jauh, Alhamdulillah kami masih mampu bernafas oksigen. Jika ikutkan hati, mahu saja aku mengambil canister dan melempar kembali ke arah mereka. Tapi aku sabar. Kami berundur dan melalui jalan lain.

Memori ini akan terus terpahat dalam minda para demonstran dan tertulis sebagai sejarah Malaysia demi mengembalikan pilihanraya yang bersih dan adil walau tidak secara langsung.

Untuk rakyat Malaysia yang mahukan pilihanraya yang BERSIH, telus dan adil. Dan untuk rakyat yang mahu BERSIHkan Malaysia,

SYABAS !

Terus bangkit demi rakyat !

Sehati Sejiwa Melawan Sang Penguasa Rakus!

29082015
19:52

Thursday, July 9, 2015

#sayaKHADIJAH #sayasayangkanMALAYSIA

I am Khadijah, fresh graduate from a controversial IPTA nowadays. But I totally agreed with my friends who keep on pushing PM on economical matters. I am with them.

Saya mengambil jurusan Bioteknologi, di mana bidang ini masih baru di Malaysia. Malaysia masih belum betul-betul membangun dari sudut ini. Kenapa saya katakan demikian? Ramai di antara senior-senior saya masih menganggur dan juga bekerja di bidang yang lain, kebanyakannya mengajar atau berbisnes tidak kisah online atau tidak. Bukan itu sahaja, sewaktu saya masih belajar, kami cuba untuk mengadakan satu persatuan yang mana menggabungkan kesemua pelajar Bioteknologi di dalam Malaysia. namun usaha itu tidak dapat diteruskan apabila pihak atasan sendiri tidak memberi sokongan. Kebanyakan daripada industri atau syarikat Bioteknologi di dalam Malaysia dipegang dan dikawal oleh bukan Melayu dan bukan Bumiputera. Hal ini menyebabkan kuasa untuk anak-anak Melayu maju dalam bidang ini tersekat dan harus menjadi kuli bawahan sahaja. Memang ada usaha dari pihak kerajaan, namun capaian tidak menyeluruh. Hanya segelintir yang dibantu. Sehingga kini, saya dan kawan-kawan masih lagi menganggur untuk mendapatkan kerja dalam bidang Bioteknologi. Dengan keadaan ekonomi yang makin merosot, impian saya dan rakan-rakan untuk mengusahakan sebuah syarikat berasaskan Bioteknologi masih kabur dan kelam. Kami masih buntu untuk mencari dana dan jaringan. Apakah nasib kami akan terus begini atau ada jalannya?

Demi membantu Malaysia dan anak bangsa, kami akan terus berusaha sehingga berjaya. Saya tahu dan faham, syarikat kecil tidak mampu menyaingi syarikat-syarikat besar yang sedia ada, namun apa salahnya kami mahu mencuba? Bangkit dan terus jalan mencapai kejayaan. Tunjukkan kami jalan dan ruang agar Malaysia terus maju. Maju dipimpin pemimpin yang adil lagi amanah.

#sayaKHADIJAH #sayasayangkanMALAYSIA

Suara hati ini telah digemakan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) untuk disampaikan kepada pemimpin-pemimpin Malaysia

Saya sudah!

https://docs.google.com/forms/d/11iQ3vpET1fqr1io91LkW_2BDLBzU_3nCZ45ftSzYQgI/viewform?c=0&w=1

Thursday, June 25, 2015

Jeruk Mangga Asam Boi Hoi...

Resepi

Bahan2nya,

Mangga muda
Asam boi
Gula
Garam
Cili api

1. Potong dan hiris mangga muda. Basuh dan toskan.
2. Hiris cili api.
3. Gaulkan gula, garam, asam boi dan cili api.

4. Lastly, masukkan hirisan mangga muda ke dalam campuran tadi.

5. Hoi, dh siap!

simpan dlm peti ais for 4-5 hours. dan selamat berbuka 😀.

#1stimer
#xsukajerukpun
#sajabuat
#specialforkakak2

Sunday, June 21, 2015

kawan kawan memang..

kawan kawan memang..

memang menyeronokkan.. menyedihkan, menguatkan, mengharukan,  memudahkan, mendoakan..

selalu memberi pertolongan, senyuman, nasihat, teguran, seloka, lawak2 cerdik dan kata-kata kunci..

teman, kawan, rakan, sahabat

semuanya sama.

1 kata yang sukar diluah, didalami maksud sebenar, dijaharkan dlm perbuatan.

Di setiap doa kutitipkan buat kita semua, semoga kita semua terus maju jaya dan bahagia dalam hidup di dunia mahupun di akhirat sana. Moga kita semua ditemukan kembali di tmpat yang paling ingin dikecapi semua, yakni, shorga.

buat kalian yang sentiasa dirindui,

aku cinta kamu semua kerana Allah. Lillah. titik.

Kedah
0128

Friday, May 29, 2015

trobek kisah tacing

Satu petang..

sambil duduk2 dkt luar masjid baru di tgh bandar kuantan tu, ada sorg adik dtg main2 nak kan air tin yg aku bwk utk hlgkan dahaga. dia amik main2. aku dan kawan cuba utk xnak bg sbb tgh dahaga kan..? (teruk gila rasa)

dia dtg kacau2 main2 dgn kitorg. so, mak dia nmpk n dtg menyapa dan bgtau, "muhammad tu baru keluar hospital tu.. sakit jantung berlubang. hari ni birthday dia.." terkedu aku dengaq. patutlah beriya dia hepi sgt. (rasa bersalah gila sbb teringat pasal tadi tu). 

dlm beg aku, ada cekelat. baru je beli cekelat cadbury yg latest tu, marvelous ape ntah namanya.. nk try kan... chocoholic kite ni.. so, memandangkan hr ni besday adk muhammad, dgn paksa rela aku hadiahkan jgk dia coklat tu.. sukanya dia bukan kepalang, digigit2 nak makan terus haa... x lepas2.

jiwaku terusik. (hmm, apalah sgt ada dgn coklat tu waahai diri... toksah la hj bakhil sgt oi.... sedih sbb x dpt rasa coklat td tu terubat bila tgk senyuman adik muhammad.. last2 suka pulak hati ni rasa)



berborak2, mak dia rupanya sebaya kitorg, dan sudah beranak 2. wow. rezeki masing2 kan... kata maknya, muhammad rahim sukakan coklat. suka sgt2.

slps borak2 ttg adk muhammad, ttg operation yg bakal dia hadapi, susah payah mak ayahnya survive di kuantan shga mahu dipajak henfon utk beli ubat dan pampers anak2nya buat kami rasa sebak. nk bg duit, kita pun bajet2 semuanya.. doa saja la dan gmbirakan anak2nya je.

at last, rupanya mmg ditakdirkan air tin tu jgk mnjadi rezeki adik muhammad.. sukanya dia terus lari tunjuk kat ayahnya.. tersenyum kami melihat. 
semoga adik muhammad rahim slmt menjalani pembedahan dan sihat2 selalu. ameen.

lesson learned:

what you give to others is actually yours. exactly!,8

bleh gak baca yang ni

Related Posts with Thumbnails